Sinopsis Jauh (Astro)
Jauh mengisahkan hubungan Ika dan tunangnya yang
menjadi berantakan apabila Ika tiba-tiba merasa tidak pasti dengan perasaannya
sendiri lalu membawa diri ke luar negara. Segalanya bermula apabila Ika
bertunang dengan Zahar atas kehendak keluarga. Ika tidak mempunyai perasaan
terhadap Zahar dan cuba melengah-lengahkan tarikh perkahwinannya.
Apabila Ika tiba di UK yang mana ketika itu Ika datang untuk melawat
keluarga ibu saudaranya, di sana Ika jatuh cinta pandang pertama dengan Fikri.
Cinta mulai berputik di antara mereka. Namun, Sofi cuba membuatkan Ika
menjauhkan diri dari Fikri hanya kerana Sofia menyukai Fikri. Ika kembali ke
tanah air dan memutuskan pertunangan dengan Zahar.
Dia dihalau oleh keluarga sendiri, disindir, dimaki, diherdik, malah
dipukul. Ika cuba bersabar. Dua tahun kemudian Fikri kembali dalam hidupnya dan
cinta bersemi semula. Dengan bantuan Jaja, Fikri memahami Ika. Fikri tidak mahu
memaksa Ika menerimanya dengan terburu-buru manakala Ika beranggapan Fikri mengahwininya
kerana kasihan. Akhirnya Ika sedar bahawa cinta Fikri adalah ikhlas. Ika dan
Fikri akhirnya berkahwin. Saksikan kisah selanjutnya dalam drama Jauh di
kaca tv anda.
Pelakon Telefilem Jauh
Ady Putra
Fauziah Gous
Anzalna
Gambar Telefilem Jauh
Tonton lakonan Ady Putra menerusi telefilem Jauh di kaca tv anda |
Saksikan telefilem Jauh
Tarikh Jauh disiarkan: 24 Disember 2016
Hari: Sabtu
Jam: 9.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
Kepala Bergetar Kepala Bergetar adalah sebuah blog informasi, berkongsi info drama, Drama Terkini, Telemovie TV terbaru dan Isu Semasa tempatan di Malaysia.
ReplyDeletehttp://layandrama.co/