Cara Guna Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia Ganti Baucar Buku

Cara Guna Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia Ganti Baucar Buku

 Bagaimana cara menggunakan kad debit pelajar KADS1M? Yang mana kad debit pelajar KADS1M telah menggantikan baucar buku mulai 2017. Kad debit pelajar KADS1M boleh beli apa? Kelebihan dan kebaikan kad debit diskaun siswa 1Malaysia kerana dapat menghalang pelajar menyalahgunakan baucar buku atau student beli barang selain alat tulis. Nilai kad debit diskaun siswa 1Malaysia adalah RM250, sama banyak dengan nilai Baucar Buku 1Malaysia sebelum ni. Jom lihat cara guna kad debit diskaun siswa 1Malaysia ganti baucar buku.

cara guna kad debit diskaun siswa 1malaysia ganti baucar buku, panduan menggunakan kad debit diskaun siswa 1malaysia mulai 2017, kad debit pelajar kads1m boleh beli apa
Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (Kad KADS1M) Ganti Baucar Buku

Panduan Menggunakan Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia Mulai 2017

1. Pastikan pelajar sudah mendaftar kad debit pelajar KADS1M. Kalau belum daftar, sila rujuk sini: CARA DAFTAR KAD DEBIT DISKAUN SISWA 1MALAYSIA
2. Jumlah nilai dalam kad debit pelajar KADS1M ialah RM250



3. Kad debit pelajar boleh digunakan dimana-mana kedai buku yang terpilih. Penggunaan adalah sama seperti kad debit namun jumlah kad debit pelajar ni terhad untuk jumlah RM250 sahaja.
3. Kad debit pelajar KADS1M hanya untuk pembelian buku, alat tulis, alatan komputer dan bayaran untuk akses internet. Pastikan anda memiliki Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia ni. Memandangkan tiada lagi penggunaan baucar buku. 


Notis Permohonan Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia Untuk Pelajar IPTA/ IPTS

Bermula pada 16 Februari 2017, pembukan Simpanan-i dan permohonan Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M Debit) bagi penerimaan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi akan dilaksanakan. Sebarang pertanyaan mengenai Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia, hubungi careline Bank Rakyat di talian: 1300 80 5454.


Sekian info ringkas cara guna kad debit diskaun siswa 1Malaysia ganti baucar buku 1Malaysia. Tahniah jika anda dah sudah memohon kad debit pelajar KADS1M. Banyak kegunaannya. RM250 jumlah yang besar dan banyak alat tulis boleh beli dengan jumlah tersebut.

1 comment:

  1. bayaran utk akses internet tu maksud dia apa? Boleh beli topup then langgan internet? Minta tunjuk ajar. Terima kasih

    ReplyDelete