Kadar Dividen KWSP Tahun 2016-2017

Kadar Dividen KWSP Tahun 2016-2017

Kadar dividen KWSP 2016 dan bayaran dividen KWSP 2017. Berapa dividen KWSP tahun 2016? Dividen KWSP 2016 adalah sebanyak 5.70 peratus. Tahniah buat semua ahli KWSP, dapat menikmati agihan dividen 5.70% yang diumumkan baru-baru ini. Pengumuman agihan pemberian dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 2016 telahpun dihebahkan oleh pengerusi KWSP iaitu Tan Sri Samsudin Osman.
kadar dividen kwsp 2016, bayaran dividen kwsp 2017, kwsp umum dividen 5.70 peratus bagi tahun 2016, pembayaran dividen kwsp tahun 2017, beza dividen kwsp tahun 2014, 2015 dan 2016
Kadar dividen KWSP 2016 adalah 5.70 peratus


KWSP Umum Dividen 5.70 Peratus Bagi Tahun 2016

Pemberian dividen KWSP 2016 sebanyak 5.70 peratus merupakan pencapaian yang baik walaupun berdepan dengan keadaan pasaran yang sukar. KWSP gembira kerana berjaya mengatasi dua sasaran pelaburan KWSP secara konsisten iaitu untuk mengisytiharkan kadar dividen nominal sekurang-kurangnya 2.5 peratus setiap tahun dan kadar dividen sebenar melebihi inflasi sekurang-kurangnya 2.0 peratus bagi purata bergerak tiga tahun.



Beza Dividen KWSP tahun 2014, 2015 dan 2016

Tahun
2014
2015
2016
Dividen KWSP
6.75
6.40
5.70

Berdasarkan jadual di atas, kadar dividen KWSP semakin menurun saban tahun. Tahun 2014, KWSP mencatatkan agihan dividen sebanyak  6.75 peratus. Kemudian, menurun sebanyak 0.35 peratus. Kemudian turun lagi sebanyak 0.7 peratus. Jumlah perbezaan dividen KWSP antara tahun 2014 hingga 2016 adalah 1.05 peratus.


Pembayaran Dividen KWSP 2017 Ke Akaun Ahli Mulai 19 Februari 2017

Ahli-ahli boleh menyemak pengkreditan dividen 2016 menerusi pembayaran KWSP tahun 2017, melalui penyata KWSP mereka bermula Ahad, 19 Februari 2017, juga boleh melalui i-Akaun di laman web KWSP di www.kwsp.gov.my. Selain itu, ahli juga boleh mendapatkan penyata KWSP melalui Kios KWSP atau hadir ke mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.


Sekian, informasi kadar dividen KWSP tahun 2016-2017. Jumlah pengagihan pendapatan atau pemberian dividen KWSP sebanyak RM37.08 bilion akan dimasukkan ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. 

No comments:

Post a Comment