Dividen & Bonus Tabung
Haji 2016 - 2017
Kadar Dividen Tabung Haji 2016 & Pembayaran Bonus Tabung Haji 2017 | Akhirnya
berita pasal pengumuman Tabung Haji dahpun dihebahkan. Berapa kadar
dividen dan bonus Tabung Haji tahun 2016? Bonus Tabung Haji 2016 menurun sebanyak 2.25% berbanding tahun lepas. Perincian
akan dinyatakan seperti dibawah.
Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pembayaran
bonus tahunan sebanyak 4.25 peratus kepada 9.1 juta pendeposit bagi
tahun kewangan 2016. Selain itu, bonus tambahan 1.50 peratus juga diberikan
kepada pendeposit yang belum menunaikan ibadah haji iaitu seramai 8.5 juta
pendeposit sekali gus menjadikan bonus keseluruhan 5.75 peratus. Pengumuman bonus Tabung Haji 2016 dihebahkan pada 3 Februari 2017.
Apa itu hibah haji? Hibah haji merupakan
hibah khas yang diberi kepada para pendeposit TH yang belum pernah menunaikan
haji dan terhad kepada bayaran haji semasa (RM9,980).
Beza dividen dan bonus Tabung Haji tahun 2014,
2015 dan 2016
Tahun kewangan berakhir 31 Disember
|
DIVIDEN + BONUS TABUNG HAJI
|
2014
|
6.25 dividen + 2.0 % bonus
|
2015
|
5.0 bonus + 3.0 % bonus
|
2016
|
4.25 bonus + 1.50 % bonus
|
Dividen tabung haji
2015-2016
Berdasarkan jadual sejarah
bonus Tabung Haji di atas, tahun 2014, tahun paling menguntungkan
pendeposit Tabung Haji. Ini kerana adanya agihan dividen pada masa itu. Namun bermulanya
tahun 2015 dan 2016, tiada lagi pemberian dividen dari Tabung Haji. Yang ada
hanya pemberian bonus tahunan Tabung Haji dan bonus haji bagi yang belum
menunaikan haji.
Dividen Tabung Haji 2014 adalah sebanyak 6.25 peratus. Untuk bonus Tabung
Haji 2016 adalah berjumlah 5.75 peratus. Rujuk: Dividen
& bonus Tabung Haji dari tahun 1994 - 2015. Apa itu bonus haji? Bonus
Haji atahu hibah haji merupakan bonus khas yang diberi kepada para pendeposit Tabung
Haji yang belum pernah menunaikan haji dan terhad kepada bayaran haji
semasa (RM9,980).
Ketahui bonus Tabung Haji 2016 menerusi buku akaun Tabung Haji yang dah dikemaskini |
Tabung Haji vs ASB
Ramai yang suka buat perbandingan, menyimpan di Tabung Haji vs ASB.
Masing-masing ada kelebihannya sendiri. Sebagai orang Islam yang berkeinginan
menunaikan umrah atau haji di masa akan datang, haruslah kita menyimpan wang di
TH. Untuk ASB pula memang sentiasa ada agihan dividen, manakala Tabung Haji agihan
dividen mungkin ada, mungkin tidak. Seperti jadual di atas, tahun 2015 dan 2016
tiada pemberian dividen Tabung Haji. Hanya tahun 2014 adanya agihan dividen Tabung
Haji dan juga tahun sebelumnya.
Pasal ASB..
Bila boleh kemas kini buku akaun Tabung
Haji? Pengagihan
bonus akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang Tabung Haji secara automatik dan
pemilik buku Tabung Haji boleh mengemaskini akaun masing-masing di cawangan
berdekatan bermula 6 Februari 2017. Sekaligus merupakan tarikh
bayaran bonus Tabung Haji 2016.
Agak-agak berapa bonus Tabung Haji yang anda dapat
untuk tahun 2016 ni? Yang suka mengira, apa kata buat pengiraan
bonus Tabung Haji 2016. Kaedahnya seperti ini: Cara
kira dividen & bonus Tabung Haji
Apa2 pun....syukur alhamdulillah :)
ReplyDeleteSalam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ni. :)
ReplyDelete