Pakej Delima SSPN-i Plus Pilihan Ibu Bapa Untuk Tabung Anak
Rasanya
ramai ibu bapa atau penjaga yang memilih pakej Delima. Ini kerana harga pakej Delima
berpatutan, tidak terlalu tinggi. Mampu dibayar secara bulanan, dengan tawaran
manfaat takaful yang menarik! Skim Simpanan Pendidikan Nasional pakej Delima memerlukan
komitmen RM50 sebulan. Apa kebaikan dan manfaat takaful menerusi pakej Delima SSPN-i Plus? Apa kelebihan pakej Delima SSPN-i Plus? Jom baca.
Buka akaun SSPN-i Plus dengan memilih pakej Intan. Berbaloi! |
Artikel
menarik:
Harga Pakej Delima SSPN-i Plus
Ibu bapa
yang memilih pakej Delima SSPN-i Plus hanya perlu membayar RM50 setiap bulan. Di
mana simpanan SSPN-i adalah sebanyak RM40 manakala sumbangan takaful berjumlah
RM10. Menjadikan kesemua jumlah pakej Delima SSPN-i Plus bernilai RM50.00
Kelebihan Pakej Delima SSPN-i Plus
Bagi ibu
bapa atau penjaga yang memilih pakej ini, berikut merupakan senarai manfaat takaful
bagi pakej Delima SSPN-i Plus:
1. Skim
Simpanan Pendidikan Nasional bagi pakej DELIMA - komitmen bulanan adalah RM50
2. Layak
memohon pinjaman PTPTN, ini kerana pihak PTPTN mewajibkan peminjam PTPTN
mempunyai akaun SSPN.
3. Manfaat
pakej Delima SSPN-i Plus bagi kematian/ keilatan kekal dan menyeluruh (kemalangan)
– pewaris pendeposit akan menerima RM40,000
4. Manfaat
bagi kematian/ keilatan kekal dan menyeluruh (biasa) – pewaris pendeposit akan
menerima RM20,000
6. Elaun
kemasukan hospital bagi pakej Delima SSPN-i Plus sehingga RM20 sehari
7. Khairat
kematian pendeposit termasuk pasangan dan maksimum 3 orang anak. Setiap anak: RM1,000
manakala untuk pendeposit dan pasangan: RM2,500
8. Manfaat
takaful pakej Delima SSPN-i Plus bagi 36 penyakit kritikal akan menerima RM10,000
Hanya
memerlukan komitmen bayaran RM50 secara bulanan, pakej Delima SSPN-i Plus pilihan ibu bapa untuk tabung pelajaran anak
di masa depan. Jom menabung dengan Skim Simpanan Pendidikan Nasional SSPN. Daftar
akaun SSPN-i untuk anak melalui sini, klik: PEMBUKAAN AKAUN
SSPN-i***
No comments:
Post a Comment