Sinopsis Drama 2000km Ke Al-Haram |
2000km Ke Al-Haram mengisahkan perkahwinan Salmah bersama Suhaimi tidak direstui keluarganya yang
menganggap Suhaimi tidak setaraf mereka. Salmah tetap setia mencintai Shuhaimi
seikhlas hati dan dikurniakan seorang anak bernama Hadi.
Hidup mereka mula diuji bila Suhaimi yang telah tamat kontrak kerja dan mula mengalami masalah kewangan. Suhaimi bukan sahaja terpaksa akur dengan keputusan Salmah untuk bercerai, malah terpaksa reda apabila Salmah mahu memisahkan dirinya dengan satu-satunya anak tunggal mereka, Hadi.
Hidup mereka mula diuji bila Suhaimi yang telah tamat kontrak kerja dan mula mengalami masalah kewangan. Suhaimi bukan sahaja terpaksa akur dengan keputusan Salmah untuk bercerai, malah terpaksa reda apabila Salmah mahu memisahkan dirinya dengan satu-satunya anak tunggal mereka, Hadi.
Hadi dibesarkan oleh ibunya, Salmah dan bapa tirinya Azli. Apabila
dewasa, Hadi menyambung pelajaran ke luar negara. Sekembalinya ke tanah air,
Hadi berubah menjadi seorang anak yang liar dan jauh dari pegangan agama hingga
dia terlewat mengetahui keadaan Salmah yang sakit akibat kanser.
Bapa kandung Hadi yang berada di Doha begitu ingin mengenali Hadi
walaupun Hadi kelihatan dingin. Dia merancang untuk membawa Hadi ke Doha dan
mengerjakan ibadah umrah bersamanya dengan harapan Hadi berubah menjadi lebih
baik.
Perkenalan tanpa dirancang antara Hadi dengan Iqa tidak bermula dengan
baik. Mereka sering bertelagah dan menyebabkan hubungan mereka amat dingin.
Namun, pertunangan mereka sedikit sebanyak telah merubah dirinya menjadi
seorang yang baik. Hadi mula menunjukkan perubahan sikapnya apabila dia
kehilangan pekerjaan. Hadi akhirnya bersetuju untuk mengikut bapanya, Suhaimi
ke Doha.
Di sana, Hadi sekali lagi bertemu Iqa. Pertemuan secara tidak sengaja
antara dia dan Iqa telah menimbulkan satu perasaan istimewa. Namun kedua-duanya
cuba menafikan dan Hadi mahu menyembunyikan perasaan terhadap Iqa. Sepanjang di
Doha, Suhami telah membimbing Hadi ke arah agama. Hadi diajar mengenai ibadah
dan ilmu agama dengan harapan Hadi berubah menjadi hamba Allah yang baik.
Namun, sebagai manusia bukan mudah untuk berubah menjadi insan yang
baik. Malah setiap perubahan harus dilaksanakan dengan perlahan-lahan dengan
niat yang murni. Bagi Hadi, ‘cinta’ adalah kunci buat segala-galanya. Cinta
juga bakal membawa perubahan dalam hidupnya terutama membina cinta ke jalan
yang diredhai Allah SWT.
Adakah Suhaimi berjaya membimbing Hadi ke arah yang lebih baik?
Bagaimana hubungan Hadi dan Iqa? Saksikan kisah seterusnya dalam drama 2000km Ke
Al-Haram di kaca tv anda.
Pelakon Drama 2000km Ke Al-Haram
Syazwan Zulkifly sebagai Hadi
Dato Jalaludin Hassan sebagai Suhaimi
Mia Ahmad sebagai Iqa
Iqram Dinzly sebagai Daniel
Janna Nick sebagai Inas
Mawar Rashid sebagau Sazzy
Liza Abdullah sebagai Salmah
Zulkifli Ismail sebagai Azli
Marisa Yasmin sebagai Maria
Amyza Aznan sebagai Noni
Gambar Drama 2000km Ke Al-Haram |
Tonton drama 2000km Ke Al-Haram
Tarikh 2000km Ke Al-Haram disiarkan: 2016
Jumlah episod drama 2000km Ke Al-Haram:
26
2000km Ke Al-Haram episod akhir – episod 26
Saluran: RTM
No comments:
Post a Comment