Sinopsis Kailangan Ko'y Ikaw TV3

Sinopsis Drama Telenovela Filipina Kailangan Ko'y Ikaw TV3 | Kailangan Ko'y Ikaw mengisahkan Francine Natra (Regine Velasquez) merupakan seorang penyanyi popular. Akibat kemasyhuran dan jadualnya yang begitu sibuk dia mengalami kehidupan dalam dunianya sendiri. Manakala Guillermo "Gimo" Talumpati (Robin Padilla) menjalani kehidupan biasa sebagai seorang mekanik.

Sinopsis drama telenovela Filipina Kailangan Ko'y Ikaw TV3, pelakon dan gambar drama Kailangan Ko'y Ikaw TV3
Jom baca sinopsis telenovela Kailangan Ko'y Ikaw siaran TV3

Gimo mempunyai tanggungjawab yang besar dalam keluarganya. Dia menjaga kakaknya, Ging-Ging yang mempunyai sindrom down. Suatu hari, Gimo menyertai rancangan Date With A Star dan terpilih menjadi pemenang. Sepatutnya Gimo bakal berdating dengan bintang popular iaitu Francine. Namun semuanya hancur bila hadiah itu dibatalkan.

Gimo merasa tertipu. Dia membuat perancangan ingin menculik Francine agar dapat menebus hadiahnya.pada masa yang sama, dia juga ingin mengenali Francine dengan lebih dekat.

Francine yang begitu bosan dengan kehidupan popularnya mula jatuh hati pada Gimo. Baginya Gimo seorang yang jujur. Bunga-bunga cinta mula berputik di hati Francine dan Gimo.

Gimo diduga dugaan. Kakaknya memerlukan pembedahan. Berita kakaknya yang memerlukan rawatan mula tersebar umum. Ketika itulah orang ramai mengetahui hubungan dia dan Francine. Hubungan Francine dan Gimo tidak kekal lama. Sering berlakunya pertelingkahan antara mereka. yang akhirnya menyebabkan hubungan mereka putus.

Beberapa hari kemudian, Francine menculik Gimo dan meminta beliau untuk mengahwininya. Dia menyedari bahawa dirinya telah membuat kesilapan yang sangat besar dalam hidupnya dengan membiarkan Gimo pergi. Mereka akhirnya berkahwin dan mendapat seorang cahaya mata. Saksikan segalanya dalam drama Kailangan Ko'y Ikaw di kaca tv anda.

Pelakon Drama Kailangan Ko'y Ikaw TV3
Regine Velasquez as Francine Natra
Robin Padilla as Guillermo "Gimo" Talumpati
John Lapus as Sweet
Mitch Valdes as Maggie
Ray Ventura as Tatay
Roldan Aquino as Tomas
Butz Aquino as Francine's father
Marita Zobel as Francine's mother
Alvin Anson as Alex
Rufa Mae Quinto as Lovely
Joy Viado as Di
Katya Santos as Bel
Shermaine Santiago as Mayumi
Metring David as Gimo's grandmother
Rey Pumaloy as TV host
Robert "Long" Mejia as a barangay slacker
Inday Garutay as Liwayway Laway
Anton Diva as Virgin Velasquez

Sinopsis drama telenovela Filipina Kailangan Ko'y Ikaw TV3, pelakon dan gambar drama Kailangan Ko'y Ikaw TV3
Gambar Telenovela Kailangan Ko'y Ikaw TV3
Tonton drama Kailangan Ko'y Ikaw
Hari: Isnin - Khamis
Jam: 3.00 petang
Saluran: TV3

No comments:

Post a Comment