Ucapan
Selamat Berpuasa Menyambut Bulan Ramadhan 2016
| Tarikh umat Islam berpuasa tahun 2016 ni jatuh pada 6 Jun 2016. Selamat berpuasa
kalian semua. Nak kongsikan kata-kata ucapan
menyambut bulan Ramadhan terbaru. Sambil tu, nak juga tahu apa persiapan menyambut bulan Ramadhan
korang semua, cara menyambut bulan Ramadhan,
juga doa menyambut bulan Ramadhan 1437
Hijrah.
Tersenyum senget dibuatnya: UCAPAN LUCU SELAMAT
PUASA RAMADHAN MENGGELETEK ISI PERUT***
Solat Jumaat kelak mesti ada khutbah menyambut bulan Ramadhan. Ada juga yang terlibat pidato menyambut bulan Ramadhan. Bagi yang kreatif akan menggubah pantun menyambut bulan Ramadhan. Hmm semuanya dengan cara tersendiri. Psst, ada yang cari kata-kata menyambut bulan Ramadhan lucu. Comel betul korang ni.
Ucapan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan |
Ucapan selamat berpuasa dan menyambut bulan
Ramadhan 2016 ditujukan buat semua umat Islam seluruh dunia. Puasa jangan tak
puasa. Moga ibadah puasa kita diberkati, diterima oleh Allah SWT. Moga lebih
banyak amalan kebajikan, lebih banyak amalan baik kita lakukan sepanjang bulan
Ramadan Al-Mubarak kelak. Moga kehadiran Ramadhan Kareem akan menyucikan jiwa
kita, menjadikan kita hamba Allah yang bertakwa dan beriman.
Apa
yang menyeronokkan bulan Ramadhan tahun 2016?
Ramadhan 2016 ni best sebab hari
pertama puasa hingga hari ke 5 puasa, kami menyambut bersama keluarga di
kampung. Means sekarang ni kami tengah bercuti. Lagi 4 hari lagi nak puasa. Yeah,
untung cuti yang cun bertembung tarikh bulan puasa. Dapatla kami bersungkai,
berbuka puasa bersama keluarga. Bersahur beramai-ramai di rumah ayah bonda.
Kata-Kata Menyambut Bulan Ramadhan Terbaru |
Sudah nak puasa ni...saya mungkin banyak salah sama ada
secara sengaja atau tidak. Jadi sebelum masuk bulan Ramadhan 1437H, saya mohon maaf
zahir dan batin kepada semua setulus hati saya.
Pantun
Menyambut Bulan Ramadhan
Kembang melati sungguhlah indah,
Di tengah taman jadi hiasan,
Harum Ramadhan tercium sudah,
Ada khilaf mohon dimaafkan.
Makan roti dipagi hari,
Bersihkan hati suci kan diri.
Bunga teratai terikat rapi,
Lama dipandang indah sekali,
Ramadhan kurang 4 hari lagi,
Selamat berpuasa di tahun ini.
Dosa Jangan di TAMBAH,
Amal Jangan di TOLAK,
Cinta Jangan di BAHAGI,
Hidup hanya 1 KALI.
Puisi
/ Sajak Bulan Ramadhan
Gugur Bunga Kerana Layu,
Gugur Iman Kerana Nafsu,
Gugur Cinta Kerana Cemburu,
Tertawa Kerana Bahagia,
Menangis Kerana Derita,
Bertaubat Kerana Dosa,
Beribadah Kerana Takwa,
Hidup Tanpa Cinta Pasti Hampa,
Hidup Gila Harta Pasti Celaka,
Hidup Penuh Dosa Akan Ke Neraka,
Hidup Bersyukur Dengan Apa Adanya,
Insyaallah Akan Bahagia.
Tak ada idea bagi ucapan puasa kat kawan? Nah rujuk
ni:
Buat anda yag nak sampaikan kata-kata ucapan selamat berpuasa menyambut Bulan
Ramadhan 2016 untuk kawan anda, bolehlah pilih mana satu ucapan yang anda
suka. SELAMAT BERPUASA.
No comments:
Post a Comment