Apa Itu Difteria (Diphtheria) | Difteria adalah penyakit yang disebabkan
oleh bakteria Corynebacterium diphteriae. Cara Difteria tersebar melalui
titisan cecair pernafasan. Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan kesan
bahaya akibat Difteria. 2 kes menyebabkan kanak-kanak maut yang berpunca dari Difteria.
Bagaimana Difteria menyerang anggota tubuh
badan?
Bakteria
Corynebacterium diphteriae ini menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan
menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak
leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas.
Gambar mulut kanak-kanak akibat Difteria |
Toksin
ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan
keradangan jantung (miokarditis) yang menyebabkan kematian. Jangkitan difteria
mempunyai kadar kematian yang tinggi, iaitu antara 25 ke 50%. See, sangat
bahaya Difteria ni. Boleh membawa maut!
Gambar bakteria difteria: corynebacterium diphteriae |
Ketahui:
Kita telah
mengetahui apa itu Difteria. Jadi sebagai
ibu bapa, kena perhatikan kesihatan anak-anak kita. Lihat adakah ada
tanda-tanda Difteria dalam mulut anak kita. Jika ada, segera bawa anak kita
berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Selamatkan anak-anak kita daripada
jangkitan Difteria, berikan mereka imunisasi. Vaksin lima serangkai Difteria adalah
ubat mujarab menyembuhkan dan melindungi anak dari jangkitan Difteria yang
merbahaya ini.
No comments:
Post a Comment