Sinopsis Drama Sayangku Kapten Mukhriz TV3

Sinopsis Drama Sayangku Kapten Mukhriz TV3 | Sayangku Kapten Mukhriz mengisahkan Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana - Seorang ustaz dan seorang doktor. Seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala seorang pula jatuh cinta tahap meroyan.

Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title ‘ustaz’ dan seorang langsung tidak peduli title ‘doktor’. Sudahnya beginilah. SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan.

Pelbagai perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.

Doktor Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua pening kepala! Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat. Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah…

Mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz. Saksikan segalanya dalam drama Sayangku Kapten Mukhriz di kaca tv anda.

Pelakon Drama Sayangku Kapten Mukhriz TV3
Raja Afiq sebagai Kapten Ustaz Mukhriz
Amaniena Baharun sebagai Dr. Ariana Dahlia
Fezrul Khan sebagai Izzudin

Sinopsis drama Sayangku Kapten Mukhriz TV3, pelakon dan gambar drama Sayangku Kapten Mukhriz TV3, Sayangku Kapten Mukhriz episod akhir – episod 23
Gambar Drama Sayangku Kapten Mukhriz TV3

Tonton drama Sayangku Kapten Mukhriz
Tarikh Sayangku Kapten Mukhriz disiarkan: 2016
Jumlah episod drama Sayangku Kapten Mukhriz: 23
Sayangku Kapten Mukhriz episod akhir – episod 23
Saluran: TV3

No comments:

Post a Comment