Pakej Zamrud SSPN-i Plus Menabung RM200 Sebulan

Pakej Zamrud SSPN-i Plus Menabung RM200 Sebulan

Skim Simpanan Pendidikan Nasional pakej Zamrud memerlukan komitmen RM200 sebulan. Apa kebaikan dan manfaat takaful menerusi pakej Zamrud SSPN-i Plus? Apa kelebihan pakej Zamrud SSPN-i Plus? Baca selanjutnya.

cara buka akaun sspn-i plus secara online, sistem sspn-i plus online, daftar & buat pembukaan skim simpanan pendidikan nasional menerusi online, kelebihan membuka akaun sspn-i plus melalui online / internet
Buka akaun SSPN-i Plus dengan menabung RM200 sebulan menerusi pakej Zamrud

Artikel menarik:

Harga Pakej Zamrud SSPN-i Plus

Ibu bapa yang memilih pakej Zamrud SSPN-i Plus untuk anak menabung RM200 setiap bulan. Di mana simpanan SSPN-i adalah sebanyak RM180 manakala sumbangan takaful berjumlah RM20. Menjadikan kesemua jumlah pakej Zamrud SSPN-i Plus bernilai RM200.00


Kelebihan Pakej Zamrud SSPN-i Plus

Bagi ibu bapa atau penjaga yang memilih pakej ini, berikut merupakan senarai manfaat takaful bagi pakej Zamrud SSPN-i Plus:
1. Skim Simpanan Pendidikan Nasional bagi pakej ZAMRUD - komitmen bulanan adalah RM200
2. Layak memohon pinjaman PTPTN, ini kerana pihak PTPTN mewajibkan peminjam PTPTN mempunyai akaun SSPN.
3. Manfaat pakej Zamrud SSPN-i Plus bagi kematian/ keilatan kekal dan menyeluruh (kemalangan) – pewaris pendeposit akan menerima RM80,000
4. Manfaat bagi kematian/ keilatan kekal dan menyeluruh (biasa) – pewaris pendeposit akan menerima RM40,000
5. Tiada manfaat takaful bagi keilatan kekal dan sebahagian (biasa dan kemalangan)
6. Elaun kemasukan hospital bagi pakej Topas SSPN-i Plus sehingga RM40 sehari
7. Khairat kematian pendeposit termasuk pasangan dan maksimum 3 orang anak. Setiap anak: RM1,000 manakala untuk pendeposit dan pasangan: RM2,500
8. Manfaat takaful pakej Topas SSPN-i Plus bagi 36 penyakit kritikal akan menerima RM20,000

Persamaan Pakej Zamrud Dan Topas
Persamaan pakej pilihan SSPN antara Zamrud dan Topas, kedua-duanya menerangkan tiada manfaat takaful bagi keilatan kekal dan sebahagian (biasa dan kemalangan). Juga sama dari segi khairat kematian. Khairat kematian pendeposit termasuk pasangan dan maksimum 3 orang anak. Setiap anak: RM1,000 manakala untuk pendeposit dan pasangan: RM2,500.

Perbezaan Pakej Zamrud Dan Topas
Apa yang membezakan pakej Topas dan Zamrud? Bagi pakej Topas simpanan SSPN-i ialah RM90, manakala pakej Zamrud simpanan SSPN-i ialah RM180. Bayaran bulanan setiap pakej SSPN adalah berbeza. Pakej Topas komitmen sebanyak RM100 sebulan, pakej Zamrud pula komitmen sebanyak RM200 bulanan.

Sumbangan takaful kedua-dua pakej ini berbeza. Bayaran sumbangan takaful pakej Topas ialah RM10, manakala sumbangan takaful pakej Zamrud ialah RM20. Makin besar caruman untuk sumbangan takaful, makin banyak manfaat takaful dinikmati. Ini boleh kita lihat pada pakej Nilam dan Berlian.

Manfaat takaful juga tidak sama. Memandangkan pakej Zamrud lebih banyak sumbangan takaful dari Topas, Zamrud lebih banyak kelebihan berbanding Topas. Contohnya bagi kes kematian/ keilatan kekal dan menyeluruh (kemalangan) dalam pakej Zamrud SSPN-i Plus, pewaris pendeposit akan menerima RM80,000. Manakala pakej Topas SSPN-i Plus, pewaris pendeposit akan menerima RM40,000.


Pakej Zamrud SSPN-i Plus memerlukan komitmen bayaran RM200 secara bulanan. Mula menabung untuk pelajaran anak anda hari ini! Jom menabung dengan Skim Simpanan Pendidikan Nasional SSPN. Daftar akaun SSPN-i untuk anak melalui sini, klik: PEMBUKAAN AKAUN SSPN-i***

No comments:

Post a Comment