Dividen ASB 2016 Rendah: Pelabur ASB Rugi Atau Masih Untung?
Dividen
ASB 2016 rendah, rugi, tak banyak untung. Itulah permasalahan yang melanda
pelabur ASB. Pengumuman dividen ASB 2016 sebanyak 6.75 sen seunit mencatatkan
dividen ASB paling terendah dalam sejarah. Dek kerana itu, ramai yang megambil
keputusan ingin terminate ASB. Berkira-kira adakah perlu teruskan melabur dalam
ASB, adakah berbaloi melabur ASB dengan dividen rendah. Adakah pemberian
dividen ASB 2017 juga bakal rendah. Apa kata pihak ASNB?
Walaupun Dividen ASB 2016 Rendah, Pelabur ASB Tetap Untung!
Kesilapan
yang sering dilakukan pelabur ASB: Alamak, makin turun dividen ASB. Rugilah
melabur dengan ASB macam ni! Sebenarnya apabila melabur dalam ASB, pelabur
tidak akan menanggung kerugian kerana ASB ditawarkan pada harga tetap RM1. Ini
bermakna pelabur tidak berdepan risiko kehilangan modal.
Sebenarnya
dalam pelaburan, pelabur hanya akan rugi sekiranya mereka kehilangan modal
pelaburan. Justeru berbanding pelabur yang melabur dalam instrumen pelaburan
yang mana mereka berdepan risiko kehilangan modal seperti pasaran saham, emas,
unit amanah harga berubah dan Forex, pelabur ASB boleh tidur lena kerana modal
pelaburan mereka kekal sampai bila-bila.
Dividen ASB 2016 rendah: rugi atau masih untung? |
Katakan
pelabur melabur RM1,000 dalam ASB, wang berkenaan akan kekal dalam akaun ASB
sehinggalah mereka mengeluarkannya. Setiap tahun, apabila agihan pendapatan
(dividen) diumumkan, pelabur sebenarnya memperoleh keuntungan hasil pelaburan
berkenaan. Apa yang pasti, mereka tidak perlu bekerja keras untuk memperolehnya
(pasif income) kerana risiko pelaburan yang rendah.
Oleh
itu, selagi agihan pendapatan yang diberikan ASB adalah lebih baik berbanding
kadar inflasi negara, ASB dapat membantu pelabur melindungi nilai wang mereka
daripada mengecil akibat inflasi. Pada masa yang sama mereka dapat membina
tabungan yang kukuh.
Secara
asasnya, apabila melabur, pelabur perlu mencari pelaburan yang memberi pulangan
yang berpatutan dengan risiko yang ditanggung. Jangan terlalu mengejar
keuntungan sehingga terjebak dalam skim cepat kaya atau instrumen pelaburan
lain yang tidak difahami sehingga akhirnya anda mungkin menanggung kerugian.
Sumber: Amanah Saham Nasional Berhad
Apa Pelabur Perlu Buat Bila Berdepan Dividen ASB Rendah?
Pelabur
kena fikir balik apa tujuan sebenar mereka melabur dalam ASB. Juga kena kaji
balik tentang ansuran bulanan. Kadar keuntungan bank berapa. Tempoh pembiayaan
berapa. Jika buat ASB Financing / ASB Loan tempoh pendek. Terminate selepas
tempoh 2-3 tahun. Buat balik.
Ambil
tenure yang paling panjang. 25-30 tahun. Jadi, ansuran bulanan pelabur rendah. Ambil
yang tiada lock in period. Jadi pelabur tak perlu tunggu 2-5 tahun untuk
terminate jika tak mampu bayar. Tak perlu ambil takaful jika target nak buat
ASB Financing 2-3 tahun saja.
Buat
ASB Financing cari pakej kadar keuntungan bank rendah. Pakej Family Link
misalnya.
Melabur dalam ASB kena belajar sendiri, jangan
dengar cakap orang. Umpamanya umur
bawah 35 tahun tak perlu buat ASB Financing sampai 25 atau 30 tahun, main
terminate sahaja setiap 3-5 tahun. Dah masuk 35 tahun baru buat untuk jangka
panjang kegunaan masa pencen.
Ingatlah,
pelabur sejati tak mengelabah macam kau tu. Dividen ASB turun terus menggelupur
nak terminate bagai. Pesen takde hala tuju. Kau tu nak melabur untung saja.
Melabur dalam ilmu tak nak. Kah! Perkongsian yang penuh bermanfaat dari Amir Syahir.
Makluman
bersama:
Berbalik
kepada persoalan di atas, dividen ASB
2016 rendah: rugi atau masih untung? Memandangkan pelaburan ASB ni berisiko
rendah, memberi pulangan setiap tahun dengan cara pendapatan pasif, boleh la
dikatakan pelaburan ASB masih menguntungkan. Hasil keuntungan dividen ASB akan
masuk ke dalam akaun pelabur. Walaupun sedikit. Harap-harapnya dividen ASB
2017 akan naik tahun hadapan.
No comments:
Post a Comment