Harga Cuci Karang Gigi Di Klinik Kerajaan
Gigi banyak dah karat? Karang gigi atas
bawah.. Plan nak cuci gigi di klinik pergigian kerajaan. Bleaching gigi.. Berapa
harga cuci gigi? Yakni harga putihkan gigi di klinik kerajaan. Adakah caj
rawatan cuci gigi klinik kerajaan dicaj RM2 ataupun RM55? Pentingnya penskaleran
dan penggilapan gigi untuk dapatkan gigi cantik. Bukan orang dewasa je teringin
nak gilap gigi, bahkan kanak-kanak pun buat appointment pergigian untuk proses
scaling dan cuci gigi.
Artikel menarik:
Scaling dan cuci gigi karat di klinik pergigian kerajaan |
Caj Rawatan Cuci Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan
Caj sediada rawatan pergigian pesakit
luar (warganegara) di fasiliti kementerian kesihatan kekal. Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa caj rawatan pergigian sediada
bagi pesakit kelas 3 (inpatient) dan pesakit luar (outpatient) adalah
dikekalkan. Ini bermakna, pesakit yang mendapatkan rawatan pergigian tetap
membayar caj yang rendah pada kadar subsidi yang amat tinggi dibiayai oleh
Kerajaan. Kerajaan sentiasa peka terhadap penjagaan kesihatan yang bermutu
tinggi pada kadar yang berpatutan. Misalnya, pesakit sekadar membayar: RM2 untuk penskaleran dan penggilapan gigi
(scaling/cuci gigi).
Dimaklumkan bahawa semakan caj
pergigian dalam Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 adalah hanya melibatkan
pengurangan subsidi bagi pesakit Kelas 1 dan Kelas 2 (inpatient) seperti yang
telah dijelaskan sebelum ini. Oleh itu, KKM ingin menegaskan bahawa Kerajaan
sememangnya terus komited untuk memberikan perkhidmatan dan rawatan kesihatan
berkualiti tinggi pada kadar yang amat rendah kepada semua Rakyat Malaysia. - Datuk
Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia (6 Februari 2017)
Harga cuci karang gigi di klinik kerajaan |
Bayar RM2 Harga Cuci Gigi Klinik Kerajaan Pesakit Luar
Berdasarkan memo di atas, KKM
mengesahkan pesakit kelas 3 (inpatient) dan pesakit luar (outpatient) hanya
perlu bayar RM2 untuk cuci gigi di klinik kerajaan. Jumpa doktor gigi je bagi cara
membersihkan karang gigi. mudah!
Bayar RM55 Cuci Karang Gigi Klinik Kerajaan Pesakit Kelas 1 & 2
Manakala pesakit Kelas 1 dan Kelas 2
(inpatient) perlu membayar RM55 untuk cuci gigi di klinik kerajaan. Harga lama scaling
gigi sebelum ni adalah RM2, namun akibat pengurangan subsidi pada pesakit kelas
1 dan 2, maka bayaran caj cuci karang gigi klinik pergigian kerajaan dinaikkan
RM55. Harga putihkan gigi di klinik kerajaan bagi pesakit kelas atasan ni agak tinggi
la. Tapi macam yang KKM terangkan sebelum ni, disebabkan kenaikan kos semasa,
maka pemberian subsidi rawatan pergigian jadi dikurangkan.
Pengalaman Cuci Gigi Di Klinik Kerajaan
Pengalaman cuci karang gigi di klinik
pergigian kerajaan tu memang tak pernah la. Pernah check gigi dulu, doktor
suruh buat appointment untuk cuci karang gigi. Tarikh appointment tu, ayoyai
lama giler nak menunggu. So, tak jadi cuci gigi. Tapi ni haaa aku nak story
anak buah aku pernah buat cuci karang gigi.
Karang gigi ni, makin malas kita gosok
dan dibiarkan tanpa penjagaan harian memang berkerak-kerak la karang gigi tu. Menempel
je karat sederet gigi. Al kisah anak buah aku ni bakal masuk sekolah asrama
tahun hadapannya. Baru habis UPSR. Jadi ada la akak ipar aku yang prihatin bawa
anak buah aku jumpa doktor gigi. Buat temujanji dulu untuk dapatkan rawatan
cuci karang gigi. Bila sampai tarikh temujanji tu, bermulanya proses scaling. Dah
habis, masa untuk bayar perkhidmatan cuci gigi.
Tapi aku tak tahu la yang akak ipar
aku ni bawa anak buah dia ni buat rawatan cuci gigi kat klinik kerajaan atau
klinik swasta. Sebab masa aku balik kampung, aku terpana tengok senyuman manis
anak buah aku. Eh putih la! Tak ada karang gigi. Hilang dah gigi karat tu
semua. Dengan rasa teruja terus aku tanya, berapa harga cuci gigi? RM400. Melopong
mulut aku. Woooo…
Jadi, terjawab sudah teka teki yang
bermain dalam fikiran tentang harga cuci
gigi klinik kerajaan. Kalau daftar jadi pesakit luar, akan dapat caj
rawatan RM2 untuk cuci karang gigi. Manakala pesakit kelas atasan akan
dikenakan RM55 untuk hilangkan karat gigi a.k.a cuci karang
gigi.
Terima kasih info...
ReplyDeleteKlinik krjaan ad bt whitening x..brp hrga
ReplyDeleteBleaching berapa ya.. Gigi dah kuning akibat kopi
ReplyDelete