Dividen ASN Tahun 2016: 5.00 Sen Seunit

Kadar Dividen Amanah Saham Nasional (ASN) Tahun 2016 

Dividen ASN Bagi Tahun 2016 5.00 Sen Seunit | ASNB umum agihan pendapatan Amanah Saham Nasional tahun ini 5.00 sen seunit. Menurun dari ASN tahun lepas (2015) sebanyak 1.10 sen.

Dividen ASN 2016 5.00 Sen Seunit

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan pengagihan pendapatan / dividen ASN sebanyak 5.00 sen seunit bagi skim Amanah Saham Nasional untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016. Pengumuman dividen ASN 2016 tarikh keluar diwar-warkan pada 22 Disember 2016.

Pembayaran dividen ASN berjumlah RM92.86 juta akan dimanfaatkan 1.2 juta pemegang unit Amanah Saham Nasional yang melanggan 1.85 bilion unit ASN - Pengerusi PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar

kadar dividen Amanah Saham Nasional (ASN) tahun 2016, asnb umum agihan pendapatan asn tahun 2016 5.00 sen seunit, dividen asb 5.00 sen seunit, beza dividen asn tahun 2016 – 2015
Semak berapa dividen Amanah Saham Nasional 2016. Jom update buku pelaburan ASN

Beza dividen ASN tahun 2016 - 2015

Tahun berakhir 31 Disember
2015
2016
Kadar pengagihan pendapatan seunit (sen)
6.10
5.00

Berdasarkan jadual di atas, agihan pendapatan Amanah Saham Nasional (ASN) tahun 2016 menurun 1.10 sen berbanding tahun 2015. Tahun 2016, dividen ASN diumumkan 5.00 sen seunit. Manakala tahun 2015, dividen ASN diumumkan 6.10 sen seunit.

Bila boleh kemas kini buku ASN? 

Pengagihan keuntungan dividen akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang ASN secara automatik dan pemegang unit boleh mengemaskini akaun masing-masing di cawangan berdekatan bermula 3 Januari 2017. Jadi, 1 Januari tahun depan, boleh la update buku Amanah Saham Nasional (ASN) kat ejen ASNB.

Kesemua transaksi bagi ASN di ibu pejabat ASNB atau ejen ASNB digantung bermula 22 Disember 2016 sehingga 2 Januari 2017 bagi membolehkan pengiraan pengagihan pendapatan / pengagihan dividen dilakukan. Nak cepat, boleh buat sendiri pengiraan dividen ASN.

Dividen ASN dari tahun 2013 hingga 2016

Tahun berakhir 31 Disember
2013
2014
2015
2016
Kadar pengagihan pendapatan seunit (sen)
6.45
6.45
6.10
5.00

Agihan dividen Amanah Saham Nasional (ASN) semakin menurun. Tahun 2013, dividen ASB diumumkan 6.45 sen seunit. Kekal pada 2014, kemudian turun lagi 0.35 sen seunit pada 2015, turun lagi 1.10 sen pada tahun 2016. Perbandingan dividen tahun 2013 dan 2016, dividen Amanah Saham Nasional turun sebanyak 1.45 sen.

Artikel menarik…ketahui:

Pembayaran pengagihan pendapatan tabung ASN akan dilaksanakan melalui pelaburan semula dalam bentuk unit secara automatik yang akan dikreditkan ke dalam buku pelaburan pemegang unit pada 3 Januari 2017. Bagi pemegang unit yang melanggan unit-unit ASN menerusi sijil, pembayaran pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam akaun mereka yang berkenaan.

Di media sosial, ramai yang meluahkan rasa kecewa penurunan yang begitu banyak dividen dalam ASB. Begitu juga dengan dividen ASN tahun 2016 5.00 sen seunit. Tahun yang agak mencabar dalam pelaburan. Bagaimana dengan dividen Amanah Saham Nasional tahun 2018, adakah dividen ASN bakal naik, kekal atau menurun? Kita sama-sama tunggu.

No comments:

Post a Comment