Kontroversi Ubat Paracetamol Ada Virus Machupo Adalah Palsu
Beberapa hari lalu, isu ubat paracetamol dikatakan mengandungi virus machupo telah disahkan oleh pihak KKM,
ianya adalah palsu. Tablet paracetamol P/500, warna putih berkilat didakwa mempunyai
virus Machupo. Produk P/500 (Aeknil) tablet berwarna putih yang disebarkan
melalui media sosial tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) dan adalah berbeza dengan produk Aeknil Tablets yang didaftarkan.
Ubat paracetamol Aeknil didakwa ada virus Machupo |
Pil Paracetamol Aeknil Ubat Berdaftar Dengan KKM
Produk Aeknil Tablet yang berdaftar
dengan KKM mengandungi bahan aktif paracetamol 500mg dengan nombor pendaftaran
MAL19911249XZ untuk indikasi “For the relief of mild to moderate pain and
reduce fever”. Tablet yang didaftarkan berwarna biru, berbentuk bulat dengan
diameter ½ inci dan mempunyai perkataan aeknil atau therapeutic pada
permukaannya. Untuk makluman, KKM juga tidak menerima sebarang laporan alert
berkenaan pencemaran paracetamol dari pihak berkuasa negara pengilang atau
negara-negara lain setakat ini.
Kesan Virus Machupo Dan Cara Virus Machupo Tersebar
Virus Machupo dikelaskan dalam
kumpulan virus Arenavirus. Kesan virus Machupo boleh menyebabkan demam
berdarah. Buat masa ini, virus berkenaan hanya ditemui di Amerika Selatan. Cara
virus Machupo tersebar menerusi air kencing atau najis tikus yang telah
dijangkiti. Dakwaan paracetamol ada virus Machupo adalah tidak benar, ini kerana
virus Machupo tidak boleh hidup dalam persekitaran yang kering seperti tablet
paracetamol. Sumber: tablet
paracetamol mengandungi virus machupo tidak benar
Cara Semak Ubat Berdaftar Dengan KKM
Nak tahu selamat atau tak selamat
ubatan tu dimakan, pastikan ubat yang kita gunakan adalah berdaftar dengan KKM.
Produk berdaftar KKM ada mempunyai pelekat hologram dan dilabel dengan nombor
pendaftaran MAL. Semakan status pendaftaran sesuatu produk boleh dibuat melalui
laman sesawang https//:npra.moh.gov.my atau menghubungi NPRA di talian
03-78835400.
Bila dengar khabar angin. Jangan percaya
bulat-bulat. Selidik dahulu. Adakah benar ubat
paracetamol aeknil ada virus machupo. Namun, ia hanyalah palsu semata. Ubat
paracetamol ni antara ubat paling popular yang sering orang makan. Sebab fungsinya
untuk melegakan kesakitan. Asal sakit je, nah sumbat paracetamol. Hihi..
No comments:
Post a Comment