Perbezaan Dividen ASB & Bonus ASB (Tahun 1990 – 2016)

Beza Dividen ASB Versus Bonus ASB Dari Tahun 1990 Hingga 2016

Masanya telah tiba, pengumuman agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi dividen ASB tahun 2016. Menurun? Menaik? Kekal? Ternyata dividen ASB 2016 jatuh merudum dalam sejarah ASB. Berita yang amat memilukan. Ramai pemegang unit ASB meluahkan rasa kekecewaan. Jom lihat agihan dividen dan bonus ASB berikut.

Perbezaan Dividen Dan Bonus ASB Dari Tahun 1990 Hingga Tahun 2016

Tahun kewangan berakhir 31 Disember
DIVIDEN ASB + BONUS ASB (sen/unit)
2016
6.75 + 0.50
2015
7.25 + 0.50
2014
7.50 + 1.00
2013
7.70 + 1.00
2012
7.75 + 1.15
2011
7.65 + 1.15
2010
7.50 + 1.25
2009
7.30 + 1.25
2008
7.00 + 1.75
2007
8.00 + 1.00
2006
7.30 + 1.25
2005
7.25 + 1.75
2004
7.25 + 2.00
2003
7.25 + 2.00
2002
7.00 + 2.00
2001
7.00 + 3.00
2000
9.75 + 2.00
1999
8.50 + 1.50
+ 2.0 (2 sen adalah bonus istimewa)
1998
8.00 + 2.50
1997
10.25 + 1.25
1996
10.25 + 3.00
+ 2.0 (2 sen adalah bonus istimewa)
1995
10.00 + 3.00
1994
9.50 + 4.50
1993
9.00 + 4.50
1992
7.50 + 5.00
1991
8.50 + 4.00
1990
8.00 + 6.00

perbezaan dividen asb dari tahun 1990 – 2016, bonus asb dari tahun 1990 hingga 2016, dividen asb semakin menurun dan sikit
Buku pelaburan ASB
3 Januari kelak nak kemas kini buku ASB dewasa dan buku ting akaun remaja ASB..skodeng berapa keuntungan yang dapat untuk tahun 2016 ni.

Makluman bersama:
Untuk pengetahuan anda, ada 2 jenis akaun ASB: 1. ASB 2. ASB 2

Dividen ASB Semakin Menurun Dan Sikit

Tahun 2016 paling menyedihkan di mana pemberian dividen ASB hanya berjumlah 6.75 sen seunit. Paling sedikit berbanding tahun lain. Manakala bonus pula kekal pada kadar 0.50 sen seunit. Amat beruntung bagi sesiapa yang pernah melabur ASB pada tahun 1996 dan 1997, di mana kadar dividen ASB masa itu adalah 10.25 sen seunit.

Jika dibandingkan dengan dividen ASB tahun 1990 di mana berkadar 8.00 sen seunit, berkurangan sebanyak 1.25 sen seunit bagi ASB 2016. Tahun 1990-an, dividen ASB perlahan-lahan naik. Yang menariknya semasa zaman kemelesetan ekonomi Malaysia pada tahun 1997, kadar dividen ASB 1997 sangat tinggi iaitu pada kadar 10.25 sen seunit.

Namun, bermula tahun 2001 kadar dividen ASB mulai turun. Sehinggalah tiba ke tahun 2016, dividen ASB jatuh merudum pada kadar 6.75 sen seunit. Ada yang memberikan pandangan, kadar tersebut masih ok jika dibandingkan dengan keadaan ekonomi global yang semakin mencabar. Anda pula? Apa pendapat anda?

Kisah bonus dan dividen lagi..

Melabur Dalam ASB Atau Simpan Sahaja Duit Dalam Tabung Haji?

Selepas pengumuman dividen ASB 2016 sebanyak 6.75 sen seunit, ramai yang menyuarakan hasrat ingin menutup akaun ASB dan menggunakan wang tersebut untuk tujuan lain (pelaburan lain agaknya). Mungkin untuk membuat pelaburan emas. Malah ada yang memberi cadangan lebih baik menyimpan wang dalam tabung haji berbanding melabur dalam ASB yang dividennya semakin sikit. Bagi anda yang arif dalam melabur, pelaburan apa yang boleh diceburi selain pelaburan emas? 

No comments:

Post a Comment