Siapa Selva Kumar Subbiah: Bekas Perogol Bersiri Rakyat Malaysia
Seram sejuk bila mendengar berita
rupanya Malaysia ada perogol bersiri. Menakutkan!!! Hampir 1,000 wanita dan
kanak-kanak menjadi mangsa rogol beliau. S.Selva Kumar baru-baru ini telah
dibebaskan. Selva Kumar Subbiah telah menjalani hukuman penjara 24 tahun di Kanada atas
kesalahan rogol dan melakukan serangan seksual.
Kini, Selva Kumar telah kembali ke
Malaysia. Berita kepulangan Selva Kumar dari Kanada membuatkan rakyat Malaysia
tak senang duduk. Risau dengan keselamatan diri dan ahli keluarga
masing-masing.
Gambar Selva Kumar Subbiah Perogol Di Kanada
Foto wajah Selva Kumar bekas perogol wanita dan kanak-kanak di Kanada |
Sebelum gambar Selva Kumar tersebar, Selva
Kumar berusaha untuk menyekat akhbar Kanada, Toronto Star untuk tidak
mendedahkan gambarnya dengan alasan bahawa ia akan membahayakan baginya.
Jadi selepas mengecam muka Selva Kumar
Subbiah bekas penjenayah rogol ni, berwaspadalah kita semua. Khasnya penduduk
Semenanjung Malaysia di Pulau Pinang, Lembah Klang. Syukur..Sabah dan Sarawak
telah mengharamkan Selva Kumar datang ke negeri ini.
Biodata
Selva Kumar Perogol Di Kanada Rakyat Malaysia
Berikut merupakan latar belakang Selva
Kumar bekas perogol bersiri Malaysia yang telah membuat jenayah rogol dan
serangan seksual di Kanada.
Nama penuh Selva Kumar: Selva Kumar
Subbiah
Asal: Perak
Bilangan adik beradik: 4 orang (Selva
Kumar anak ke-3)
Selva Kumar bakal menetap di Pulau
Pinang berikutan anggota keluarganya tinggal di situ. Selva Kumar didakwa
datang daripada keluarga yang berpendidikan tinggi dan mendiang bapanya adalah
seorang pegawai kanan kerajaan.
Pada tahun 1980, Selva Kumar telah
melanjutkan pelajaran di Kanada. Kemudian tahun 1992, Selva Kumar didapati
bersalah atas 19 tuduhan serangan seksual, 28 pertuduhan kerana memberi dadah
pada mangsanya, 10 tuduhan pelbagai jenis serangan dan 12 pertuduhan lain yang
termasuk peras ugut. Hukuman dijatuhkan di Mahkamah Ontario.
Polis Toronto mendakwa bahawa Selva
melakukan serangan seksual kepada kira-kira 1,000 wanita di seluruh Kanada pada
akhir 1980-an sebelum dipenjarakan selama 24 tahun. Fakta yang amat
mengejutkan! Biodata seorang perogol bersiri yang menakutkan. Merogol seribu
wanita, bahkan kanak-kanak pun menjadi mangsa. Gila! Seram sejuk dibuatnya.
Cara Selva Kumar Memperdaya Mangsa Dan Menjadi Mangsa Rogolnya
Selva Kumar menyamar sebagai ejen permodelan,
pengeluar filem dan penari profesional untuk mengumpan wanita. Wanita yang
terpedaya dengan tipu helah Selva Kumar Subbiah menjadi mangsa jenayah rogol.
Salah seorang mangsa rogol Selva yang
dikenali Susan Chapella yang dirogol pada tahun 1991 ketika usia 26 tahun berkata
tidak akan memaafkan pesalah terbabit. Juga Selva Kumar pernah merogol seorang
gadis berusia 13 tahun.
Memetik laporan media asing, pihak
berkuasa di penjara mendakwa Selva Kumar tidak menyesal dan mungkin akan
mengulangi perbuatan jenayahnya iaitu rogol dan cabul. Bagaimanapun, keluarga
dan rakan rapat Selva memaklumkan perogol bersiri itu telah bertaubat dan telah
berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya. Sumber: Selva
Kumar Subbiah
Dah tahu siapa Selva Kumar Subbiah: perogol bersiri Malaysia. Ambil sikap
berjaga-jaga sekarang. Jangan mudah terpedaya. Tertipu dengan tipu helah mereka
yang sentiasa berniat jahat. Jenayah kejam ada di mana-mana.
No comments:
Post a Comment