Harga Cabut Gigi Klinik Kerajaan

Caj Rawatan Bayaran Harga Cabut Gigi Klinik Kerajaan 2017

Merancang nak cabut gigi di klinik gigi kerajaan? Pasti tertanya-tanya, berapa bayar harga cabut gigi di klinik kerajaan? Berapa caj rawatan gigi di klinik kerajaan terkini? Ada yang masih keliru, berapa agaknya bayaran untuk cabut sebatang gigi klinik government. Sebab sebelum ni, kita dihebohkan dengan kenaikan harga caj rawatan gigi. Pada masa yang sama, terfikir pula berapa harga cabut gigi klinik swasta. Ada yang boleh share.

klinik gigi kerajaan, harga cabut gigi klinik kerajaan, pengalaman cabut gigi di klinik kerajaan, harga cabut gigi klinik swasta
Gigi rosak, gigi buruk, gigi berlubang, gigi longgar – Jom cabut gigi di klinik kerajaan

Harga Cabut Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan

Caj sediada rawatan pergigian pesakit luar (warganegara) di fasiliti kementerian kesihatan kekal. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa caj rawatan pergigian sediada bagi pesakit kelas 3 (inpatient) dan pesakit luar (outpatient) adalah dikekalkan. Ini bermakna, pesakit yang mendapatkan rawatan pergigian tetap membayar caj yang rendah pada kadar subsidi yang amat tinggi dibiayai oleh Kerajaan. Kerajaan sentiasa peka terhadap penjagaan kesihatan yang bermutu tinggi pada kadar yang berpatutan. Misalnya, pesakit sekadar membayar: RM1 untuk cabutan gigi


Dimaklumkan bahawa semakan caj pergigian dalam Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 adalah hanya melibatkan pengurangan subsidi bagi pesakit Kelas 1 dan Kelas 2 (inpatient) seperti yang telah dijelaskan sebelum ini. Oleh itu, KKM ingin menegaskan bahawa Kerajaan sememangnya terus komited untuk memberikan perkhidmatan dan rawatan kesihatan berkualiti tinggi pada kadar yang amat rendah kepada semua Rakyat Malaysia. - Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia (6 Februari 2017)

klinik gigi kerajaan, harga cabut gigi klinik kerajaan, pengalaman cabut gigi di klinik kerajaan, harga cabut gigi klinik swasta
Harga cabut gigi klinik kerajaan

Bayar RM1 Caj Harga Cabut Gigi Klinik Kerajaan Pesakit Luar

Berdasarkan memo di atas, KKM mengesahkan pesakit kelas 3 (inpatient) dan pesakit luar (outpatient) hanya perlu bayar seringgit untuk cabut gigi di klinik kerajaan.

Bayar RM15 Cabut Gigi Klinik Kerajaan Pesakit Kelas 1 & 2

Manakala pesakit Kelas 1 dan Kelas 2 (inpatient) perlu membayar RM15 untuk cabut gigi di klinik kerajaan. Harga lama cabut gigi sebelum ni adalah RM1, namun akibat pengurangan subsidi pada golongan ini, maka bayaran caj cabut gigi klinik pergigian kerajaan dinaikkan RM15.

Pengalaman Cabut Gigi Di Klinik Kerajaan

Tahun 2012, aku pernah merasai pengalaman cabut gigi di klinik kerajaan. Betul ke cabut gigi tu menyakitkan? Lepas melalui sendiri pengalaman cabut gigi, tak ada la ianya menyakitkan sangat-sangat. Lagi lega ada la. Sebab ia telah melenyapkan gigi sakit tu. Daripada membiarkan gigi sakit tu tak dicabut, itu lagi menyakitkan! Bisanya..adoi..sampai tak lena tidur malam. Berdenyut-denyut!

Jangan takut untuk cabut gigi. Proses cabut gigi: pertama gigi korang akan diperiksa oleh doktor untuk memastikan mana satu gigi rosak yang perlu dicabut. Kedua, doktor akan bagi 2 suntikan untuk bius gusi berdekatan gigi yang perlu dicabut. Bius pertama tak sakit. Hanya buat bibir kebas. Bius kedua ada sakit sedikit. Lepas 3 minit, doktor akan tekan-tekan mulut kita tanya ada rasa tak. Kalau tak ada rasa means ubat bius tu berkesan.


Terus doktor ambil playar dan cabut gigi kita. Proses cabut pun tak lama, mungkin dalam beberapa saat je. Then, selesai gigi buruk tu dicabut, doktor pun letak kapas. Nah, rongak dah gigi. Haha. Kemudian pergi tunggu kat luar untuk ambil kad rawatan gigi kita. Bayar RM1. Then balik la.

Bila buat perbandingan harga antara bayaran harga cabut gigi klinik kerajaan vs harga cabut gigi klinik swasta berapa agaknya perbezaan. Anda pernah mencabut gigi di klinik swasta? Sama tak prosedur dan tempoh masa menunggu? Bila gigi yang sakit tu dah dicabut, alangkah leganya. Tak perlu lagi menanggung bisa sakit gigi.

No comments:

Post a Comment