Ads GA Leaderhead

Panduan tingkatkan follower IG & letupkan jualan di Instagram
Bisnes laku keras!! Cara import barang dari China secara online
Suka main internet? Jom jana income LUMAYAN Fiverr melalui online je
Rahsia LULUS subjek MUET dengan cemerlang
Anak sudah lancar membaca sebelum masuk tadika! Praktikkan tips ini buat anak bijak & pintar..
Ikuti tips ini untuk LULUS interview SPA dapat kerja kerajaan

Bahaya Suntik Vitamin C Untuk Kecantikan

Bahaya Suntik Vitamin C Untuk Kecantikan Dengan Ubat Tidak Berdaftar KKM

Tiada suntikan vitamin C untuk tujuan kecantikan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Wah gerun pulak aku baca info atas tu. Sebab info tu dikeluarkan oleh pihak KKM sendiri. Memang kita biasa dengar, nak cantik boleh suntik vitamin C. Tapi benarkah suntikan kecantikan vitamin C itu selamat? Adakah suntikan vitamin C untuk kecantikan ada kesan sampingan?

bahaya suntik vitamin c untuk kecantikan dengan ubat tidak berdaftar kkm, kesan sampingan ubat tidak berdaftar kkm bahaya suntik vitamin c, kesalahan menjual ubat tidak berdaftar
Bahaya suntik vitamin C untuk jadi cantik

Kenyataan KKM Tentang Suntikan Vitamin C Untuk Kecantikan

Penipuan terang-terangan ini biasanya dilakukan oleh peniaga dan penjual suntikan vitamin C yang tidak bertanggungjawab untuk meraih kepercayaan pelanggan sekali gus mendapat keuntungan dengan cepat. Untuk pengetahuan anda, tiada suntikan vitamin C untuk tujuan kecantikan berdaftar dengan KKM.


Kesan Sampingan Ubat Tidak Berdaftar KKM Bahaya Suntik Vitamin C

Pelanggan dinasihati sentiasa berwaspada tentang ubat yang tidak didaftarkan dibawah KKM. Menurut gambar tersebut, tidak ada suntikan vitamin C berdaftar dengan KKM. Yang mana injection vitamin C tersebut bertujuan untuk kecantikan.

Berikut merupakan kesan sampingan akibat penggunaan suntikan vitamin C yang tidak berdaftar KKM. Pelanggan akan menghadapi masalah batu karang, pembekuan darah yang tidak normal, cirit-birit dan muntah.

Kesalahan Menjual Ubat Tidak Berdaftar

Ubat tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia pasti ada kesan buruknya. Seperti contoh di atas, kesan akibat suntikan vitamin C untuk jadi cantik telah menyebabkan masalah kesihatan kepada pelanggan itu sendiri. Kesalahan menjual produk tidak berdaftar KKM yang mendatangkan kemudaratan kepada pelanggan, penjual akan didenda RM25,000 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.


Jadi dah tahu bahaya suntik vitamin C untuk kecantikan khasnya ubat tidak berdaftar KKM, maka segeralah kita membantutkan niat nak cucuk vitamin C. Sekarang banyak supplement vitamin C dijual. Beli je vitamin C kat farmasi tu. Jangan lupa sebelum ambil ubat-ubatan kena semak ubat tersebut dah berdaftar dengan KKM ataupun tak. 

No comments:

Post a Comment