Hukum Makan Dakwat Sotong Dalam Islam
Bolehkah makan masakan sotong dicampur
dakwat sotong? Adakah dakwat sotong tergolong dalam najis? Bolehkah orang Islam
makan dakwat sotong? Halal atau haram makan dakwat sotong? Dakwat sotong ada
yang panggil pasi sotong. Ala yang warna hitam dalam perut sotong tu. Kalau
picit karung dia, dakwat sotong akan keluar, hitam warnanya.
Pernah tak guna dakwat sotong dalam
masakan? Sesetengah orang guna dakwat sotong bagi menghitamkan masakan sotong
mereka. Resepi sotong masak hitam, time ni la mereka gunakan dakwat sotong
untuk pewarna masakan mereka. Bagi aku sendiri tak pernah masak guna dakwat
sotong ni. Guna kicap je untuk hitamkan masakan sotong.
Sebab Kenapa Guna Dakwat Sotong Dalam Masakan
Pernah tak tertanya-tanya, apa sebab
orang guna dakwat sotong ni dalam masakan. Bagi yang tak pernah masak guna dakwat
sotong dalam menyediakan hidangan sotong, pasti geli sedikit. Sebabkan dakwat
tu kan hitam legam, tak berbau ke. Bagi mereka yang arif memasak sotong,
memasukkan dakwat sotong dalam masakan sotong katanya membuatkan sotong lebih
enak dimakan. Jom kita lihat apa hukum makan dakwat sotong.
Halal Atau Haram Makan Dakwat Sotong Bagi Orang Islam
Hukum memakan sotong dan pasinya: Menurut sesetengah ulama mazhab Hanafi, hukum memakan sotong adalah haram kerana sotong bukan tergolongan daripada jenis ikan. Mereka telah berhujah dengan alasan berikut:Diqiyaskan habitat sotong sama seperti habitat tikus. Ini kerana habitat sotong memakan segala jenis makanan sama ada yang baik dan kotor di dalam laut sertab kadang-kala dijumpai pasir dan kotoran di dalam badan sotong.
Oleh itu, apabila tikus darat diharamkan maka tikus laut (sotong) juga diharamkan. Selain itu, sotong juga mempunyai dakwat hitam yang kotor dan memakan benda kotor jugak adalah haram.
Namun begitu, ia bukan pandangan majoriti mazhab ini, bahkan terdapat sebahagian ulama mazhab Hanafi yang mengharuskan makan sotong.
Dalam mazhab al-Syafie pula, hukum memakan sotong adalah harus dan ia merupakan sebahagian daripada haiwan laut yang diharuskan untuk dimakan sebagaimana firman Allah SWT:
“Dihalalkan bagi kamu buruan (haiwan) laut”
Sabda Nabi SAW:
“Dari Abu Hurairah berkata; seorang lelaki telah bertanya Rasulullah SAW, katanya: Kami naik kapal laut dan kami bawa air darat sikit sahaja. Jika kami berwudu', kami akan dahaga, apakah boleh kami berwudu guna air laut? Jawab nabi: airnya suci dan bangkainya pun halal” (Riwayat Tirmizi, no. 69)
Bagi menjawab persoalan tentang hukum memakan pasi sotong, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke Lima Penggal Ke Sembilan yang bersidang pada 7 Disember 2011 bersetuju untuk mengekalkan keputusan fatwa yang telah dibuat oleh Allahyarham Syed Yusuf bin Ali Az-Zawawi (Mufti pada tahun 1953 hingga 1975 ) iaitu pasi sotong adalah najis kerana cecair tersebut kotor dan berbau busuk jika dibiarkan lama. Cecair ini juga termasuk dalam kategori bahan kumuhan binatang dan orang yang mempunyai selera yang normal tidak akan memakan cecair (pasi) tersebut.
Tarjih: Setelah melihat kepada pandangan ulama, kami lebih cenderung berpandangan memakan sotong adalah diharuskan begitu juga dengan pasinya memandangkan ia sebahagian hidupan laut sebagaimana umum nas yang dinyatakan tadi.
Halal memakan dakwat sotong dalam Islam |
Dalam konteks pasi sotong, ia didapati sebahagian daripada anggota sotong yang
boleh dimakan dan diambil manfaat daripadanya. Ini kerana tiada sebarang
nas syarak yang jelas melarang memakannya, maka ia tertakluk kepada asal
sebagaimana kaedah Fiqh yang menyebut:
“Asal pada sesuatu adalah harus sehinggalah terdapatnya dalil yang mengharamkannya”.
Justeru, masakan sotong berserta dakwatnya juga merupakan sejenis masakan yang telah sedia maklum menjadi uruf setempat. Oleh itu, ia dikira sebahagian daripada uruf yang diiktiraf pada kaca mata syarak sebagaimana kaedah yang menyebut:
“Adat setempat yang dijadikan sebagai hukum”
Oleh itu, dengan mengambil kira faktor ini, memakan dakwat sotong bukanlah merupakan sesuatu yang kotor dan menjijikkan, malah ia telah menjadi uruf setempat sesebuah masyarakat meskipun tidak diterima oleh masyarakat yang lain. Sumber: Dipetik dari Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan: Hukum makan dakwat sotong
“Asal pada sesuatu adalah harus sehinggalah terdapatnya dalil yang mengharamkannya”.
Justeru, masakan sotong berserta dakwatnya juga merupakan sejenis masakan yang telah sedia maklum menjadi uruf setempat. Oleh itu, ia dikira sebahagian daripada uruf yang diiktiraf pada kaca mata syarak sebagaimana kaedah yang menyebut:
“Adat setempat yang dijadikan sebagai hukum”
Oleh itu, dengan mengambil kira faktor ini, memakan dakwat sotong bukanlah merupakan sesuatu yang kotor dan menjijikkan, malah ia telah menjadi uruf setempat sesebuah masyarakat meskipun tidak diterima oleh masyarakat yang lain. Sumber: Dipetik dari Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan: Hukum makan dakwat sotong
Jadi
sudah dinyatakan dengan jelas akan halal
atau haram makan dakwat sotong. Anda pernah merasa masakan menggunakan
dakwat sotong? Apa komen anda? Apa perbezaan rasa masakan dengan menggunakan dakwat
sotong?
Saya memang dari dulu lagi suka makan sotong rebus bersama dawatnya seperti kita buat ikan singgang.
ReplyDelete