Apa Azam Tahun Baru 2017 Saya
1 Januari 2017 selamat menyambut tahun baru
2017 buat semua. Seronoknya nak melangkah ke tahun 2017. Tahun baru azam baru! Macam biasa, aku
akan kongsikan apa azam tahun baru 2017 yang ingin aku capai. Buat yang nak
tahu apa maksud azam baru. Definisi azam baru ialah berkaitan apa yang ingin,
mahu kita capai dan disertai dengan berusaha keras.
“Asal tahun baru je buat
azam baru, perlu ke? Padahal azam tahun lepas-lepas tu belum tentu tercapai
lagi, inikan pulak nak buat azam baru. Orang tahun baru sibuk wish ucapan
selamat menyambut tahun baru, kau pulak sibuk bagitau apa azam tahun baru kau”. Ish ish ish..negatif
sunggoh engko.
Bagi aku, orang yang mempunyai azam ni umpama ada matlamat dalam
hidupnya, tentang sasaran yang ingin dia capai. Jika ada azamnya yang
belum dicapai, dia boleh perbaiki lagi di tahun hadapannya. Dan perkongsian ni
pula, untuk menyuntik jiwa anak muda khasnya golongan remaja agar mempunyai
matlamat dan keinginan untuk dicapai. Dengan adanya azam baru, seseorang
bertekad untuk meraih kejayaan. Ngerti??? Jom lihat apa kata-kata azam baru dari
diri aku.
SENARAI AZAM BARU 2017
13 azam baru yang ingin aku capai tahun 2017:
1. Azam tahun 2017 aku adalah untuk fokus program affiliate.
Mencuba jana income dari affiliate. Sebenarnya tahun 2016 aku dah set nak
belajar pasal affiliate namun hajat tak kesampaian. Jadi aku berharap sangat
tahun 2017 dapat raih income affiliate sekurang-kurangnya RM100 (Tempoh
percubaan dalam setahun tu).
2. Urus 3 blog serentak. Jeng jeng jeng aku dah buat 1 lagi blog baru
aku, blog yang ke-3. Jadi misi tahun 2017 aku adalah update blog baru
ke-3 dan blog Yumida sekurang-kurangnya 25 entry dalam sebulan. [eh macam hari
bekerja pulak. Haha..harus la.. Sabtu Ahad hari untuk beristirehat]. Untuk blog
uWish ni, kekerapan update tiada had!
3. Azam tahun baru 2017 nak maintain/
naikkan trafik blog untuk 3 buah blog. Blog Yumida target 8,000 pageviews
setiap hari, blog baru target 2,000 pageviews, blog uWish target 30,000
pageviews.
4. Fokus buat entry segar.
5. Matlamat tahun 2017 aku nak raih income 2 kali ganda dari
income berblog tahun 2016.
6. Azam 2017 nak simpan duit RMxx,xxx hasil berblog.
7. Berazam tak mahu shopping online, tak mahu bazir duit beli barang
bukan keperluan, berazam untuk kuatkan iman menahan godaan barang jualan murah.
Ye, harus masuk dalam senarai azam 2017. Sebab aku ni mudah tergoda.
Dengan adanya ia dalam perkara larangan dalam azam, akan lebih menguatkan diri
aku agar kalis godaan sale.
8. Azam tahun 2017 bermulanya penglibatan aku dalam dunia pelaburan
xxxxxx. Jadi, akan ku cuba sedaya upaya mengumpul dana dan menggunakan wang
hasil berblog untuk tujuan melabur.
Gambar Azam Tahun 2017
Ini azam tahun baru saya punya. Anda pula, tahun depan nak berazam apa? |
9. Ajar baby Amirah mengenal dan hafal sikit-sikit huruf ABC dan 123
sebelum usianya mencapai 2 ½ tahun, pada tahun 2018.
10. Kurang pengambilan makanan dan minuman manis-manis. Eh haruslah
masuk dalam azam 2017 sebab kesan bahaya gula berlebihan dalam badan
mengundang penyakit lain datang. Lagipun harga gula makin tinggi. Buat air teh
tanpa guna, umpama teh cina yang bagus untuk kesihatan. Manakala dalam masakan
hanya menggunakan gula dalam kuantiti sedikit.
11. Jimat dalam berbelanja, menjadi pengguna bijak. Survey barang di
semua tempat untuk dapatkan harga murah. Barang idaman yang aku nak beli tahun
2017 adalah foldable sofa. Buat masa sekarang harga adalah RM150 – RM200 lebih
termasuk kos postage ke Sabah Sarawak. Jadi, aku akan manfaatkan hari jualan
besar-besaran untuk dapatkan diskaun pembelian. Lebih jimat. Selain dari tu,
TIDAK DIBENARKAN BELI BARANG LAIN. Ni peringatan untuk aku sendiri: tiada lagi
blouse baru, handbag baru, baju anak baru, tiada lagi shopping sesuka hati.
Sebab semuanya sudah mencukupi barangan yang aku beli dan kumpul tahun 2016.
Jauhi pembaziran.
12. Azam baru di tahun baru 2017 kurangkan masa melayan
Facebook. FB buat kita ketagih skrol dan skrol lagi. Di situ dah berapa jam
masa terbuang.
13. Lebih banyak luangkan masa membaca berita online, menonton berita
di tv. Update diri dengan perkembangan terkini. Ambil kisah isu semasa.
Inilah 13 senarai azam tahun
baru 2017 saya. Nak tahu apa azam saya tahu lepas? Baca:
10
SENARAI AZAM BARU 2016. Anda pula, apa azam tahun 2017 anda? Sudahkah anda
mempersiapkan diri dengan perancangan matlamat anda tahun hadapan? Moga apa
yang anda rancangkan berjalan dengan lancar. Tercapai misi dan matlamat. Selamat
menyambut tahun 2017.
No comments:
Post a Comment