Senarai Pencalonan Anugerah Melodi 2016

Senarai Artis Tercalon Undian Anugerah Melodi 2016

Anugerah Melodi TV3 akan disiarkan secara langsung pada 10 Disember 2016 (Sabtu) jam 9.00 malam di TV3. Hari Ahad nanti jangan lupa tengok pemenang Anugerah Melodi 2016. Menerusi Anugerah Melodi 2016 sebanyak 10 kategori dipertandingkan dan pemenangnya pula adalah berdasarkan undian peminat di laman web www.anugerahmelodi.com.my. Adakah Neelofa bakal dipilih pemenang hasil undian Anugerah Melodi 2016? Jeng jeng jeng..

SENARAI PENCALONAN ANUGERAH MELODI 2016

PERSONALITI FILEM MELODI
Memiliki aura tersendiri yang menarik perhatian penonton! Pelakon terkenal dan berbakat besar yang laris di layar perak kerana kredibilitinya membawa watak dan tahap lakonan yang berkesan.
1) Shaheizy Sam
2) Zizan Razak
3) Shamsul Yusof
4) Nabila Huda
5) Bront Palare

PERSONALITI MUZIK MELODI
Penyanyi tersohor yang berjaya mencipta nama di arena muzik! Selain berpersonaliti unggul dan sering menjadi tumpuan ramai kerana mutu suara dan bakatnya yang berkualiti dan memukau, penyanyi ini pernah memenangi anugerah kerana berpengaruh besar dalam penampilannya.
1) Yuna
2) Faizal Tahir
3) Akim Ahmad
4) Ayda Jebat
5) Shila Amzah

Gambar Anugerah Melodi 2016

undi anugerah melodi 2016, undian anugerah melodi tv3 2016, www.tv3.com.my/anugerah melodi, neelofa anugerah melodi 2016
Anugerah Melodi 2016 di TV3

PERSONALITI DRAMA MELODI
Wajah yang sentiasa menjadi pilihan untuk menghiasi drama – drama di kaca televisyen. Selain memiliki pakej lengkap dan kualiti lakonan yang hebat, personalitinya berjaya mencairkan hati penonton yang sentiasa tertunggu – tunggu setiap episod drama lakonannya.
1) Saharul Ridzwan
2) Mira Filzah
3) Janna Nick
4) Fattah Amin
5) Amyra Rosli

PERSONALITI PENGACARAAN MELODI
Kredibiliti pengacaraan yang ternyata hebat! Keperibadian yang menarik dan personaliti yang versatil menjadikan dirinya pujaan malah menjadi inspirasi orang ramai dalam dunia pengacaraan. Personaliti yang fasih berbicara sentiasa merancakkan program yang dikendalikan dengan karismanya yang mencuit hati penonton.
1) Awal Ashaari
2) Fauziah Dato Ahmad Daud
3) Alif Satar
4) Neelofa
5) Datuk Rosyam Nor

PERSONALITI SUKAN MELODI
Ikon berwibawa yang bergelar selebriti pastinya menjadi kebanggaan Malaysia kerana kejayaannya mengharumkan nama negara! Wirawan atau wirawati yang telah mencipta sejarah dan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kualiti mutu sukan.
1) Datuk Lee Chong Wei
2) Pandelela Rinong
3) Abdul Latif Romly
4) Ridzuan Puzi
5) Muhammad Ziyad Zolkifli

PERSONALITI KOMEDI MELODI
Personalitinya sebagai penghibur tidak pernah menghampakan penonton! Keletah mereka yang melucukan dalam bidang lakonan mahupun apa jua program berbentuk hiburan pastinya mencuit hati orang ramai. Ada sahaja cara atau pesona tersendiri yang dipersembahkan ketika berjenaka untuk menceriakan hati orang ramai.
1) Abam
2) Achey
3) Mark Adam
4) Ebby Yus
5) Jep

PERSONALITI PASANGAN SENSASI MELODI
Pasangan merpati dua sejoli yang pastinya sensasi. Pasangan yang sentiasa menjadi tumpuan dan bahan bualan orang ramai yang sentiasa mengikuti perkembangan mereka! Gaya dan momen romantis pasangan ini membuatkan para pengikut tegar seronok menyaksikan kebahagian mereka.
1) Shaheizy Sam & Syatilla Melvin
2) Awal Ashaari & Scha Alyahya
2) Zain Saidin & Rozita Che Wan
3) Yusry & Lisa Surihani
4) Akim & Stacy

PERSONALITI MEDIA SOSIAL MELODI
Namanya begitu popular sehingga meraih jutaan pengikut di laman sosial! Personaliti ini juga mesra dan sentiasa berinteraksi bersama peminat di laman sosial! Bukan sahaja menjadi tumpuan di lensa kamera, malah dia berjaya mencuri perhatian pengikut- pengikutnya dengan berkongsikan gambar-gambar yang menarik.
1) Nelydia Senrose
2) Nora Danish
3) Emma Maembong
4) Ayda Jebat
5) Zizan Razak

PERSONALITI FESYEN MELODI
Pasti ada yang tertawan melihat stail unik personaliti ini! Orang ramai tak pernah jemu menyaksikan dia bergaya di lensa kamera mahupun melihat fesyennya di ruang maya. Tidak pernah gagal bergaya! Stailnya yang tersendiri sememangnya menjadi ikutan.
1) Wak Doyok
2) Nazim Othman
3) Rozita Che Wan
4) Fazura
5) Zahirah Mcwilson

PERSONALITI SENSASI MELODI 2016 (ULTIMATE AWARD)
Personaliti yang sering mendapat perhatian utama dan sokongan positif daripada para peminat dan orang ramai. Berperwatakan menarik, memiliki aura dengan karisma dan daya Tarik yang luar biasa. Sensasi dengan berita dan isu yang mampu memberikan inspirasi tinggi kepada peminat dan masyarakat umum.
1) Sharnaaz Ahmad
2) Mira Filzah
3) Janna Nick
4) Ayda Jebat
5) Zizan Razak

Saya sudah pun UNDI! Amat mudah untuk buat undian Anugerah Melodi 2016. Hmmm kena tengok nanti betul tak apa yang aku undi dengan pengumuman nama pemenang undi Anugerah Melodi 2016. Kalau sama, sah artis tu hebat di mata penonton.

No comments:

Post a Comment