Pakej Topas SSPN-i Plus Menabung RM100 Sebulan
Skim
Simpanan Pendidikan Nasional pakej Topas memerlukan komitmen RM100 sebulan. Apa
kebaikan dan manfaat takaful menerusi pakej Topas SSPN-i Plus? Apa kelebihan pakej
Topas SSPN-i Plus? Baca selanjutnya.
Buka akaun SSPN-i Plus dengan menabung RM100 menerusi pakej Topas |
Artikel
menarik:
Harga Pakej Topas SSPN-i Plus
Ibu bapa
yang memilih pakej Topas SSPN-i Plus untuk anak menabung RM100 setiap bulan. Di
mana simpanan SSPN-i adalah sebanyak RM90 manakala sumbangan takaful berjumlah
RM10. Menjadikan kesemua jumlah pakej Topas SSPN-i Plus bernilai RM100.00
Kelebihan Pakej Topas SSPN-i Plus
Bagi ibu
bapa atau penjaga yang memilih pakej ini, berikut merupakan senarai manfaat takaful
bagi pakej Topas SSPN-i Plus:
1. Skim
Simpanan Pendidikan Nasional bagi pakej TOPAS - komitmen bulanan adalah RM100
2. Layak
memohon pinjaman PTPTN, ini kerana pihak PTPTN mewajibkan peminjam PTPTN
mempunyai akaun SSPN.
3. Manfaat
pakej Topas SSPN-i Plus bagi kematian/ keilatan kekal dan menyeluruh (kemalangan)
– pewaris pendeposit akan menerima RM40,000
4. Manfaat
bagi kematian/ keilatan kekal dan menyeluruh (biasa) – pewaris pendeposit akan
menerima RM20,000
5. Tiada
manfaat takaful bagi keilatan kekal dan sebahagian (biasa dan kemalangan)
6. Elaun
kemasukan hospital bagi pakej Topas SSPN-i Plus sehingga RM20 sehari
7. Khairat
kematian pendeposit termasuk pasangan dan maksimum 3 orang anak. Setiap anak: RM1,000
manakala untuk pendeposit dan pasangan: RM2,500
8. Manfaat
takaful pakej Topas SSPN-i Plus bagi 36 penyakit kritikal akan menerima RM10,000
Persamaan Pakej Topas Dengan Intan Dan Delima
Menerusi
pakej pilihan SSPN, dapat dirumuskan pakej Intan, Delima dan Topas mempunyai
manfaat takaful yang sama. Ini kerana sumbangan takaful ketiga-tiga pakej ini
bernilai RM10. Jadi, manfaat takaful kesemuanya adalah sama. Cuma nilai
simpanan SSPN-i je yang berbeza.
Perbezaan Pakej Topas Dengan Intan Dan Delima
Apa yang
membezakan pakej Topas dengan Intan dan Delima? Bagi pakej Topas simpanan SSPN-i
ialah RM90, pakej Intan simpanan SSPN-i ialah RM40 manakala pakej Delima simpanan
SSPN-i ialah RM20. Bayaran bulanan setiap pakej SSPN adalah berbeza. Pakej Topas
komitmen sebanyak RM100 sebulan, pakej Delima komitmen sebanyak RM50 bulanan,
manakala pakej Intan adalah paling murah di mana memerlukan komitmen RM30
sebulan.
Hanya
memerlukan komitmen bayaran RM100 secara bulanan, pakej Topas SSPN-i Plus tabung pelajaran anak di masa depan. Jom menabung
dengan Skim Simpanan Pendidikan Nasional SSPN. Daftar akaun SSPN-i untuk anak
melalui sini, klik: PEMBUKAAN AKAUN
SSPN-i***
No comments:
Post a Comment