Kata-Kata Menyambut Bulan Ramadhan Lucu

Kata-Kata Menyambut Bulan Ramadhan Lucu

Selamat menyambut bulan Ramadhan 2017 buat seluruh umat Islam di dunia. Dengan pertanyaan, dah ganti puasa ke? Eh orang baru nak puasa la. Sempena menjelangnya bulan Ramadhan Al Mubarak sama-sama kita mempertingkatkan amalan kebajikan puasa tahun ni. So, sini nak share kata mutiara puasa untuk u olls semua. Tentang kata-kata menyambut bulan ramadhan lucu. Sebab ada yang tengah pusing kepala nak karang ucapan selamat berpuasa lucu. Dengan menggunakan kuasa doraemon, meh sini saya permudahkan, boleh rujuk kata-kata bulan ramadhan lucu di bawah.

Ucapan Selamat Puasa Ramadhan Lucu

Dah dekat nak puasa ni, adik-adik jangan stress ye. Bulan Ramadhan bulan yang ditunggu-tunggu semua orang. Di sinilah adik-adik belajar memperbaiki diri. Menjadi orang yang lebih baik. Jom adik-adik, layan ucapan lucu menyambut bulan Ramadhan seperti di bawah:

Terdengar laungan marhaban ya ramadan,
Hati resah tak keruan,
Terfikirkan makan dan minuman,
No no no dah tak boleh makan,
Latih diri menahan kesabaran,
Puasa sememangnya banyak ujian,
Cekalkan hati penuh ketakwaan,
Moga kita menjadi orang beriman.
Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak.

Kata-kata bulan ramadhan lucu kedua
Hidup ini hanya sementara,
Sekejap marah, sekejap ketawa,
Sekejap berduit, sekejap sengkek,
Sekejap senang, sekejap susah,
Oh ya baru teringat sekejap lagi kita berpuasa,
Ramadahan dinanti telah tiba,
Alhamdulillah, bulan penuh keberkatan.


Gambar Ucapan Puasa Bulan Ramadhan

kata kata menyambut bulan ramadhan lucu, kata kata bulan ramadhan lucu, ucapan selamat berpuasa lucu
Sampaikan salam ucapan puasa ramadhan lucu buat keluarga anda

Diduga tidak kuat menunggu azan maghrib,
Seorang insan nekad azan sendiri.

Buah markisa,
Buah nangka,
Tak terasa,
Sebentar lagi akan puasa,
Salam Ramadhan buat semua.

Ucapan selamat berpuasa lucu kelima
Sibuknya dia shopping raya,
Nak sambut raya penuh bergaya,
Puasa pula entah macam mana,
Hari ni tak puasa gastrik katanya.

Awal pagi kecoh bersahur,
Petangnya pula sibuk bertempur,
Meriahnya orang-orang di dapur,
Busy menyediakan juadah bubur,
Berpuasa mendidik diri jadi jujur,
Nikmat diberiNya jangan kufur,
Moga kita menjadi orang yang sentiasa bersyukur.

Makan jangan sampai over kekenyangan
Nanti tak larat,
Maghrib pun tak sempat,
Asyik melayan nafsu makan,
Jangan..
Bulan Ramadhan kan bulan untuk meningkat keimanan.

Lelaki jiwang karat,
Tempoh puasa sebulan saja tak kuat,
Bercintan-cintun bertahun-tahun pula kuat.

Orang bangun sahur,
Dia tidur,
Syok katanya,
Tidur lama,
Bila tengah hari,
Dia menyesali,
Mengapa dia tak bangun awal pagi tadi,
Sedih mukanya menahan diri,
Terkenang-kenang nasi briyani,
Masih tersimpan bawah tudung saji.


Tak ada idea bagi ucapan puasa kat kawan? Nah rujuk ni:


Selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan 2017 buat kawan-kawan semua. Buat ibu dan ayah di kampung, moga diberi kesihatan yang sejahtera, dapat melaksanakan ibadah puasa dan solat terawih dengan sempurna, dipermudahkan urusan ketika bulan puasa ni. Love you always! Jom sampaikan kata-kata menyambut bulan ramadhan lucu buat member korang. Boleh hantar ucapan selamat puasa lucu ni menerusi whatsapp, facebook, twitter untuk geng sekamceng korang. Selamat berpuasa. Welcome bulan Ramadhan. Syukur selalu.

No comments:

Post a Comment