Kad Debit Maybank: Pin And Pay – Kaedah
Pembayaran Lebih Selamat! |
Ermm… kad pin Maybank? Mulai Mac
2016, semua Kad Maybank akan digantikan dengan Kad PIN secara berperingkat. Jadi,
jom la kita ke cawangan Maybank dan tukar kad debit Maybank kepada yang baru. Adakah
penukaran kad pin Maybank dikenakan bayaran? Macam mana kalau kita tak nak
tukar, guna kad debit Maybank yang lama, adakah transaksi berjaya dilakukan? Nak
tahu apa jawapannya? Baca penerangan tentang kad pin Maybank di bawah.
Lihat: Ramai berpusu-pusu ke kaunter MAYBANK untuk dapatkan benda ini. Jangan
terlambat..nanti kena denda, kena caj!
Kad pin Maybank: Pin And Pay |
Apa itu PIN?
PIN
(Nombor Pengenalan Peribadi) ialah kod rahsia 6-digit yang diberikan kepada
pemegang kad atau dipilih oleh pemegang kad untuk membuktikan bahawa mereka
adalah pemilik sah kad pembayaran tersebut.
Mengapakah bank menukar dari tandatangan
kepada PIN?
Ini
adalah langkah keselamatan untuk seluruh industri yang akan berkuat kuasa mulai
Januari 2017. PIN adalah lebih selamat kerana ia boleh mengelakkan penipuan
atas kehilangan atau kecurian kad. Penggunaan PIN dapat memastikan lapisan
keselamatan tambahan untuk pengesahan serta perlindungan ke atas pelanggan
terjamin.
Selain daripada menukar kad, bolehkah saya
memilih untuk menggunakan kad yang sedia ada dengan PIN?
Kad
yang sedia ada tidak memenuhi keperluan teknikal untuk menyokong PIN. Oleh itu,
pihak Maybank mengeluarkan Kad baharu untuk anda.
Dengan kad baharu, adakah perubahan ke atas
nombor kad sedia ada saya?
Untuk
Kad Kredit, nombor kad anda tidak akan berubah. Untuk Kad Debit Maybank, anda akan menerima nombor kad yang baharu.
Bagaimana dan bilakah saya boleh menukar kad Maybank
saya?
Untuk
Kad Kredit, anda akan menerima kad baharu seperti urusan penghantaran semasa
anda. Untuk Kad Debit Maybank, anda perlu menggantikan kad dengan segera
dan kita
mempunyai
pilihan-pilihan berikut :
1.
Kami akan menghantar Kad ke alamat pilihan anda (sila mohon melalui Maybank2u
mulai bulan Jun 2016) ATAU;
2. Di
mana-mana cawangan Maybank (sila bawa bersama Kad Debit sedia ada dan Kad
Pengenalan anda).
Kad Debit Maybank: Pin And Pay – Kaedah Pembayaran Lebih Selamat! |
Adakah bayaran / caj dikenakan atas
pertukaran kad debit Maybank yang baru?
Tidak,
kad akan dikeluarkan secara percuma.
Adakah Ahli Kad tambahan saya juga memerlukan
PIN untuk transaksi mereka?
Ya,
Ahli Kad tambahan anda juga perlu menggunakan PIN untuk transaksi mereka.
Adakah saya perlu menggunakan PIN untuk semua
transaksi saya?
Ya,
anda mesti menggunakan PIN pada terminal pembayaran berkuat kuasa bulan Januari
2017.
Adakah saya perlu menggunakan PIN untuk pembayaran
melalui telefon atau atas talian?
Tidak,
anda tidak akan diminta untuk memasukkan PIN untuk pembayaran atas talian atau telefon
dan anda tidak perlu mendedahkannya apabila menggunakan saluran-saluran
pembayaran ini.
Bagaimana pula pembayaran tanpa sentuh dengan
Visa payWave dan MasterCard® contactless?
Untuk
pembayaran tanpa sentuh, anda akan diminta untuk memasukkan PIN untuk transaksi
melebihi RM250.00. Untuk transaksi di bawah RM250.00, PIN atau tandatangan
tidak diperlukan.
Bolehkah saya membuat pembelian tanpa
disedari jika saya berjalan lalu pembaca tanpa sentuh?
Untuk
kad tanpa sentuh berfungsi, ia mestilah berhampiran dengan pembaca kad tanpa
sentuh (dalam jarak 4 cm antara kad dan pembaca). Di samping itu, juruwang akan
diperlukan untuk membolehkan pembaca kad memulakan transaksi di terminal untuk penerimaan
bayaran. Jika pembaca kad tidak memproses transaksi, ia tidak akan membaca
apa-apa kad tanpa sentuh yang dibentangkan dengan tidak sengaja.
Apakah yang akan berlaku jika saya tidak
sengaja mengimbas kad saya dua kali pada pembaca tanpa sentuh?
Terminal
tanpa sentuh hanya boleh memproses satu transaksi padasatu masa. Walaupun kad
tanpa sentuh dengan tidak sengaja diimbas lebih daripada sekali, anda hanya
akan dicaj sekali sahaja untuk urus niaga tersebut.
Apakah yang akan berlaku jika saya mempunyai
lebih dari satu kad tanpa sentuh dalam dompet dan saya imbaskan dompet saya
pada pembaca tanpa sentuh?
Kemungkinan
pembaca tanpa sentuh boleh mengesan lebih dari satu kad. Walau bagaimanapun,
urus niaga itu tidak akan lengkap. Anda akan perlu melakukan transaksi lagi.
Sila pastikan anda mengeluarkan kad dari dompet anda dan sentuh pada pembaca.
Apakah yang akan berlaku jika penipu membaca
kad saya dengan meletakkan pembaca tanpa sentuh berhampiran dengan dompet saya?
Sekiranya
berlaku dimana butir-butir keselamatan kad tanpa sentuh dibaca oleh penipu
melalui pembaca tanpa sentuh yang berhampiran dengan poket atau dompet anda,
terdapat ciri-ciri perlindungan yang akan mengelakkan penggunaan butiran
keselamatan kad tanpa kebenaran dari kad yang dipintas.
Setiap
transaksi tanpa sentuh terdapat satu kod unik yang berubah dengan setiap
pembelian, di mana ia hanya boleh digunakan sekali sahaja dan dijana oleh cip
dalam kad tanpa sentuh yang asal serta untuk menghalang kad palsu dihasilkan dari
butiran keselamatan kad yang dipintas.
Sekiranya
berlaku penipuan, anda tidak akan bertanggungjawab ke atas penggunaan ciri-ciri
tanpa sentuh pada kad cip anda untuk caj penipuan atau pembelian yang tidak
dibenarkan. Anda mesti memaklumkan pihak Maybank dengan segera atau secepat
yang mungkin bagi
mengelakkan
penggunaan kad yang tidak dibenarkan atau aktiviti yang mencurigakan.
Tukar kad pin Maybank |
Bolehkah penipu yang mencuri kad Maybank saya
dan menggunakannya sehingga akaun bank saya dikosongkan?
Terdapat
ciri-ciri perlindungan yang dapat mengurangkan penggunaan kad tanpa sentuh yang
hilang atau dicuri oleh penipu. Had transaksi tanpa sentuh minimum yang
serendah RM250, memudahkan transaksi yang melebihi had minimum tidak dibenarkan
tanpa
pengesahan
dari pemegang Kad PIN atau tandatangan yang sah.
Perlukah saya menggunakan PIN untuk transaksi
Maybank di luar negara?
Tidak
semua terminal di luar negara menyokong PIN. Sekiranya terminal di luar negara
tidak menyokong PIN, tandatangan anda masih diperlukan untuk meluluskan
transaksi.
Bagaimana saya tahu bila PIN Maybank diperlukan?
Terminal
pembayaran kad akan menentukan sama ada PIN diperlukan dan sekiranya perlu, ia
akan meminta anda untuk memasukkan PIN anda.
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya
terlupa PIN Maybank saya?
Sila
hubungi Maybank di nombor Khidmat Pelanggan yang tertera di belakang kad anda
untuk bantuan.
Bolehkah saya menukar PIN Maybank saya?
Ya,
anda boleh menukar PIN anda melalui Maybank2u atau dimana-mana ATM yang
berhampiran anda (untuk Kad Debit sahaja). Jika anda memerlukan bantuan lanjut,
sila hubungi nombor Khidmat Pelanggan yang tertera di belakang kad anda.
Bolehkah saya terus menggunakan kad
tandatangan selepas menerima kad PIN Maybank saya?
Kad
tandatangan anda akan luput selepas anda mengaktifan kad PIN baharu anda.
Adakah PIN yang saya gunakan untuk membuat pembelian
sama dengan PIN yang digunakan untuk pengeluaran wang di ATM?
Untuk
Kad Kredit, ya, PIN yang sama akan digunakan dengan syarat anda mengaktifan
kemudahan pengeluaran tunai. Untuk Kad Debit Maybank, ya, anda akan
mempunyai PIN yang sama untuk pengeluaran tunai serta pembelian.
Apakah akan berlaku jika saya memasukkan PIN Maybank
yang salah?
Bagi
tujuan keselamatan, PIN anda akan disekat selepas tiga percubaan yang salah.
Kemudian, anda boleh hubungi kami untuk mendapatkan PIN baharu.
Bagaimanakah saya menggantikan kad Maybank jika
saya menetap di luar negara?
Untuk
Kad Kredit, kami akan menghantar kad PIN baharu ke alamat berdaftar luar negara
anda. Untuk Kad Debit Maybank, sila gunakan Maybank2u untuk memohon
pertukaran
kad.
Kad PIN baharu akan dihantar ke alamat berdaftar anda.
Saya kini mempunyai Kad Gambar Maybank.
Adakah saya akan mendapat Kad Gambar yang sama sebagai penggantian?
Tidak.
Anda akan diberikan Kad Debit generik dan jika anda mahu Kad Gambar, anda perlu
membuat permohonan semula dengan bayaran sebanyak RM26.50.
Bagaimana boleh saya memastikan PIN Maybank saya
selamat?
Ia
adalah penting bagi anda untuk merahsiakan PIN anda supaya kad anda dilindungi
daripada penipuan akibat kehilangan dan kecurian kad. Pastikan PIN anda tidak
mudah diteka dengan mengelakkan penggunaan nombor yang boleh dikaitkan dengan
anda seperti tarikh peribadi yang penting (contohnya, tarikh hari lahir atau
hari ulang tahun
anda),
nombor telefon atau nombor lesen pemandu.
Antara
langkah-langkah lain bagi memastikan keselamatan PIN Maybank anda termasuk:
•
Tidak menyimpan rekod bertulis tentang PIN anda;
•
Tidak membenarkan orang lain melihat PIN anda semasa anda memasukkannya atau
semasa ia dipaparkan;
•
Tidak menyimpan PIN anda dalam bentuk yang mudah dikenal pasti sebagai PIN;
•
Tidak mendedahkan PIN anda kepada sesiapa pun (termasuk pihak berkuasa, ahli
keluarga atau pasangan);
•
Tidak mendedahkan PIN anda akibat kecuaian atau kelalaian;
•
Memaklumkan pengeluar kad dengan segera jika anda menyedari bahawa PIN anda
telah diketahui oleh orang lain; dan
•
Pastikan ahli kad tambahan yang boleh mengakses kad PIN anda untuk memastikan
PIN selamat seperti yang dinyatakan di atas
Begitulah
persoalan dan jawapan tentang kad pin
Maybank. Rata-rata ramai yang guna kad debit Maybank. Kan kan… Kad debit Maybank: pin and pay – kaedah pembayaran
lebih selamat! Ye, dengan adanya pin ni, pembayaran kita jadi lebih
selamat. Jom tukar kad Maybank!
saya ada debit card saya nak buat visa card macam mana
ReplyDelete