Ads GA Leaderhead

Pantun Hari Raya Lawak & Pantun Aidilfitri Istimewa

Pantun Hari Raya Lawak dan Pantun Aidilfitri Istimewa | Terjah koleksi pantun Hari Raya Aidilfitri 2016 terbaik untuk anda dedikasikan buat kawan-kawan anda sama ada melalui SMS, hantar pantun Raya di Facebook, Twitter, Instagram, blog, kad Raya dan sebagainya. Jom hantar ucapan Hari Raya beserta pantun Raya Idul Fitri anda sekarang. Berikut merupakan pantun Hari Raya 4 kerat dan pantun 2 kerat Hari Raya.


Senarai Koleksi Pantun Hari Raya Lawak
(Pantun 4 kerat Hari Raya)

Mak Jemah sambut Raya di Jaipur,
Bawa beg banyak berguni-guni,
Sibuknya dia membuat biskut dan kek di dapur,
Konon nak sambut Raya penuh grand tahun ni.

Duhai abang posmen penuh bergaya,
Siap promote bisnes madu kelulut,
Teruja sakan dapat kad Raya,
Sampai tak sedar biskut masuk ke mulut.

Nak pecah puasa tengok kanan tengok kiri,
Gara-gara bangun sahur malas,
Sibuk membuat biskut Aidilfitri,
Sampai kad Raya tak sempat nak balas.

Meriahnya lauk sahur bak raja bersantap,
Tak sampai 5 minit makanan dah lesap,
Hati gundah risau kawan tersentap,
Kelam kabut hantar ucapan SMS Raya di WhatsApp.

Lif rosak jom kita lompat,
Hati-hati jangan sampai tersekat,
Nak hantar kad raya dah tak sempat,
Pakai WhatsApp pun dah kira berbalas kad.

pantun hari raya 4 kerat, pantun 2 kerat hari raya, pantun dua kerat hari raya, pantun hari raya aidilfitri istimewa, koleksi pantun hari raya, pantun hari raya lawak, blog pantun hari raya
Pantun Hari Raya Lawak & Pantun Aidilfitri Istimewa

Pantun 2 Kerat Hari Raya

Syawal disambut penuh gembira,
Selamat Hari Raya.

Hati-hati makan ketupat,
Bersihkan hati, jauhi sikap suka mengumpat.

Di Hari Raya jangan suka caci-maki,
Minta ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Lupakan permusuhan di hari lebaran,
Jalinkan ukhuwah eratkan persahabatan.

Senarai Koleksi Pantun Hari Raya Aidilfitri Istimewa

Banyaknya makanan di pagi hari,
Tersenyum senget hati senang,
Meriahnya menyambut lebaran Aidilfitri,
Sanak-saudara semua datang.

Perangai jahat jangan ditiru,
Sifat buruk segera tinggalkan,
Cantiknya kamu berbaju baru,
Kuucapkan selamat hari lebaran.

Gelap gelita tak nampak gigi,
Rupanya blackout tak ada karan,
Hari Raya tiba lagi,
Di sambut dengan penuh kesyukuran.

Masamnya limau mentah kucuba tahan,
Dadih manis ditambah gula,
Mohon maaf segala kesalahan,
Hari Raya hari menyatukan kita semula.

Ketatnya sungguh baju kebaya,
Hati-hati pegang cawan,
Indahnya sungguh di Hari Raya,
Mari berkunjung ke rumah kawan.

Pedas berapi sambal halia,
Cari air bak ribut taufan,
Aidilfitri hari yang mulia,
Mari kita bermaaf-maafan.

Cantiknya si Dara di hari lebaran cun-melecun,
Si jejaka pula tampak hensem bergaya penuh karisma,
Ledam ledum bunyi mercun,
Itu tandanya Aidilfitri kini menjelma.

Keluar berdating dengan tudung satin,
Ayah merestui dan memberi izin,
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin,
Minal aidin wal faizin.

Merdunya suara bila makan kari,
Karaoke riang ria sing a song,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Bermaafanlah kita kosong-kosong.

Pantun dua kerat Hari Raya untuk semua.. Sangat sesuai ditujukan untuk geng-geng anda. Pilih mana-mana pantun Hari Raya kesukaan anda dalam senarai koleksi pantun Hari Raya Lawak dan pantun Aidilfitri istimewa. Blog pantun Hari Raya katakan. Hihi.. 

1 comment: