13 Kelebihan Menyimpan Duit Dalam ASB

Kelebihan Menyimpan Duit Dalam ASB - Amanah Saham Bumiputera

Apa kelebihan menyimpan duit dalam ASB? Tahun ini, kadar dividen ASB 2016 diumumkan pada nilai 6.75 sen seunit, manakala bonus ASB ialah 0.50 sen seunit. Ye, memang menurun. Tapi saya masih simpan jugak dalam ASB sebab.. Berikut merupakan kelebihan dan kebaikan melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi saya.

13 Kelebihan Menyimpan Duit Dalam ASB

1. Unit amanah yang ditawarkan pada harga tetap RM1;
2. Risiko rendah kerana harga tetap;
3. Duit ASB boleh dikeluarkan pada bila-bila masa, dalam tempoh 24 jam. Mempunyai ciri yang sama seperti simpanan di bank antaranya kerana pelabur boleh melabur dan mengeluarkan wang pada bila-bila masa; modal pelaburan yang kecil dan tiada caj perkhidmatan (unit amanah harga berubah mengenakan caj perkhidmatan permulaan sebanyak 5%);

4. Agihan pendapatan / dividen ASB 2016 pada kadar 6.75 sen seunit dan bonus 0.5 sen seunit adalah lebih baik berbanding pulangan deposit tetap (sekitar 2.85-3.45 peratus) dan unjuran inflasi negara (1.4 peratus sehingga Oktober 2016). Berdasarkan ciri ASB perbandingan yang sesuai untuk agihan pendapatan ASB ialah simpanan biasa dan simpanan tetap;
5. Pelaburan dalam ASB tidak dikenakan GST;

6. Zakat adalah berdasarkan simpanan terendah (kali 2.5%) dan perlu dibayar apabila cukup haul (setahun simpanan) dan nisab (mengikut negeri);
7. Agihan pendapatan ASB dikecualikan dari cukai pendapatan.

kelebihan menyimpan duit dalam asb, kelebihan menyimpan duit dalam amanah saham bumiputera, kelebihan / kebaikan melabur dalam asb, faedah simpanan asb
Kelebihan menyimpan duit dalam ASB

8. Walaupun tahun 2016 dividen ASB jatuh merudum, tetap juga menerima hasil keuntungan. Itu bagi kes saya yang menyimpan secara sendiri tanpa perlu melalui pinjaman / ASB loan. Ada kelebihan di situ. Untuk yang buat pelaburan ASB menerusi pinjaman bank pulak, pasti akan keresahan bila terima berita dividen ASB 2016 turun. Ermmm…nak tahu tips main ASB? Ini panduan untuk anda yang buat loan ASB: Dividen ASB 2016 Rendah: Rugi Atau Masih Untung???

9. Pelabur tidak akan menanggung kerugian seperti berdepan risiko kehilangan modal. Ini kerana ASB ditawarkan pada harga tetap RM1. Pelabur yang berdepan risiko kehilangan modal adalah seperti pasaran saham, emas, unit amanah harga berubah dan Forex. Jadi, inilah kelebihan simpan duit dalam ASB. Modal pelaburan kita kekal sampai bila-bila.

10. Melabur dalam ASB merupakan pelaburan berisiko rendah. Yang mana pelaburan yang bagus untuk jangka masa panjang. Modal yang kita labur kita akan dapat kembali dengan jumlah asal. Ditambah pula dengan hasil dividen ASB setiap hujung tahun. ASB salah satu sumber kita dapat memperolehi income pasif.

Makluman bersama:
Untuk pengetahuan anda, ada 2 jenis akaun ASB: 1. ASB 2. ASB 2

Faedah Simpan Duit Dalam ASB

11. ASB adalah skim pelaburan istimewa yang dikhaskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad untuk bumiputera sahaja. Jika dibandingkan dengan kadar dividen unit amanah lain, nilai dividen ASB adalah paling tinggi! Itulah faedah simpanan ASB.

12. Pelabur boleh buat 2 akaun ASB. Seperti diterangkan di atas, menyimpan duit dalam ASB beri keuntungan buat pemiliknya. Kadar dividen ASB tinggi berbanding unit amanah lain. Yang hanya boleh dimohon dan dimiliki oleh bumiputera sahaja. Simpan duit dalam ASB memang banyak kelebihan dan kebaikan!

13. Cara nak topup atau tambah pelaburan ASB pun mudah! Tak perlu beratur di pejabat pos. Hanya melalui proses perbankan. Transfer duit ASB hanya melalui online banking seperti Maybank2u, CimbClicks dan RHB. Semakin mudah.

Itulah 13 kelebihan menyimpan duit dalam ASB. Moga bermanfaat buat anda. Saya sendiri pun saving duit dalam ASB melalui simpanan setiap bulan. Kalau ada duit lebih, saya masukkan lebih. Biar beranak pinak. Untung ke simpan duit dalam ASB dengan dividen makin rendah. Untung la jugak. Daripada simpan duit dalam almari, takut kena makan anai-anai. Tak banyak, simpan sikit-sikit, nanti jadi bukit la. Hihi..

2 comments:

  1. ya..saya pun menyimpan dalam ASB juga..bolehlah juga duit tu beranak -pinak..alhamdulillah..good sharing..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi bagus kalau simpan duit asb dari kecik lagi, lagi lama ia beranak pinak. boleh bukakan akaun asb untuk anak. asb risiko pelaburan rendah, hujung tahun dividen asb masuk. menambah simpanan yg ada. walaupun keuntungan sedikit, tapi ia pelaburan yg selamat. lagi special sbb ia hanya untuk bumiputera.

      Delete