Pakej Nilam SSPN-i Plus Menabung RM300 Sebulan
Manfaat
takaful pakej Nilam SSPN menjangkau RM120,000! Wow! Banyak dan lumayan! Anda
mampu menabung RM300 setiap bulan? Ha, pakej Nilam ni sesuai untuk anda. Skim
Simpanan Pendidikan Nasional pakej Nilam memerlukan komitmen RM300 sebulan. Apa
kebaikan dan manfaat takaful menerusi pakej Nilam SSPN-i Plus? Apa kelebihan pakej
Nilam SSPN-i Plus? Baca selanjutnya.
Artikel
menarik:
Harga Pakej Nilam SSPN-i Plus
Ibu bapa
yang memilih pakej Nilam SSPN-i Plus untuk anak menabung RM300 setiap bulan. Di
mana simpanan SSPN-i adalah sebanyak RM270 manakala sumbangan takaful berjumlah
RM30. Menjadikan kesemua jumlah pakej Nilam SSPN-i Plus bernilai RM300.00
Kelebihan Pakej Nilam SSPN-i Plus
Bagi ibu
bapa atau penjaga yang memilih pakej ini, berikut merupakan senarai manfaat takaful
bagi pakej Nilam SSPN-i Plus:
1. Skim
Simpanan Pendidikan Nasional bagi pakej NILAM - komitmen bulanan adalah RM300
2. Layak
memohon pinjaman PTPTN, ini kerana pihak PTPTN mewajibkan peminjam PTPTN
mempunyai akaun SSPN.
3. Manfaat
pakej Nilam SSPN-i Plus bagi kematian/ keilatan kekal dan menyeluruh (kemalangan)
– pewaris pendeposit akan menerima RM120,000
4. Manfaat
bagi kematian/ keilatan kekal dan menyeluruh (biasa) – pewaris pendeposit akan
menerima RM60,000
5. Tiada
manfaat takaful bagi keilatan kekal dan sebahagian (biasa dan kemalangan)
6. Elaun
kemasukan hospital bagi pakej Nilam SSPN-i Plus sehingga RM60 sehari
7. Khairat
kematian pendeposit termasuk pasangan dan maksimum 3 orang anak. Setiap anak: RM1,000
manakala untuk pendeposit dan pasangan: RM2,500
8. Manfaat
takaful pakej Nilam SSPN-i Plus bagi 36 penyakit kritikal akan menerima RM30,000
Persamaan Pakej Nilam Dan Zamrud
Persamaan
pakej pilihan SSPN antara Nilam dan Zamrud, kedua-duanya menerangkan tiada manfaat
takaful bagi keilatan kekal dan sebahagian (biasa dan kemalangan). Juga sama
dari segi khairat kematian. Khairat kematian pendeposit termasuk pasangan dan
maksimum 3 orang anak. Setiap anak: RM1,000 manakala untuk pendeposit dan
pasangan: RM2,500.
Perbezaan Pakej Nilam Dan Zamrud
Apa yang
membezakan pakej Nilam dan Zamrud? Bagi pakej Nilam simpanan SSPN-i ialah RM270,
manakala pakej Zamrud simpanan SSPN-i ialah RM180. Bayaran bulanan setiap pakej
SSPN adalah berbeza. Pakej Nilam komitmen sebanyak RM300 sebulan, pakej Zamrud
pula komitmen sebanyak RM200 bulanan.
Sumbangan
takaful kedua-dua pakej ini berbeza. Bayaran sumbangan takaful pakej Nilam
ialah RM30, manakala sumbangan takaful pakej Zamrud ialah RM20. Makin besar
caruman untuk sumbangan takaful, makin banyak manfaat takaful dinikmati. Ini boleh
kita lihat pada pakej Nilam dan Berlian.
Manfaat
takaful juga tidak sama. Memandangkan pakej Nilam lebih banyak sumbangan
takaful dari Zamrud, Nilam lebih banyak kelebihan takaful berbanding Zamrud. Contohnya
bagi kes kematian/ keilatan kekal dan menyeluruh (kemalangan) dalam pakej Nilam
SSPN-i Plus, pewaris pendeposit akan menerima RM120,000. Manakala pakej Zamrud SSPN-i
Plus, pewaris pendeposit akan menerima RM80,000.
Pakej Nilam SSPN-i Plus memerlukan komitmen bayaran RM300 secara
bulanan. Mula menabung untuk pelajaran anak anda hari ini! Jom menabung dengan Skim
Simpanan Pendidikan Nasional SSPN. Daftar akaun SSPN-i untuk anak melalui sini,
klik: PEMBUKAAN AKAUN
SSPN-i***
nak buat akaun sspn utk budak berdua tu...tengah fikirkan ni...hehe
ReplyDelete