Manfaat Takaful Pakej Berlian SSPN-i Plus RM1 Juta
Tahukah
anda pakej SSPN paling terbaik dan menguntungkan adalah pakej Berlian? Mengapa?
Sebab manfaat takaful yang ditawarkan dalam pakej Berlian SSPN-i Plus bernilai
RM1 juta!! Ye, 1 juta ringgit. Apa kebaikan dan manfaat takaful menerusi pakej Berlian SSPN-i Plus? Apa kelebihan pakej Berlian SSPN-i Plus?
Buka akaun SSPN-i Plus dengan menabung RM500 sebulan menerusi pakej Berlian |
Artikel
menarik:
Pakej Nilam SSPN-i Plus Menabung RM500 Sebulan
Jika anda berkemampuan menabung RM500 setiap bulan dan mensasarkan dapat perlindungan takaful yang banyak, pakej Berlian SSPN ini sesuai untuk anda. Skim Simpanan Pendidikan Nasional pakej Berlian memerlukan komitmen RM500 sebulan.
Harga Pakej Berlian SSPN-i Plus
Ibu bapa
yang memilih pakej Berlian SSPN-i Plus untuk anak menabung RM500 setiap bulan. Di
mana simpanan SSPN-i adalah sebanyak RM200 manakala sumbangan takaful berjumlah
RM300. Menjadikan kesemua jumlah pakej Berlian SSPN-i Plus bernilai RM500.00
Pilihan
pakej SSPN untuk tabungan anak anda:
Kelebihan Pakej Berlian SSPN-i Plus
Bagi ibu
bapa atau penjaga yang memilih pakej ini, berikut merupakan senarai manfaat takaful
bagi pakej Berlian SSPN-i Plus:
1. Skim
Simpanan Pendidikan Nasional bagi pakej BERLIAN - komitmen bulanan adalah RM500
2. Layak
memohon pinjaman PTPTN, ini kerana pihak PTPTN mewajibkan peminjam PTPTN
mempunyai akaun SSPN.
3. Manfaat
pakej Berlian SSPN-i Plus bagi kematian/ keilatan kekal dan menyeluruh (kemalangan)
– pewaris pendeposit akan menerima RM1 juta
4. Manfaat
bagi kematian/ keilatan kekal dan menyeluruh (biasa) – pewaris pendeposit akan
menerima RM500,000
5. Manfaat
takaful bagi keilatan kekal dan sebahagian (biasa dan kemalangan) – pendeposit
akan menerima RM100,000
6. Elaun
kemasukan hospital bagi pakej Berlian SSPN-i Plus sehingga RM200 sehari
7. Khairat
kematian pendeposit termasuk pasangan dan maksimum 3 orang anak. Setiap anak: RM2,000
manakala untuk pendeposit: RM18,000 dan pasangan: RM9,000
8. Manfaat
takaful pakej Berlian SSPN-i Plus bagi 36 penyakit kritikal akan menerima RM100,000
9. Pakej Berlian adalah terhad kepada 2 akaun sahaja bagi seorang pendeposit atau perlindungan takaful maksimum sebanyak RM2,000,000
9. Pakej Berlian adalah terhad kepada 2 akaun sahaja bagi seorang pendeposit atau perlindungan takaful maksimum sebanyak RM2,000,000
Persamaan Pakej Berlian Dan Nilam
Tiada
persamaan manfaat takaful antara pakej Nilam dan Berlian. Semuanya berbeza. Ini
kerana caruman sumbangan takaful Berlian sangat tinggi dan besar berbanding
Nilam.
Perbezaan Pakej Berlian Dan Nilam
Apa yang
membezakan pakej Nilam dan Berlian? Bagi pakej Nilam simpanan SSPN-i ialah RM270,
manakala pakej Berlian simpanan SSPN-i ialah RM200. Bayaran bulanan setiap
pakej SSPN adalah berbeza. Pakej Nilam komitmen sebanyak RM300 sebulan, pakej Berlian
pula komitmen sebanyak RM500 bulanan.
Sumbangan
takaful kedua-dua pakej ini berbeza. Bayaran sumbangan takaful pakej Nilam
ialah RM30, manakala sumbangan takaful pakej Berlian ialah RM300. Makin besar
caruman untuk sumbangan takaful, makin banyak manfaat takaful dinikmati. Ini boleh
kita lihat pada pakej Berlian.
Manfaat
takaful juga tidak sama. Memandangkan pakej Berlian lebih banyak sumbangan
takaful dari Nilam, Berlian lebih banyak kelebihan takaful berbanding Nilam. Contohnya
bagi kes kematian/ keilatan kekal dan menyeluruh (kemalangan) dalam pakej Nilam
SSPN-i Plus, pewaris pendeposit akan menerima RM120,000. Manakala pakej Berlian
SSPN-i Plus, pewaris pendeposit akan menerima RM1 juta.
Ada banyak
lagi perbezaan pakej Berlian berbanding pakej lain. Rujuk jadual di atas. Elaun
masuk hospital pakej Berlian sehari RM200. Kalau pakej Nilam, elaun hospital
RM60 sehari. Untuk kes kematian atau ilat kekal (biasa) pakej Berlian tawarkan setengah
juta ringgit manakala pakej Nilam menawarkan RM60 ribu sahaja.
Pakej Berlian SSPN-i Plus memerlukan komitmen bayaran RM500 secara
bulanan. Mula menabung untuk pelajaran anak anda hari ini! Jom menabung dengan Skim
Simpanan Pendidikan Nasional SSPN. Daftar akaun SSPN-i untuk anak melalui sini,
klik: PEMBUKAAN AKAUN
SSPN-i***
No comments:
Post a Comment