Sinopsis Drama Mak Cun 2 TV3

Sinopsis Drama Mak Cun 2 TV3 | Mak Cun musim ke-2 merupakan kesinambungan drama Mak Cun musim 1 |  Mak Cun 2 mengisahkan Mak Cun (Erma Fatima) menjadi besan kepada musuh lamanya suatu ketika dahulu iaitu Manisah (Datin Seri Umie Aida). Cinta Atul (Balkish Khan) dan Kamarul (Azwan Kombos) telah menyatukan mereka menjadi keluarga besan.

Pada awalnya, Mak Cun yang dalam kesedihan kerana ditipu oleh Dato’ Noris menjadi bingung, khuatir dan risau memikirkan tentang anaknya Atul. Mak Cun tahu Atul dan Kamarul saling mencintai. Namun cinta mereka terhalang sebelum ini gara-gara Manisah musuh ketatnya. Di sudut hatinya, Mak Cun mahu Atul menikahi Kamarul apatah lagi usia Atul yang dah lanjut.

Diugut akan lari dari rumah, Manisah dan Mak Cun akur keputusan anaknya untuk berkahwin. Walaupun membenci Mak Cun, Manisah beralah juga demi anaknya Kamarul. Apatah lagi Pak Akob (Dato’ Rahim Razali) yang tidak pernah membalas cintanya. Manisah sakit hati kerana Pak Akob hanya memberi perhatian pada Mak Cun.

Mak Cun pula jual mahal. Berpura-pura tidak melayan cinta Pak Akob. Yang penting baginya, bedak sejuk Mak Cun laris dijual. Demi Atul, Mak Cun membina hubungan harmoni dengan besannya iaitu Manisah.

Rombongan meminang Atul berjalan dengan lancar, kini majlis perkahwinan anaknya bakal berlangsung. Walaupun bergelar besan, Mak Cun dan Manisah masih berbalah tentang konsep kahwin anak mereka. Akhirnya Manisah dan Chombi (Norish Karman) mengalah. Mereka biarkan Mak Cun dengan konsepnya manakala Manisah mahu memastikan majlis dari pihaknya gilang-gemilang dengan konsep bollywood.

Chombi sepupu kepada Manisah menghangatkan lagi penduduk kampung. Chombi datang dengan mempromosi produk kurusnya, produk kecantikan, kuali kesihatan yang boleh membakar kolestrol lemak, termasuklah perniagaan skim cepat kayanya. Perkhidmatan Chombi diperlukan kerana Chombi arif dan hebat sebagai wedding planner. Perancang perkahwinan untuk anak Manisah, iaitu si Kamarul.

Aton (Nora Danish) anak bongsu Mak Cun balik ke kampung untuk menghadiri kenduri pertunangan kakaknya. Dia membawa Maya (Betty Rahmad) sahabat rapatnya di Bandar. Aton seorang usahawan menjalankan perniagaan sebagai designer pakaian.

Bila Mak Cun, Chombi dan Manisah bertembung pasti ada kekecohan berlaku. Apatah lagi bila Chombi sendiri jatuh hati pada Pak Akob. Lelaki pujaan Manisah. Saksikan keriuhan dan gelagat Mak Cun, Chombi dan Manisah dalam drama Mak Cun 2 di kaca tv anda.

Pelakon Drama Mak Cun 2 TV3
Mak Cun – Erma Fatima
Manisah – Datin Seri Umie Aida
Pak Akob – Dato’ Rahim Razali
Chombie – Norish Karman
Atul – Balkish Khan

Sinopsis drama Mak Cun 2 TV3, pelakon dan gambar drama Mak Cun 2 TV3
Gambar Drama Mak Cun 2 TV3
Saksikan drama Mak Cun 2
Hari: Rabu – Jumaat
Jam: 9.00 malam
Saluran: TV3

No comments:

Post a Comment