Ucapan
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 2016 | Nak
buat ucapan selamat puasa Ramadhan sempena nak dekat puasa ni. Ada yang mencari
ucapan selamat berpuasa lucu, hmmm kalau baca mesti rasa nak gelak nanti. Ucapan
selamat bulan puasa yang mencuit hati. Eh, ada juga nak tahu apa ucapan selamat
puasa bahasa jawa. Jap eh, nanti mak cari. Lihat: selamat berpuasa image di
bawah.
Lihat: Pantun Hari Raya Aidilfitri Lawak Gelak Guling-Guling
Baca: UCAPAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
Baca: UCAPAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
Gambar ucapan selamat puasa |
Kata-Kata
Ucapan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa
Bulan Ramadhan bulan yang mulia. Bulan
yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam untuk menggandakan amalan kebajikan. Alhamdulillah,
tahun ni kita diberi kesempatan untuk melaksanakan ibadah puasa.
Berpuasa dapat menyucikan hati nurani
kta, mendidik kita menjadi seseorang yang penyabar. Sambil berpuasa, kita
digalakkan memperbanyakkan sedekah dalam bulan Ramadan Kareem. Sedekah makanan
yang dimasak kepada jiran sebelah rumah, sedekah tenaga membantu orang lain,
menghulurkan sumbangan ringgit kepada yang memerlukan.
Berzikir di bulan Ramadhan,
memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa, membaca ayat suci al-Quran, melakukan
amalan kebaikan sepanjang masa. Pendek
kata, sempena kedatangan bulan Ramadhan, kita harus memanfaatkan segala yang
ada.
Ucapan
Selamat Puasa Bahasa Jawa
He poro menungso, jaman wis ra toto, ati
wis angel ditoto, maksiat nang kene kono, wis podho kakehan duso. Alhamdulillah
wulan puso wis teko, ayo podho elingo marang gusti kang kuoso, marhaban ya
shahru romadhon.
Ucapan
Selamat Puasa Bahasa Sarawak
Alhamdulillah tahun tok kita dapat
berpuasa agik. Posa oi jangan sik posa. Mun posa kelak, iboh nak nganok orang,
iboh ngumpat orang, iboh molah benda jaik, tebik posa kelak. Lak sia-sia jak
posa, sik ada pahala, nak rugi.
Gia juak mun nak sedekah barang. Bulan
posa kita mesti ngerja amalan kebajikan banyak-banyak. Mun sedekah ngan orang
apa-apa jak, iboh nak ngeso juak, iboh riak, sedekah ngan hati ikhlas. Mudah-mudahan
Allah terima segala amalan kita.
Oooo maknek, ooo kak lehot, ooo adik
kecik, oohaaaa..selamat posa kitak orang semua. Sungkei mun bedok maghrib dah
bunyi, jangan sungkei tengah hari. Ingat adik kecik kiut semua, jangan puasa
yok-yok, balit umah bukak periok. Selamat berposa..
Ucapan Selamat Berpuasa Lucu
Bulan puasa, aktiviti di dapur waktu
tengah hari dihentikan seketika. Tak ada bunyi menggoreng, tak ada bunyi periuk
berlaga dengan senduk, tak ada bunyi senduk bergeser dengan teko besi. Silent. Masa
untuk dapur berehat.
Adik-adik bila balik sekolah, setkan
dalam kepala bahawasanya mak tak masak makanan tengah hari. Jangan tergoda bila
tengok Upin Ipin makan ayam goreng. Memang ar sedap, tapi lagi sedap kalau
makan ayam goreng kriuk-kriuk masa berbuka nanti. Sabar ye adik-adik.. Tahan
puasa.
Kenangan
paling manis puasa di bulan Ramadhan?
Kenangan paling best puasa, masa aku
darjah 2. Itulah pertama kali berpuasa di kampung. Sangat menyeronokkan. Tengok
jiran tetangga berbalas kuih. Kuih yang mak masak 1 je, tiba-tiba jadi banyak!
Hingga ada 4 jenis. Seronok dengar bunyi beduk live kat kampung. Duduk kat
Bandar, kurang feel merasai suasana berpuasa. Umur 8 tahun barulah aku bergelar
budak kampung. Itulah pengalaman paling manis puasa di bulan Ramadhan. Dah
besar macam ni, lain pulak feel berpuasa. Hihi..
Buat umat Islam khasnya di Malaysia,
Indonesia, Brunei, Singapura dan seluruh dunia, selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan 2016. SALAM RAMADAN,
SYUKUR SELALU.
Salam Ramadhan... Selamat berpuasa....
ReplyDelete