Cara Rawatan Dan Pencegahan Difteria

Cara merawat dan mencegah jangkitan Difteria. Ketahui apa rawatan untuk mengubati Difteria. Apakah langkah pencegahan mengelak difteria (diphtheria) menjangkiti anak-anak kita. Ibu bapa disarankan untuk dapatkan imunisasi yang lengkap untuk anak, termasuk vaksin difteria: vaksin lima serangkai.

Cara Rawatan Difteria
Bagaimana merawat difteria? Rawatan bagi penyakit ini dengan suntikan antitoksin difteria yang melemahkan toksin dan pemberian antibiotik. Erythromycin dan penisilin membantu menghapuskan bakteria Corynebacterium diphteriae dan menghentikan pengeluaran toksin. Umumnya difteria boleh dicegah melalui vaksinasi. Bayi, kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa yang tidak mempunyai cukup pelalian memerlukan suntikan booster setiap 10 tahun.

Pencegahan Jangkitan Difteria
Bagaimana cara untuk mencegah diri kita daripada dijangkiti penyakit Difteria? Cara elak kita mendapat Difteria. Semua individu yang melakukan perjalanan ke luar negara perlu mendapatkan vaksin. Jenis vaksin yang diperlukan ialah Toksoid Difteria. Bilangan dos pula sekurang-kurangnya 3, disuntik ke dalam otot. Sebelum berlepas, dapatkan vaksin seawal mungkin. Terdapat sedikit perlindungan selepas dos vaksin yang kedua.

cara rawatan difteria, pencegahan jangkitan difteria, imunisasi vaksin lima serangkai elak difteria, cara mengubati difteria
Vaksin difteria: vaksin 5 serangkai untuk perlindungan anak dari difteria

Dalam pada itu juga, penekanan diberi kepada kanak-kanak untuk mendapatkan imunisasi seperti mana yang tercatat dalam buku rekod kesihatan kanak-kanak. Ikuti jadual pemberian vaksin iaitu ketika anak-anak berumur 2, 3 dan 5 bulan berdasarkan Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia. Dos tambahan akan diberikan ketika anak-anak berumur 18 bulan dan 7 tahun. 

cara rawatan difteria, pencegahan jangkitan difteria, imunisasi vaksin lima serangkai elak difteria, cara mengubati difteria
Difteria penyakit merbahaya boleh membawa maut!

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan agar anak-anak diberi vaksin difteria iaitu vaksin 5 serangkai: DTaP-IPV//Hib (Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus influenzae type b). Vaksin ini diberikan pada usia bayi 2, 3, 5 dan 18 bulan.

Liputan imunisasi yang melebihi 95% dalam komuniti akan memberi imuniti kelompok (herd immunity) dan melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti bakteria difteria. Kanak-kanak yang telah menerima imunisasi lengkap hanya akan mengalami gejala ringan apabila dijangkiti difteria dan terlindung dari komplikasi.


Ketahui:


Sebagai ibu bapa bertanggungjawab, dapatkan imunisasi yang lengkap untuk anak termasuk vaksin difteria bagi memberikan perlindungan terhadap jangkitan penyakit dan mencegah berlaku komplikasi akibat jangkitan. Segera dapatkan imunisasi vaksin lima serangkai yang lengkap bagi mengelak difteria.

No comments:

Post a Comment