Jawatan Kosong Pembantu Pembangunan Masyarakat KEMAS 2016

Borang Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Pembangunan Masyarakat KEMAS Gred S17 2016 | Hebahan buat semua! Pengambilan kekosongan jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat KEMAS Gred S17 kini dibuka. Pada yang masih mencari kerja, jom isi jawatan kosong KEMAS 2016 ni. Borang permohonan KEMAS ada disediakan di bawah.

jawatan kosong pembantu pembangunan masyarakat gred s17 kemas, borang permohonan kemas, jawatan kosong kemas 2016, cara memohon jawatan kosong pembantu kemas
Jawatan Kosong Pembantu KEMAS 2016

IKLAN JAWATAN KOSONG KEMAS
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi jawatan kontrak di KEMAS seluruh negara dan kekosongan jawatan adalah seperti berikut:

PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S17
(PEMAJU MASYARAKAT PELBAGAI JURUSAN)
Bil
Jurusan
1
 Pemaju Masyarakat Khas
2
 Pemaju Masyarakat Kemahiran Jahitan
3
 Pemaju Masyarakat Kemahiran Masakan
4
 Pemaju Masyarakat Kemahiran Dandanan Diri
5
 Pemaju Masyarakat Kemahiran Seni Tangan
6
 Pemaju Masyarakat  Pendidikan Kesejahteraan Keluarga
7
 Pemaju Masyarakat  Pendidikan Literasi Komputer
8
 Pemaju Masyarakat Pusat Sumber
9
 Pemaju Masyarakat Bina Insan
10
 Pemaju Masyarakat  Pembangunan Desa dan Perhubungan
11
 Pemaju Masyarakat  Pendidikan Literasi Fungsian

Syarat Dan Kelayakan Permohonan Pembantu Pembangunan Masyarakat KEMAS:-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 19 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh
tutup iklan jawatan, kecuali bagi bekas anggota tentera (Kor Agama Angkatan Tentera);
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan dan;
(d) Calon hendaklah lulus dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Keutamaan diberi kepada calon yang mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM)

Kelayakan Tambahan Mengikut Jurusan Yang Di Pohon Jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat KEMAS:-
Pemaju Masyarakat Khas
● Memiliki Sijil Kemahiran Komputer Asas atau Tahap Menengah (Mahir menggunakan perisian Microsoft office) dan / atau mengambil trengkas; dan
● Mempunyai lesen memandu yang sah
Pemaju Masyarakat Kemahiran Jahitan
● Mempunyai salah satu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang-bidang berikut :-
- Jahitan Pakaian Wanita
- Jahitan Pakaian Lelaki
● Mempunyai Sijil Vocational Training Officer (VTO) atau Vacational Executive (VTE) atau Vocational Training Manager (VTM) adalah satu kelebihan
Pemaju Masyarakat Kemahiran Masakan
● Mempunyai salah satu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang-bidang berikut :-
- Penyediaan Makanan
- Pastri - Bakeri
● Mempunyai Sijil Vocational Training Officer (VTO) atau Vacational Executive (VTE) atau Vocational Training Manager (VTM) adalah satu kelebihan
Pemaju Masyarakat Kemahiran Dandanan Diri
● Mempunyai salah satu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang-bidang berikut :-
- Juruestetik Kecantikan
- Jurugaya Rambut
● Mempunyai Sijil Vocational Training Officer (VTO) atau Vacational Executive (VTE) atau Vocational Training Manager (VTM) adalah satu kelebihan
Pemaju Masyarakat Kemahiran Seni Tangan
● Mempunyai salah satu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang-bidang berikut :-
- Jahitan Kreatif - Gubahan Bunga
- Seni Tekat
- Seni Rotan
● Mempunyai Sijil Vocational Training Officer (VTO) atau Vacational Executive (VTE) atau Vocational Training Manager (VTM) adalah satu kelebihan
Pemaju Masyarakat Pendidikan Kesejahteraan Keluarga
● Mempunyai salah satu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang-bidang berikut :-
- Penyediaan dan Pembuatan Makanan
- Pembuatan Roti - Masakan
- Pastri - Bakeri - Pembuatan Pakaian Wanita
- Jahitan Kreatif - Gubahan Bunga
- Seni Tekat
- Seni Rotan
● Mempunyai Sijil Vocational Training Officer (VTO) atau Vacational Executive (VTE) atau Vocational Training Manager (VTM) adalah satu kelebihan
Pemaju Masyarakat Pendidikan Literasi Komputer
● Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang-bidang berikut:-
- Multimedia dan Animasi - Penyelenggaraan Komputer dan Pusat Perkhidmatan
- Web Development
- Pembangunan Aplikasi Sistem
● Mempunyai Sijil Vocational Training Officer (VTO) atau Vacational Executive (VTE) atau Vocational Training Manager (VTM) adalah satu kelebihan
Pemaju Masyarakat Pusat Sumber
● Memiliki Sijil Kemahiran Komputer Asas atau Tahap Menengah (Mahir menggunakan perisian Microsoft office)
● Berpengalaman dalam bidang perpustakaan
Pemaju Masyarakat Bina Insan
● Kepujian Pendidikan Islam / Syariah / Pendidikan Al-Quran Sunnah / Tasawwur Islam peringkat SPM; atau
● Lulus Bahasa Arab peringkat SPM;
● Mahir menulis dalam Tulisan Jawi dan Bahasa Arab;
● Mampu membaca Al-Quran dengan fasih dan mempunyai ilmu asas Tajwid
- Mampu mengajar kelas dewasa di kawasan luar Bandar mengikut kurikulum Bina Insan KEMAS, ilmu fardhu ain dan Al-Quran selaras dengan kehendak masyarakat setempat

Calon berikut diberi keutamaan:
● Lepasan Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz; atau
● Lepasan Sekolah Agama Bantuan Penuh Kerajaan / Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz yang mempunyai sijil SMU / SMA; atau
● Bekas anggota tentera daripada Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT)

Pemaju Masyarakat Pembangunan Desa dan Perhubungan
● Memiliki Sijil Kemahiran Komputer Asas atau Tahap Menengah (Mahir menggunakan perisian Microsoft office)
Pemaju Masyarakat Pendidikan Literasi Fungsian
● Terbuka kepada calon dari kalangan penduduk di Sabah dan Sarawak sahaja; Sanggup mengajar dan berkhidmat di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak; dan
● Mempunyai kemahiran dalam bidang kraftangan / jahitan / masakan atau komputer adalah satu kelebihan;

Cara Memohon Jawatan Kosong Pembantu Pembangunan Masyarakat KEMAS:-
1. Pemohon dikehendaki menggunakan Borang KEMAS Pin. 2016 yang boleh didapati daripada KEMAS Negeri. Borang permohonan juga boleh dimuat turun dari laman sesawang KEMAS (www.kemas.gov.my) atau Facebook KEMAS. Klik:
2. Calon dibenarkan untuk memohon satu jawatan sahaja dengan menyatakan jurusan jawatan;
4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada salah satu alamat KEMAS Negeri *(negeri bermastautin / merancang untuk bermastautin) seperti yang dilampirkan sebelum tarikh tutup permohonan;
*Sekiranya calon berjaya dalam temuduga, penempatan bertugas akan ditentukan mengikut Negeri di mana tempat borang permohonan Pembantu Pembangunan Masyarakat KEMAS dihantar.

Permohonan AKAN DITOLAK jika borang permohonan:-
a. Tidak menggunakan Borang KEMAS Pin.2016; atau
b. Tidak lengkap dan tidak menyertakan dokumen yang dikehendaki seperti yang disyaratkan serta tidak disahkan; atau
c. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup iklan.
4.5 Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.

Pemohon yang berkelayakan jangan lupa hantar permohonan anda. Tarikh tutup untuk jawatan kosong Pembantu Pembangunan Masyarakat KEMAS Gred S17 2016 ni pada 3 Julai 2016. Moga maju jaya.

No comments:

Post a Comment