9 Kesan Bahaya Jangkitan Difteria

Ketahui kesan bahaya wabak Difteria. Difteria adalah jangkitan akut yang menjejaskan sistem pernafasan pesakit. Agen penyebab Difteria ini berpunca dari bakteria Corynebacterium diphtheriae. Bakteria yang dijangkiti oleh virus corynebacteriophage akan mengeluarkan toksin difteria. Toksin inilah yang mengundang bahaya nyawa pesakit, yang mana pengakhirannya boleh membawa maut!

9 Kesan Bahaya Jangkitan Difteria
Berikut merupakan komplikasi akibat jangkitan Difteria:
1. Sukar menelan makanan kerana tekak berasa sakit di kawasan antara rongga mulut dan farinks. Pesakit sentiasa merasa sakit tekak. Ini kerana terdapat membran kelabu melitupi tonsil juga di bahagian saluran pernafasan. Selaput nanah akibat Difteria di tekak boleh menutup saluran pernafasan. Pesakit akan mengalami kesukaran bernafas.
2. Terdapat bengkak di leher (dikenali leher lembu atau bull neck).
3. Mual, muntah, sejuk dan demam yang tinggi.
4. Degupan jantung menjadi pantas.
5. Edema.
6. Kelumpuhan saraf kranial, motor periferi dan deria serta miokarditis.
7. Kelumpuhan saraf otak, kaki dan tangan (motor periferi) serta deria
8. Radang pada jantung (miokarditis) 
9. Toksin akibat difteria melumpuhkan saraf pesakit dan menyebabkan keradangan jantung hingga menyebabkan kematian! Kadar kematian akibat difteria paling tinggi di kalangan bayi dan orang tua dan kematian biasanya berlaku dalam masa tiga hingga empat hari.

9 kesan bahaya jangkitan difteria, komplikasi difteria, cara merawat difteria, adakah penyakit difteria boleh sembuh
Difteria mendatangkan kesan bahaya yang serius

Ketahuilah, wabak difteria ini amat merbahaya! Cegah sebelum terlambat! Kawasan yang sering dijangkiti Difteria adalah di bahagian tekak (tonsil, farinks, larinks, hidung) dan kadangkala selaput mukus lain, kulit , konjunktiva dan bahagian kemaluan. Cara jangkitan difteria tersebar dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair dan sentuhan fizikal. Jangkitan adalah teruk dan boleh mengancam nyawa!

Cara Merawat Difteria, Adakah Penyakit Difteria Boleh Sembuh?
Difteria boleh diubati dengan vaksin lima serangkai dan pemberian antibiotik. Tetapi masalah dengan penyakit ini ialah:
1. Ia merebak dengan pantas dalam masa yang singkat.
2. Kuman difteria membebaskan toksin yang merosakkan saraf, jantung dan ginjal dengan cepat.
3. Bagi kanak-kanak yang dijangkiti dan dikesan lebih awal, sebelum toksin difteria merosakkan organ, ia dapat dirawat dengan antibiotik.
4. Bagi kanak-kanak yang telah mengalami kesan toksin itu, rawatannya lebih kompleks dan mahal. Harga ubat anti-toksin difteria ialah RM500 dan perlu diberikan 7 kali. Tiada jaminan untuk sembuh. Jika sembuh pun mungkin mengalami kecacatan dalaman. Kanak-kanak itu menderita sepanjang hayat. Kredit: Diphtheria   


Ketahui:

Komplikasi difteria adalah sepanjang hayat bagi individu yang tidak mendapat imunisasi secukupnya. Anda dah tahu apa kesan buruk difteria, kesan bahaya akibat jangkitan difteria. Sebagai ibu bapa, adalah penting anda memberikan anak anda imunisasi yang lengkap. Dapatkan imunisasi di klinik kesihatan seperti mana tertera dalam jadual buku rekod kesihatan bayi anda. Risiko difteria semakin meningkat di kawasan yang sesak dan mempunyai tahap sosioekonomi yang rendah. Jadi, berwaspadalah!

No comments:

Post a Comment