Kata Maaf Bulan Ramadhan Untuk Teman, Rakan Dan Keluarga
Kata mutiara puasa
Ramadhan 2018 tahun depan. Bulan puasa dah tiba, jom sampaikan ucapan kata maaf
bulan ramadhan untuk teman, rakan taulan, ahli keluarga. Yang ada buah hati tu,
boleh la bagi kata kata menyambut bulan suci ramadhan buat pacar. Cinta hati. Banyak
je orang share ucapan sempena menjelang bulan Ramadhan Kareem ni. Kata kata
bulan ramadhan di Facebook pun ada jugak. Bahkan kat Twitter, Instagram, di
blog-blog, menerusi mesej whatsapp.
Tersenyum senget dibuatnya: UCAPAN LUCU SELAMAT
PUASA RAMADHAN MENGGELETEK ISI PERUT***
Senarai Kata-Kata Maaf Bulan Ramadhan Untuk Teman, Rakan, Sahabat
Menjelang 1 Ramadhan ini,
daku memohon kemaafan buat rakan-rakanku semua jika sepanjang persahabatan
kita, daku pernah melakukan kesalahan, mengguris hati korang, menyindir korang.
Daku sentiasa memaafkan korang, kerana aku tahu memaafkan adalah lebih baik
dari meminta kemaafan. Moga dipermudahkan urusan korang semasa menjalani ibadah
puasa ni nanti. Selamat menyambut Ramadhan.
Terkadang
tanpa disedari kita bercakap main lepas saja.
Kita
mencela tidak kira siapa, kita menilai sesedap rasa.
Kita
menghakimi ikut pandai kata.
Sehingga
terkadang lupa bahawa kita juga hanyalah manusia biasa.
Yang
kita tidaklah sesempurna mana.
Yang
kita belum tentu lebih baik dari mereka.
Yang
kita juga tidak terlepas dari melakukan dosa.
Yang
kita semua sama dibawah pemerhatianNya.
Salam
kemaafan,
Moga
Ramadhan kali ini menyusikan jiwa kita semua.
Kepada teman baikku,
Maaf sekiranya pernah
menyakiti,
Maaf sekiranya pernah
menghina,
Maaf sekiranya pernah
terkasar,
Maaf sekiranya pernah
membohongi,
Maaf sekiranya pernah
menyinggung,
Maaf sekiranya pernah
mengumpat,
Salam Ramadhan buat
semua.
Jika perginya ayahmu, hilanglah penasihatmu.
Jika
perginya ibumu, hilanglah cahayamu.
Jika
perginya saudaramu, hilanglah tangan kananmu
yang
selalu membantumu.
Jika
perginya saudarimu, hilanglah senyumanmu.
Jika
perginya sahabatmu, hilanglah pandangan matamu.
Hidup
ini singkat sekali.
Tidak
ada waktu untuk IRI HATI, DENGKI, BERPURA-PURA,
BERSANGKA
BURUK dan MEMUTUS TALI PERSAUDARAAN.
MAAFKANLAH
siapa yang menyakiti kita,
Kerana
kita tidak tahu sampai bila hidup ini akan berakhir..
Di kesempatan
ini, saya mohon maaf zahir batin kepada semua sebelum Ramadan ini andainya
tersalah dan terasa hati dari segi percakapan dan perbuatan selama ini. Inilah
dikatakan manusia, tidak terlepas dari silap dan salah. Salam silaturahim.
Tak ada idea bagi ucapan puasa kat kawan? Nah rujuk
ni:
Ucapan Kata Maaf Bulan Ramadhan Untuk Keluarga
Ahlan
Wasahlan Ya Ramadhan. Marhaban Ya Ramadhan. Maaf zahir dan batin buat ibu
bapaku, adik-beradikku, sanak-saudaraku dan juga sahabat handai semua. Moga
bulan penuh keberkatan ini menjadikan kita muslim yang selalu bersyukur,
merendah diri dan hormat menghormati. Moga kita saling menjaga hati, jaga
lisan, jaga pandangan mata dan anggota badan lain dari segala maksiat. Salam Ramadhan
dan selamat menjalani ibadah puasa.
Untuk
mak ayah di kampung moga sihat-sihat sahaja, moga di bulan Ramadhan ini mak
ayah diberi kesihatan yang baik, dapat melaksanakan ibadah puasa dengan
sempurna. Untuk kakak dan abang, moga dipermudahkan urusan pekerjaan, dapat
mengurus anak-anak dengan baik. Untuk adik-adik pula, belajar puasa tahun ini
ye. Dengar cakap mak ayah. Jadi anak yang baik. Sentiasa bantu mak dan ayah di
bulan Ramadhan ni. Ikut sekali terawih ke masjid. Sekian, pesanan dari akakmu
yang semakin cantik. Selamat menjalani ibadah puasa. Jom sampaikan ucapan kata maaf bulan ramadhan untuk teman dan keluarga anda sempena bulan Ramadhan Al Mubarak.
No comments:
Post a Comment