Siapa Kim Jong Nam Mati Dibunuh Di KLIA Malaysia

 Siapa Kim Jong Nam Mati Dibunuh Di KLIA Malaysia

Berita gempar seorang rakyat Korea Utara mati dibunuh di airport KLIA Malaysia! Siapa Kim Jong Nam? Siapa dalang pembunuhan Kim Jong Nam? Video pembunuhan Kim Jong Nam di KLIA mendedahkan cara pembunuh upahan membunuh Kim Jong Nam dengan menggunakan sapu tangan yang dipercayai mengandungi racun. Benarkah mereka pembunuh upahan? Kita tunggu hasil siasatan polis dan laporan bedah siasat Kim Jong Nam. Baca: BIODATA KIM JONG NAM***

siapa kim jong nam mati dibunuh di klia malaysia, kim jong nam abang tiri pemimpin korea utara kim jong un, sejarah hidup kim jong nam, foto gambar kim jong nam, biodata kim jong nam
Gambar Kim Jong Nam mati dibunuh di lapangan terbang Malaysia

Kim Jong Nam Abang Tiri Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un

Lebih mengejutkan Kim Jong Nam merupakan abang tiri kepada pemimpin tertinggi di Korea Utara iaitu Kim Jong Un. Sebelum ini, ramai yang tidak tahu siapa Kim Jong Nam. Termasuklah aku sendiri. Bila berita pembunuhan Kim Jong Nam tersebar, barulah aku mengetahui rupanya Kim Jong Nam antara orang terpenting dalam salasilah keluarga pemimpin Korea Utara.

Adik tiri Kim Jong Nam bernama Kim Jon Un yang ketika ini merupakan pemimpin Korea Utara. Ayah Kim Jong Nam bernama Kim Jong Il yang sebelum ini memerintah Korea Utara.


Sejarah Hidup Kim Jong Nam

Ramai yang menyangka Kim Jong Nam bakal menggantikan pemerintahan bapanya iaitu Kim Jong-il. Namun sangkaan tersebut meleset bila Kim Jong Nam terpaksa hidup dalam buangan sebelum kematian bapanya pada tahun 2011. Sejak itu, Kim Jong Nam hidup dalam persembunyian untuk mengelak daripada dikesan oleh kerajaan pimpinan adik tirinya, Kim Jong Un yang menganggap Kim Jong Nam sebagai ancaman.

Kim Jong Nam dilahirkan di Pyongyang pada 10 Mei 1971 dan merupakan anak sulung Jong-il yang memerintah Korea Utara bermula Oktober 1997 sehingga Disember 2011. Kim Jong Nam pernah belajar di Universiti Kim Il-sung dan berkhidmat dalam Tentera Rakyat Korea sehingga 1998 sebelum dilantik menjadi pegawai kanan dalam Kementerian Keselamatan Awam.


Jong-nam pernah mendedahkan, dia tidak berhasrat untuk membelot atau memiliki kepentingan untuk mengambil-alih kepimpinan di Korea Utara. Tugas pemimpin Korea Utara diambil-abil oleh adik tirinya, Kim Jong-un susulan kematian mengejut Jong-il pada Disember 2011.

Walaupun hidup dalam buangan, Jong-un menganggap abangnya masih ancaman terhadap kepimpinannya lebih-lebih lagi Jong-nam pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Korea Utara akan hancur disebabkan dikawal oleh pemimpin yang muda dan tidak berpengalaman. Selain itu, Kim Jong Nam pernah berkata bahawa dia menentang tindakan kerajaan Korea Utara menggunakan kekerasan untuk mengekalkan kuasa.


Kim Jong Nam dilaporkan meninggalkan Macau pada hujung 2012 selepas bimbang terhadap keselamatan dirinya apabila seorang ejen Korea Utara yang ditahan di Korea Selatan mengaku memikul tugas untuk membunuhnya pada Julai 2010. Malah beberapa laporan mendakwa, cubaan untuk membunuh Jong-nam gagal dilaksanakan tidak lama selepas kematian Jong-il. Sumber: Siapa Jong Nam – akhbar mStar

Kini kita dah kenal siapa Kim Jong Nam yang mati dibunuh di KLIA Malaysia. Harap penyiasatan ke atas kematian Kim Jong Nam berjalan lancar. Dapat mencari keadilan atas pembunuhan Kim Jong Nam. Kita tunggu laporan bedah siasat dan hasil siasatan polis Malaysia.

1 comment: