Syarat Kelayakan Pembukaan Akaun SSPN-i Plus

Syarat Kelayakan Pembukaan Akaun SSPN-i Plus PTPTN

Apa syarat permohonan akaun SSPN-i Plus? Syarat nak buka akaun SSPN-i Plus ni terbahagi kepada 2 iaitu pendeposit dan penerima manfaat. Pendeposit merujuk kepada ibu bapa atau penjaga. Manakala penerima manfaat merujuk kepada anak.

syarat kelayakan pembukaan akaun sspn-i plus ptptn, umur berapa boleh buat akaun sspn-i plus, syarat permohonan akaun sspn-i plus, syarat jadi pendeposit dan penerima manfaat akaun sspn-i plus
Buka akaun SSPN-i Plus untuk anak

Syarat Kelayakan Pendeposit SSPN-i Plus

Pendeposit SSPN-i Plus mesti mempunyai kewarganegaraan Malaysia. Means, SSPN-i Plus hanya untuk rakyat Malaysia sahaja la. Berumur 18 tahun ke atas atau sebelum mencapai usia 64 tahun.

Pendeposit yang akan membuka akaun SSPN-i Plus untuk anak mereka. Seterusnya memilih nak guna pelan simpanan SSPN-i atau SSPN-i Plus. Jika pendeposit memilih SSPN-i Plus, pendeposit mempunyai komitmen membayar atau menabung SSPN-i Plus secara bulanan. Terpulang pada pendeposit nak guna kaedah apa sama ada melalui potongan gaji atau melalui kaunter PTPTN.

Artikel menarik:

Syarat Kelayakan Penerima Manfaat Akaun SSPN-i Plus

Penerima manfaat akaun SSPN-i Plus juga mesti warganegara Malaysia. Kelebihan simpan duit dengan Skim Simpanan Pendidikan Nasional sama ada SSPN-i atau SSPN-i Plus, bayi berusia 1 hari dah boleh daftar untuk buka akaun SSPN-i Plus mereka. Lahir je terus buat akaun SSPN-i Plus. Smart sangat! Sememangnya pendidikan penting untuk masa hadapan. SSPN-i Plus perancangan kewangan terbaik untuk pendidikan anak.

Syarat umur penerima manfaat akaun SSPN-i Plus bermula seawal usia 1 hari sehingga sebelum mencapai 29 tahun. Penerima manfaat terdiri daripada diri sendiri/ anak/ anak jagaan yang sah sahaja.

Syarat Membuka Akaun SSPN-i Plus

Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun untuk setiap penerima manfaat.
Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun bagi penerima manfaat yang sama dan tiada had bilangan akaun bagi setiap penerima manfaat. Pendeposit dan penerima manfaat kepada akaun SSPN-i hendaklah warganegara Malaysia. Pendeposit boleh juga membuka akaun untuk dirinya sendiri. Membuat akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus atas namanya sendiri.


Buat ibu bapa nak buat akaun SSPN-i untuk anak, boleh rujuk syarat kelayakan pembukaan akaun SSPN-i Plus di sini. Untuk makluman, pembukaan akaun SSPN-i boleh dibuat menerusi kaunter PTPTN dan kaunter ejen SSPN-i. Mulakan menabung untuk anak hari ini. 

No comments:

Post a Comment