Sinopsis Episod Akhir Hwarang – Last Episode 20

Sinopsis Hwarang: The Poet Warrior Youth Episod Akhir (Episod 20)

Review episod akhir Hwarang ke-20. Hwarang: The Poet Warrior Youth LAST EPISODE 20 – Jidwi mempersiapkan diri sebagai maharaja Kerajaan Silla walaupun ditentang ibunya iaitu permaisuri Jisoo. Manakala Seonu mempunyai rancangannya tersendiri. Seonu mendapat sokongan Yeongsil, kerabat di raja yang mempunyai agenda jahat.


Rupa-rupanya, selain Jidwi, Seonu juga anak putera raja. Dia dicalonkan oleh Yeongsil sebagai raja Silla bagi menyingkirkan Jidwi. Hubungan Jidwi dan Seonu agak tegang, ini kerana rakan karib Seonu iaitu abang Aro telah dibunuh oleh pembesar istana.


Rebutan kuasa berlaku. Jidwi menggunakan kuasanya agar Hwarang patuh di bawah arahannya. Namun, Seonu mempertahankan bahawa Hwarang adalah pahlawan bebas. Bukan di bawah kerajaan Silla.

Jidwi menitahkan agar Aro dibawa ke istana. Di kurung dalam sebuah bilik dan tidak dibenarkan keluar. Jidwi memperlihatkan sisi jahatnya seperti ibunya permaisuri Jisoo. Aro agak terkejut melihat perubahan Jidwi.

Kesihatan permaisuri Jisoo bertambah teruk. Dayang istana telah ditangkap dan dibunuh dibawah arahan Raja Jidwi. Racun dalam minuman teh punca kesihatan permaisuri Jisoo merosot. Jidwi begitu bersedih akan keadaan ibunya.

Hari penabalan mahkota raja semakin dekat. Youngsil sentiasa mencari peluang menjatuhkan Jidwi. Aro masih dikurung di istana.

Hari yang dinantikan telah tiba. Suasana agak tegang dan mendebarkan. Ayah Seonu juga berada di sana. Ketika penitahan penabalan mahkota raja, Youngsil membantah! Kesemua pembesar istana terkejut. Youngsil bangun dengan angkuhnya, mengatakan Jidwi tidak layak untuk menjadi raja sebaliknya melantik Seonu sebagai raja Silla yang sebenar.



Walaupun suaranya menyatakan dia melantik Seonu sebagai raja Silla, namun dia masih mempunyai rancangan jahat untuk melenyapkan Seonu dan Jidwi.

Ketika itu juga, Seonu bersama tentera Hwarang sampai ke istana. Seonu mengeluarkan pedang lantas meletakkan ke leher Youngsil. Dia bertempik, ‘Youngsil seorang pengkhianat!”. Youngsil ketakutan lalu tertunduk. Seonu melaungkan penabalan mahkota raja terhadap Jidwi. Barulah Jidwi faham, rupanya Seonu berada dipihaknya, bukan sebagai pesaing atau merampas takhtanya.   

Jidwi menyampaikan utusan kepada Aro, bahawa dia telah dibebaskan. Punca dia mengurung Aro kerana tidak mahu Youngsil mengancam nyawa Aro. Kini Aro sudah faham, rupanya Jidwi masih seorang berhati mulia.


Pemaisuri Jisoo jatuh gering. Dia meminta maaf kepada ayah Aro atas segala perbuatannya jahatnya. Pada awalnya, ayah Aro enggan mendengar dan ingin segera beredar dari situ, namun Kim Soo Ho telah menghalangnya. Dia berada di sisi permaisuri Jisoo, di saat permaisuri mangkat.

Seonu yang terlalu merindui Aro, datang berjumpa Aro, dan memeluknya seerat mungkin. Seonu membuat lamaran terhadap Aro. Aro begitu bahagia. Tamat. Sekian, ending drama Hwarang: The Poet Warrior Youth.

Pelakon Drama Hwarang: The Poet Warrior Youth

Park Seo-joon sebagai Kim Seonu / Dog-Bird
Go Ara sebagai Kim Aro
Park Hyung-sik sebagai Sammaekjong / Kim Jidwi
Choi Min-ho sebagai Kim Soo-ho
Do Ji-han sebagai Park Ban-ryu
Cho Yoon-woo sebagai Kim Yeo-wool
Kim Tae-hyung sebagai Seok Han-sung
Kim Hyeon-jun sebagai Seok Dan-se
Sung Dong-il sebagai Lord Kim Wi-hwa
Kim Ji-soo sebagai Permaisuri / ibu Jiso
Seo Ye-ji sebagai Puteri Sukmyeong
Song Yeong-kyu sebagai Lord Hwi-kyung

Gambar Drama Hwarang: The Poet Warrior Youth

Sinopsis Hwarang: The Poet Warrior Youth episod akhir (episod 20), episod akhir drama Hwarang episod ke 20, akhir cerita drama Hwarang tamat, Hwarang last episode, ending Hwarang
Review Hwarang episod akhir 20 – last episode

Komen Selepas Menonton Drama Hwarang: The Poet Warrior Youth

Drama Hwarang: The Poet Warrior Youth memaparkan kisah pemimpin kejam. Ini boleh kita lihat pada sifat jahat permaisuri Jisoo. Sanggup bunuh abang Aro sebab telah melihat wajah puteranya iaitu Jidwi. Juga telah membunuh ibu Seonu. Malah pernah menitahkan hulubalangnya untuk membunuh Aro.

Seronok sangat tengok drama Hwarang ni. Sebab pelakonnya hensem-hensem! Arghhhh…kacak sangat! Kacak dan berbakat berlakon, baru syok nak tengok. Apa guna kacak kalau berlakon macam kayu. Berbaloi la tengok drama korea Hwarang ni. Hensemnya Park Seo Joon, ensemnya Park Hyung Sik.


Part sedih memang sedih, masa Jidwi menangis yang permaisuri sakit tu. Part jiwang pun best, scene cintan cintun antara Aro dan Seonu. Tapi kan, kalau Aro terima lamaran cinta Jidwi pun best gak. Aaaa, jiwangnya sayeee! Rekemen kat korang, kalau free dan banyak data internet layan la drama Hwarang ni secara online. Korang kalau nak tengok boleh tengok kat Youtube. Full episode situ.

Tonton drama Hwarang: The Poet Warrior Youth episod akhir yang ke-20, saluran Astro KBS 391 dan KBS HD 392 hari Rabu jam 9.00 malam. Ulangan drama Hwarang boleh ditonton hari Khamis jam 4.15 petang. Saya seudah menonton. Tamat dah Hwarang. Alaaa tak dapek la nak tengok si ensem 2 orang tu. 

No comments:

Post a Comment