Kadar Dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) Tahun 2016
Dividen ASB Bagi Tahun 2016 6.75 Sen Seunit | ASNB umum agihan pendapatan ASB tahun
ini 6.75 sen seunit. Menurun dari ASB tahun lepas (2015) sebanyak 50 sen.
Dividen ASB 2016 RM0.0675 Seunit
Amanah
Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan pengagihan pendapatan / dividen ASB sebanyak 6.75 sen seunit bagi skim Amanah Saham Bumiputera untuk tahun
kewangan berakhir 31 Disember 2016. Pengumuman dividen ASB 2016 tarikh
keluar diwar-warkan pada 22 Disember 2016.
Bonus ASB Tahun 2016 50 Sen Seunit
Bagi bonus
ASB tahun 2016, ASNB umumkan pemberian 50 sen seunit. Nilai yang sama dengan
tahun lepas iaitu 2015.
Pembayaran
dividen ASB berjumlah RM10.3 bilion akan dimanfaatkan 9 juta pemegang unit
Amanah Saham Bumiputera yang melanggan 143 bilion unit ASB - Pengerusi PNB, Tan
Sri Abdul Wahid Omar
Check bonus dan dividen ASB dalam buku pelaburan ASB |
Beza dividen ASB tahun 2016 - 2015
Tahun berakhir 31 Disember
|
2015
|
2016
|
Kadar pengagihan pendapatan seunit (sen)
|
7.25
|
6.75
|
Berdasarkan
jadual di atas, agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) tahun
2016 menurun 0.50 sen berbanding tahun 2015. Tahun 2016, dividen ASB diumumkan
6.75 sen seunit. Manakala tahun 2015, dividen ASB diumumkan 7.25 sen seunit.
Bila boleh kemas kini buku ASB?
Pengagihan
keuntungan dan bonus akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang ASB secara
automatik dan pemegang unit boleh mengemaskini akaun masing-masing di cawangan
berdekatan bermula 3 Januari 2017. Jadi, 3 Januari tahun depan, boleh la update
buku Amanah Saham Bumiputera (ASB) kat ejen ASNB.
Kesemua
transaksi bagi ASB di ibu pejabat ASNB atau ejen ASNB digantung bermula 22 Disember
2016 sehingga 2 Januari 2017 bagi membolehkan pengiraan pengagihan pendapatan /
pengagihan dividen dilakukan. Nak cepat, boleh buat sendiri pengiraan dividen
ASB.
Dividen ASB dari tahun 2013 hingga 2016
Tahun berakhir 31 Disember
|
2013
|
2014
|
2015
|
2016
|
Kadar pengagihan pendapatan seunit (sen)
|
7.70
|
7.50
|
7.25
|
6.75
|
Agihan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) semakin menurun. Tahun 2013, dividen ASB
diumumkan 7.70 sen seunit. Turun 20 sen pada 2014, kemudian turun lagi 25 pada
2015, turun lagi 50 sen pada tahun 2016. Perbandingan dividen tahun 2013 dan
2016, dividen ASB turun sebanyak 95 sen.
Bonus ASB dari tahun 2013 hingga 2016
Tahun berakhir 31 Disember
|
2013
|
2014
|
2015
|
2016
|
Bonus seunit (sen)
|
1.00
|
1.00
|
0.50
|
0.50
|
Bonus ASB juga semakin menurun. Tahun 2013, bonus ASB
diumumkan 1.00 sen seunit. Kekal pada 2014, kemudian turun lagi 50 sen pada
2015, kemudiannya kekal 0.50 sen pada tahun 2016. Perbandingan bonus tahun 2013
dan 2016, bonus ASB turun 50 sen.
Makluman
bersama:
Pembayaran pengagihan pendapatan tabung ASB akan dilaksanakan melalui pelaburan
semula dalam bentuk unit secara automatik yang akan dikreditkan ke dalam buku
pelaburan pemegang unit pada 3 Januari 2017. Bagi pemegang unit yang melanggan
unit-unit ASB menerusi sijil, pembayaran pengagihan pendapatan akan dikreditkan
ke dalam akaun mereka yang berkenaan.
Ramai
yang begitu kecewa dengan pengumuman agihan pendapatan bonus dan dividen
ASB tahun 2016: 0.50 + 6.75 sen seunit. Dividen paling rendah yang pernah
dicatatkan dalam sejarah ASB. Hmm tahun 2017, kena cari sumber yang boleh
menambah income, buat pelaburan yang berpotensi memberi pulangan lumayan.
No comments:
Post a Comment