Kaunter PTPTN Tak Terima Bayaran Tunai Mulai 1 Mac 2017
Bagi sesiapa
sering berurusan di kaunter PTPTN khasnya dalam membuat bayaran tunai,
dinasihatkan untuk membuat bayaran balik PTPTN melalui online sahaja. Ini
kerana PTPTN tidak lagi menerima bayaran tunai di kaunter mereka. Bermula 1 Mac
2017 bayaran balik PTPTN wajib dibuat melalui online.
Kaunter PTPTN Tak Terima Bayaran Tunai Mulai 1 Mac 2017 |
Notis PTPTN Suruh Peminjam Bayar Guna Online
Untuk
makluman kaunter PTPTN hanya menerima bayaran TANPA TUNAI mulai 1 Mac 2017. Ini
bermakna bermula pada tarikh tersebut urusan bayaran tidak lagi melibatkan wang
tunai. Bayaran boleh dilakukan melalui perbankan internet, online dan EDC
terminal. Mohon share kepada kenalan anda.
Cara Bayar Hutang PTPTN Paling Mudah
Nak tahu
cara apa paling senang buat bayaran balik PTPTN? Guna perbankan internet la. Bagi
yang ada Maybank2u dan Cimbclicks ha ini kelebihan bagi anda. Bayaran balik PTPTN
menerusi Maybank2u sangat mudah. Masa pun jimat. Hanya perlu duduk depan
smartphone, tablet atau laptop anda. Bila-bila masa, di mana jua.
Kisah PTPTN
lagi..
Dengan
pengumuman ini, harap anda hebahkan pada rakan anda: kaunter PTPTN tak terima bayaran tunai mulai 1 Mac 2017. Bulan depan
bermulanya kaunter PTPTN tak beroperasi: tidak berurusan bayaran tunai. Juga segala
urusan tentang PTPTN anda digalakkan untuk berurusan di dalam telefon. Careline
PTPTN boleh dihubungi menerusi nombor ini: 03-21933000. Moga dipermudahkan
urusan anda membayar balik hutang PTPTN.
No comments:
Post a Comment