Cara Hantar, Kirim, Transfer e-Duit Raya
Melalui Maybank2u | Jom celebrate Hari Raya Aidilfitri
dengan mengirim angpau Raya kepada orang yang kita sayangi! Cara yang cukup mudah dan senang! Cara yang
menyeronokkan untuk menghantar hadiah wang menggunakan aplikasi mudah alih Maybank2u
menerusi transaksi e-Duit Raya.
Cara terbaru bagi angpau Raya: Maybank2u e-Duit Raya |
Dekat
atau jauh, tidak kira di mana mereka berada, e- Duit Raya membolehkan penerima
untuk segera menebus dan mendepositkan hadiah wang ke dalam akaun bank pilihan
mereka menggunakan Maybank2u atau M2U Mobile App.
Perkhidmatan
ini disediakan untuk masa yang terhad sahaja, dari 21 Jun - 7 OGOS 2016. Jangan
lepaskan peluang yang hebat ini untuk mengejutkan mereka dengan Maybank2u e-
Duit Raya yang hanya datang setahun sekali. Sila ikuti langkah-langkah ini untuk
menghantar dan menebus e-Duit Raya.
Cara Hantar e-Duit Raya Melalui Maybank2u
1. Log
masuk Maybank2u dan pilih Send e-Duit Raya.
2.
Masukan butiran penerima dan jumlah duit Raya yang ingin dikirimkan. Anda boleh
hantar paling maksimum 10 orang penerima duit Raya dalam satu masa.
3.
Pilih akaun anda dan tekan enter TAC.
4. Selesai
transaksi e-Duit Raya, status transaksi akan dipaparkan. Anda akan terima collect
code SMS.
5. Sila
hantar collect code SMS tersebut kepada penerima e-Duit Raya.
Mudah
kan? Moga perkongsian cara hantar e-Duit
Raya melalui Maybank2u membantu anda semua yang nak buat kiriman angpau
Raya buat orang tersayang.
No comments:
Post a Comment