Sinopsis Drama Sayang Papa Saya Tak (Astro)

Sinopsis Drama Sayang Papa Saya Tak Astro

 Sayang Papa Saya Tak mengisahkan Raisya, gadis muda yang spontan, selamba dan mata duitan. Raisya yang enggan menyambung pelajaran, nekad melarikan diri dari rumah anak yatim yang dihuni dan mula bekerja sebagai pengasuh bayi di rumah keluarga Farish. Pengalaman dibesarkan di Rumah Asuhan Budi menjadikannya cekap dalam menguruskan Qalish, anak Farish yang dijaganya.

Kecekapan dan keikhlasan Raisya menjaga Qalish menyentuh hati tua ibu Farish, puan Rogayah lantas diaturkan supaya Farish mengahwini Raisya. Farish yang murung sejak kematian bekas isterinya Kasih, telah didesak oleh ibunya untuk mengahwini Raisya demi masa depan Qalish. Raisya pula bersetuju berkahwin dengan imbuhan RM100,000. Dicap sebagai mata duitan oleh suami sendiri tidak berbekas di hati Raisya kerana yang lebih penting adalah sumbangannya kepada Rumah Asuhan Budi.

Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri.

Namun emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih. Saksikan segalanya dalam drama Sayang Papa Saya Tak di kaca tv anda.

Pelakon Drama Sayang Papa Saya Tak Astro

Hisyam Hamid sebagai Farish
Emma Maembong sebagai Raisya
Wan Sharmila sebagai Azyan
Izara Aishah sebagai Kasih
Eleena Sui sebagai Aleya
Aida Khalida sebagai Puan Rogayah
Sweet Farhanna Qismina sebagai Fathiya
Fahad Iman, Luqman Hafidz

Gambar Drama Sayang Papa Saya Tak Astro

Sinopsis drama Sayang Papa Saya Tak ASTRO, pelakon dan gambar drama Sayang Papa Saya Tak ASTRO, Sayang Papa Saya Tak episod akhir – episod 16
Tonton lakonan Hisyam Hamid, Emma Maembong, Aida Khalida, Wan Sharmila, Izara Aishah, Eleena Sui dalam drama SAYANG PAPA SAYA TAK di kaca tv anda

Tonton drama Sayang Papa Saya Tak
Tarikh Sayang Papa Saya Tak disiarkan: 2017
Jumlah episod drama Sayang Papa Saya Tak: 16
Sayang Papa Saya Tak episod akhir – episod 16
Hari: Isnin – Khamis
Jam: 10.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123

No comments:

Post a Comment