Cara Buka Akaun SSPN-i Plus Melalui Kaunter & Ejen PTPTN

Cara Buka Akaun SSPN-i Plus Melalui Kaunter PTPTN & Ejen SSPN-i

Macam mana cara buat akaun SSPN-i Plus untuk anak? Ada 2 kaedah untuk buka akaun SSPN-i Plus. Pertama, anda boleh buka akaun SSPN-i Plus melalui kaunter PTPTN atau menerusi kaunter ejen SSPN-i. Kedua, anda boleh buka akaun SSPN-i Plus untuk anak anda melalui online. Untuk entry ni, saya akan bagi panduan cara buka akaun SSPN-i Plus menerusi kaunter PTPTN dan kaunter ejen SSPN-i. 

cara buka akaun sspn-i plus untuk anak melalui kaunter ptptn dan ejen sspn-i, download muat turun borang permohonan pembukaan akaun sspn-i, siapa ejen sspn-i ptptn
Buka akaun SSPN-i Plus melalui kaunter PTPTN dan ejen SSPN-i PTPTN

Ejen SSPN-i Bantu Mudahkan Anda Buka Akaun SSPN-i

Siapa ejen SSPN-i? Ejen SSPN-i merujuk kepada bank yang bekerjasama dalam urusan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN). Ejen SSPN-i adalah Maybank, Bank Islam, Agrobank, Bank Rakyat dan RHB Bank. Pembukaan akaun SSPN-i dan akaun SSPN-i Plus boleh dibuat menerusi bank-bank ini. Cepat dan memudahkan.

Artikel menarik:

Panduan Membuka Akaun SSPN-i Plus Menerusi Kaunter PTPTN Dan Ejen SSPN-i 


1. Pergi ke kaunter PTPTN atau kaunter ejen SSPN-i untuk buat akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN). Pelanggan digalakkan berurusan di cawangan PTPTN atau kaunter ejen PTPTN bagi mempercepat proses pembukaan akaun SSPN-i dan akaun SSPN-i Plus.


2. Siapa ejen SSPN-i PTPTN? Ejen PTPTN adalah seperti berikut:
- Maybank
- Bank Islam
Agro Bank
- Bank Rakyat
- Bank Simpanan Nasional (BSN)
- CIMB Bank
- RHB Bank

3. Dapatkan borang buka akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus. Lebih cepat jika anda download borang tersebut. Borang tersebut boleh di dapati di sini: Muat turun / download Borang Pembukaan Akaun SSPN-i. Kebenaran mencetak dokumen SSPN-i melalui laman web PTPTN ini adalah sebagai  alternatif kepada orang ramai bagi memudahkan urusan berkaitan SSPN-i.

4. Isi borang permohonan pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) dengan lengkap.

5. Borang Permohonan Pembukaan Akaun ini hendaklah dicetak menggunakan Kertas A4 yang beratnya sekurang-kurangnya 80 gram ke atas dan berwarna putih.

6. Pemohon hendaklah mencetak Borang Permohonan Pembukaan Akaun SSPN-i ini melalui laman web PTPTN. Borang Permohonan Pembukaan Akaun yang lengkap diisi hendaklah dibuat dua (2) salinan dan dihantar bersama-sama salinan asal, Slip Deposit, dokumen-dokumen sokongan dan wang deposit (seminima RM20.00) di mana-mana kaunter Ejen PTPTN yang dilantik oleh PTPTN di seluruh Malaysia.

PTPTN tidak melantik orang perseorangan/ individu sebagai ejen PTPTN bagi tujuan memungut deposit simpanan selain daripada ejen-ejen yang dinyatakan.

7. Salinan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan bagi pembukaan akaun SSPN-i adalah seperti berikut:-
- Salinan MyKad/ Kad Tentera/ Kad Polis Pemohon;
- Salinan Sijil Kelahiran/ MyKid/ MyKad Anak; dan
- Surat Perakuan Berkanun/ Sijil Anak Angkat (bagi ibu bapa yang ingin membuka akaun bagi anak angkat di bawah jagaan sah mereka).

8. 3 salinan Borang Permohonan Pembukaan Akaun dan Sip Deposit yang diterima oleh ejen PTPTN yang siap diproses akan diagihkan oleh ejen PTPTN bagi keperluan seperti berikut:-
- Salinan asal (Cetakan): untuk PTPTN
- Salinan kedua: untuk ejen PTPTN
- Salinan ketiga: untuk Pendeposit

9. Borang Permohonan Pembukaan Akaun yang telah siap diproses akan dihantar bersama-sama dokumen sokongan dan salinan Slip Deposit kepada PTPTN.  Sila pastikan pendeposit menyimpan satu salinan borang yang telah diproses sebagai rujukan.


10. Syarat nak buka akaun SSPN-i dan akaun SSPN-i Plus rujuk sini: Syarat kelayakan pembukaan akaun SSPN-i



Moga perkongsian cara buka akaun SSPN-i Plus melalui kaunter PTPTN dan ejen SSPN-i PTPTN bermanfaat untuk anda semua. Moga dipermudahkan urusan anda membuat buku akaun SSPN-i. Skim Simpanan Pendidikan Nasional tabungan penting untuk anak kita. Jom amalkan budaya menyimpan wang! 

2 comments:

  1. Saya baru buka akaun untuk kedua anak saya td.akaun sspn i plus melalui kaunter ejen di sekolah anak.tp saya x di beri salinan borang utk di simpan dan maklumat sokongan seperti fotostat ic saya dan anak jg x di ambl.tp maklumat semua telah di tulis dlm borang.n bayaran deposit jg sudah di buat.adakah betul cara nya ataupun salah?mohon reply ye utk maklumat lanjut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy kurang arif pasal ni. boleh ajukan pertanyaan pd mana2 ejen sspn ptptn.

      Delete