Maharaja Lawak Mega 2017 Minggu 1

Video Maharaja Lawak Mega MLM 2017 Minggu 1

Tonton Online Video Maharaja Lawak Mega MLM 2017 Minggu 1Maharaja Lawak Mega MLM2017 minggu pertama telahpun berlangsung pada 17 Februari 2017. Sebanyak 15 peserta MLM2017 telah berentap. Special paling istimewa baca: Joras melawak buku sumpahan 99 Kata-Kata Fattah Amin

Siapakah peserta kesukaan anda minggu pertama ni? Bagi yang terlepas menonton rancangan Maharaja Lawak Mega MLM 2017 Minggu 1, anda boleh tonton online menerusi link yang diberikan di bawah. Tapi hanya untuk peserta yang memberikan persembahan terbaik, kelakar giler je la. Yang tak lawak, sorry tak masuk! Haha!

Gambar Maharaja Lawak Mega MLM 2017 Minggu 1

gelanggang maharaja lawak mega 2017 minggu 1 tonton video online mlm2017, gambar maharaja lawak mega 2017, mad sabah pemenang man of the match minggu pertama maharaja lawak mega 2017
MLM2017 rancangan lawak komedi yang ditunggu-tunggu!

Video Maharaja Lawak Mega 2017 Minggu 1 Paling Lawak


Pemenang Man Of The Match Maharaja Lawak Mega 2017 Minggu Pertama

Sungguh tak ku sangka, tak ku duga, penonton telah memilih Mad Sabah sebagai pemenang MLM2017 minggu 1.


Komen Selepas Menonton Maharaja Lawak Mega 2017 Minggu 1

Sebagai penonton, haruslah nak kritik pasal lawak Maharaja Lawak Mega 2017 minggu pertama ni. Lawak ke? Ker terpaksa gelak sebab nak support. Takda maknanya. Wokeh ni komen ikhlas dari aku.

Persembahan MLM 2017 paling best adalah Joras. Kisahnya pasal buku sumpahan Fattah Amin, pasal orang minyak, pasal masuk percuma, nak tengok kena bayar. Menyumpah kena bayar RM2. Kah kah lawak la diorang ni. Kreatif sungguh idea. Tu la aku terpikat kalau ada Shuk Balas dalam group tu. Bergabung dengan si Rahim dan siapa sorang tu. Lupa pulak aku. Laki si Watie Elite tu. Dia tu memang kelakar.


Shiro dan Bocey pun masih berpuaka. Pandai buat komedi, lawak menggelikan hati. masih mantap macam dulu. puteh jugak aku suka. Nampak keserasian diorang melawak. Orang baru macam Abioso jugak boleh tahan. Danial pun aku suka, nampak confident dia, yang pastinya lawak dia kelakar.

Cuma lawak Mad Sabah sungguh aku rasakan kurang kelakar. Dari awal sampai habis, aku faham jalan cerita, mesej nak disampaikan cuma takda unsur kelakar. Dan paling beraninya sebab dia bagitau Astro belum bayar payment masa dia menang Lawak Solo. Hohoho.. Luna Maya bagi 4 Ha, hmm..mungkin aku kot yang tak kelakar orangnya, sebab Luna Maya bagi markah banyak, 4 Ha. Hihihi.. Kita tunggu persembahan Mad untuk minggu berikutnya.

Korang dah tonton gelanggang Maharaja Lawak Mega 2017 minggu 1? Best tak? korang suka siapa???

Pengacara Maharaja Lawak Mega 2017:
Dato’ AC Mizal

Juri Maharaja Lawak Mega 2017:
Luna Maya
Dato’ Rosyam Nor
Najip Ali
Neelofa

Saksikan Maharaja Lawak Mega MLM 2017 Minggu 1
Tarikh gelanggang MLM2017 minggu pertama: 17 Februari 2017
Hari: Jumaat
Jam: 10.00 malam
Saluran: Astro Warna 132 & Astro Mustika HD 134
.
↓↓↓Pilihan HOT Pembaca↓↓↓

1 comment:

  1. terbaek.. bok lps ngga dlm utube tek.. hehe

    ReplyDelete