Sinopsis Drama Ainur Mardhiyah Di TV9 & TV3
Ainur Mardhiyah mengisahkan Ainur Mardhiyah (Dhiya), seorang anak luar nikah yang lahir selepas
ibunya diperkosa. Selepas dilahirkan ibunya Mar meninggalkan Dhiya kepada orang
tuanya dan dia tidak diakui sebagai anaknya sendiri. Mar merantau ke Kuala
Lumpur bagi memulakan kehidupan baru dan membuka perniagaan butik. Sejak itu,
dia tidak lagi pulang ke kampung.
Dhiya yang dibesarkan oleh datuk dan neneknya mempunyai dua sahabat
baik iaitu Saiful dan Kiflie yang masing-masing menunggu keputusan masuk ke
universiti. Dalam diam, Saiful menaruh hati terhadap Dhiya. Namun hubungan
mereka tidak disenangi Maya yang turut menaruh hati pada Saiful. Maya kemudian
menghasut ketua kampung dan isterinya Che Yam untuk membenci Dhiya. Maya dan
ayahnya Malim, punya agenda tersendiri terhadap keluarga Saiful yang banyak
harta dan tanah itu.
Malang tidak berbau, selepas taman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),
nenek dan datuk Dhiya terlibat dalam satu kemalangan dan Dhiya tinggal
bersendirian. Keadaan menjadi lebih rumit apabila datuk dan nenek Dhiya
meninggal dunia akibat kemalangan. Segala harta diwariskan kepada Dhiya dibolot
Mar. Sedikit pun tidak dipedulikan akan nasib Dhiya. Selepas itu, Dhiya nekad
untuk berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menyambung pelajarannya di menara gading.
Tanpa memberitahu sesiapa di kampung termasuk sahabat-sahabat baiknya, Dhiya
pindah.
Untuk meneruskan kehidupan, Dhiya terpaksa bekerja separuh masa.
Hidupnya sangat sukar dan dia terpaksa menjadi orang yang tabah untuk
mengharungi kehidupannya seorang di bandar. Pada suatu hari, Dhiya dilanggar
oleh sebuah kereta yang dipandu oleh Aina. Aina membawa Dhiya ke klinik untuk
dirawat. Mereka berbual dan menjadi semakin rapat apabila mengetahui tempat
mereka belajar adalah sama.
Aina mengetahui tentang kesusahan Dhiya dan menawarkannya untuk
bekerja di butik pakaian milik ibunya. Dhiya sangat bersyukur kerana boleh
mencari rezeki untuk meneruskan kehidupannya. Sekali lagi, dugaan menimpa
Dhiya. Dia disabotaj oleh Kak Lin, pekerja di butik ibu Aina. Pelbagai tomahan
dan cabaran sepanjang dia bekerja di situ.
Dhiya terkejut apabila pertama kali berjumpa dengan ibu Aina, Ainul
Mardhihah (Mar) yang sebenarnya merupakan ibu kandungnya. Mar termakan hasutan
pekerjanya dan tidak mempunyai tanggapan baik terhadap Dhiya.
Dhiya juga bertemu semula dengan Saiful dan Kiflie. Saiful cuba
yakinkan Dhiya akan perasaannya. Aina pula menaruh hati pada Kiflie dalam diam.
Namun, dia rasa cemburu akan hubungan rapat Kiflie dan Dhiya. Akhirnya, dia
malu sendiri bila tahu hakikat sebenarnya. Mulai saat itu, mereka berempat jadi
rapat dan bekerjasama dalam beberapa projek.
Selepas mengharungi pelbagai cabaran hidup, berjayakah Dhiya bersatu
dengan ibunya? Bagaimana pula persahabatan Dhiya dengan Saiful dan Kiflie? Saksikan
segalanya dalam drama Ainur Mardhiyah di kaca tv anda.
Pelakon Drama Ainur Mardhiyah TV9 / TV3
Sura Sojangi sebagai Dhiya (Ainur Mardhiyah)
Zahiril Adzim sebagai Saiful
Niezam Zaidi sebagai Keifli
Neera Azizi sebagai Aina Safiyyah
Khaty Azean sebagai Mar (Ainul Mardhiyah)
Fara Mendoza sebagai Maya
Delimawati sebagai Che Yam
Zarynn Zarynn sebagai Che Pora
Rahim Kidol sebagai Tok Ketua
Ramli Salleh sebagai Malim
Bella Nazari sebagai Kak Lin
Siti Ruwivani sebagai Tok Lang
Ahya Rosli sebagai Miki
OST Lagu Tema Drama Ainur Mardhiyah
Andai Ku Bisa - Iskandar
Biar - Najwa Latif
Luar Biasa - Diana Danielle
Menatap Dalam Mimpi - Dato Siti Nurhaliza
Gambar Drama Ainur Mardhiyah TV9 & TV3
Tonton lakonan Sura Sojangi menerusi drama Ainur Mardhiyah di kaca tv anda |
Saksikan drama Ainur Mardhiyah
Tarikh Ainur Mardhiyah disiarkan: 20 November 2016
Jumlah episod drama Ainur Mardhiyah: 20
Ainur Mardhiyah episod akhir – episod 20
Hari: Selasa hingga Ahad
Jam: 8.30 malam
Saluran: TV9 / akan datang di TV3
No comments:
Post a Comment