Waspada jenayah Geng Hamper: Taktik Geng
Hamper samun dan rompak rumah | Dah nak dekat musim perayaan, ada sahaja pihak yang
cuba ambil kesempatan. Terbaru, Geng Hamper menggunakan taktik menghantar
hamper raya ke rumah untuk membuat rompakan dan samun. Jadi, berhati-hatilah
kita bila menerima kunjugan orang tidak dikenali. Jangan ghairah melihat hadiah
hamper, tanpa berfikir panjang membuka gate dan membenarkan mereka masuk rumah.
Cara Geng Hamper samun dan rompak rumah
Taktik
mereka agar dapat masuk ke dalam rumah adalah melalui pemberian "hamper
raya" kepada mangsa sebelum menyamun rumah mangsa.
Geng Hamper kini kembali! |
Sasaran Geng Hamper untuk merompak
Terlebih
dahulu, Geng Hamper akan memperdaya mangsa. Sasaran mereka ialah kanak-kanak,
suri rumah dan pembantu rumah.
Modus operandi Geng Hamper
-
Suspek akan berpura-pura menghantar hamper ke rumah sebelum memasuki rumah
mangsa untuk merompak.
-
Suspek akan memperkenalkan diri mereka sebagai saudara jauh/sahabat lama kepada
bapa/suami/majikan mangsa untuk meyakinkan mangsa agar membuka pagar/pintu
rumah bagi menerima hamper yang dibawa.
-
Mangsa yang terpedaya akan membuka pagar/pintu rumah sebelum suspek memegang
dan mengugut mangsa menggunakan senjata sebelum merompak.
Nasihat polis: Cara elak jadi mangsa samun
dan rompakan Geng Hamper
-
Sentiasa berhati-hati dengan mana-mana individu yang tidak dikenali walaupun
ketika berada di dalam rumah.
-
Kanak-kanak dinasihatkan untuk tidak sesekali membenarkan mana-mana individu
yang tidak dikenali memasuki/menghantar barang ke dalam rumah anda tanpa
pengawasan dan kebenaran dari kedua orang tua/penjaga.
-
Hubungi segera bapa/suami/majikan jika menerima kehadiran individu-individu
yang tidak dikenali tadi ke rumah anda untuk membuat pengesahan.
-
Hubungi pihak polis dengan kadar segera jika adanya individu-individu yang
boleh mendatangkan bahaya di luar rumah anda.
Dengan
pendedahan taktik licik Geng Hamper samun
dan rompak rumah, moga kita semua amalkan sikap berwaspada. Berhati-hati di
mana jua.
No comments:
Post a Comment