Beza Penyakit Tonsil Dan Difteria

Apa perbezaan jangkitan tonsil dan jangkitan kuman difteria | Beza antara tonsillitis dan diphtheria | Bagaimana nak bezakan kita sakit tonsil ataupun mendapat difteria? Sakit tonsil ini sering kita alami, sakit pada anak tekak yang mana orang panggil bengkak tonsil / penyakit tonsilitis / penyakit amandel. Bila tonsil membengkak punya la sakit nak telan makanan. Apatah lagi bila tonsil menjadi radang dan bernanah. Sakit weh..

perbezaan jangkitan tonsil dan jangkitan kuman difteria, beza antara tonsillitis dan diphtheria, tanda-tanda, gejala, simptom tonsil dan difteria, perbezaan kesan sakit tonsil dan difteria terhadap kanak-kanak, beza cara merawat tonsil dan difteria
Beza sakit tonsil dan wabak difteria

Namun kehadiran wabak difteria membuka mata semua orang bila penyakit ini telah menyebabkan 2 kanak-kanak maut. Apa beza penyakit tonsil dan penyakit difteria? Kedua-duanya seakan-akan sama sebab melibatkan sakit di bahagian mulut, pada bahagian anak tekak. Kalau tiada ilmu mungkin kita tak perasan, anak disangka menghidap tonsillitis. Padahal anak kini dalam bahaya bila mendapat jangkitan difteria. Ambil tahu apa itu difteria. Berikut merupakan perbandingan perbezaan antara sakit tonsil dan difteria.

PERBEZAAN TANDA-TANDA, GEJALA, SIMPTOM TONSIL DAN DIFTERIA
Simptom Sakit Tonsil
Simptom Difteria
1. Sakit tekak yang teruk menyebabkan sakit apabila menelan makanan.
2. Demam dengan suhu melebihi 38 darjah selsius.
3. Perubahan suara. Suara menjadi garau ataupun seperti suara apabila sedang makan makanan panas (Hot potato voice).
4. Lenguh atau sakit badan.
5. Sakit kepala.
6. Berdengkur waktu tidur – Ini disebabkan tonsil yang bengkak. Kredit: Sakit tonsil

1. Pesakit mengalami masalah sakit tekak / sakit kerongkong
2. Sukar menelan makanan
3. Lesu, pucat, degupan jantung pantas
4. Demam secara tiba-tiba
5. Bengkak di leher (yang dikenali sebagai leher lembu atau bull neck)
6. Terdapat membran kelabu melitupi tonsil serta bahagian saluran pernafasan pesakit Difteria
7. Sesetengah kanak-kanak menunjukkan simptom mual, muntah, sejuk dan demam yang tinggi


perbezaan jangkitan tonsil dan jangkitan kuman difteria, beza antara tonsillitis dan diphtheria, tanda-tanda, gejala, simptom tonsil dan difteria, perbezaan kesan sakit tonsil dan difteria terhadap kanak-kanak, beza cara merawat tonsil dan difteria, tonsil bengkak, tonsil bernanah, ulser mulut
Gambar sakit tonsil
  Foto 1: Tonsil yang bengkak dan radang
Foto 2: Tonsil yang bengkak, radang dan bernanah

PERBEZAAN KESAN SAKIT TONSIL DAN DIFTERIA TERHADAP KANAK-KANAK
Kesan Tonsil Membengkak, Radang Dan Bernanah
1. Mengalami kesakitan dan demam yang lama (sekurang-kurangya 1 minggu)
2. Perlu ke klinik untuk berjumpa dengan doktor untuk merawat sakit tonsil mereka.
3. Perlu mengambil dan menghabiskan ubat antibiotik disamping ubatan lain untuk simptom mereka (contohnya ubat demam dan ubat sakit tekak)
4. Terpaksa cuti sakit dari persekolahan dan ini akan menganggu pembelajaran mereka
5. Tidur terganggu, ini disebabkan tonsil yang membengkak akan menyebabkan tidur berdengkur dan juga pada kes yang teruk mereka akan berhenti bernafas seketika semasa tidur – Sleep Apnea.

Kesan Jangkitan Difteria
1. Sukar menelan makanan kerana tekak berasa sakit di kawasan antara rongga mulut dan farinks. Pesakit sentiasa merasa sakit tekak. Ini kerana terdapat membran kelabu melitupi tonsil juga di bahagian saluran pernafasan. Selaput nanah akibat Difteria di tekak boleh menutup saluran pernafasan. Pesakit akan mengalami kesukaran bernafas.
2. Terdapat bengkak di leher (dikenali leher lembu atau bull neck).
3. Mual, muntah, sejuk dan demam yang tinggi.
4. Degupan jantung menjadi pantas.
5. Edema.
6. Kelumpuhan saraf kranial, motor periferi dan deria serta miokarditis.
7. Kelumpuhan saraf otak, kaki dan tangan (motor periferi) serta deria
8. Radang pada jantung (miokarditis) 
9. Toksin akibat difteria melumpuhkan saraf pesakit dan menyebabkan keradangan jantung hingga menyebabkan kematian! Kadar kematian akibat difteria paling tinggi di kalangan bayi dan orang tua dan kematian biasanya berlaku dalam masa tiga hingga empat hari.


perbezaan jangkitan tonsil dan jangkitan kuman difteria, beza antara tonsillitis dan diphtheria, tanda-tanda, gejala, simptom tonsil dan difteria, perbezaan kesan sakit tonsil dan difteria terhadap kanak-kanak, beza cara merawat tonsil dan difteria
Gambar jangkitan difteria di mulut
 Terdapat selaput kelabu pada anak tekak, yang mana nanah ini akan semakin membesar hingga boleh menutup saluran pernafasan. Ini menyebabkan pesakit mengalami kesukaran bernafas.

BEZA CARA MERAWAT TONSIL DAN DIFTERIA
Cara Merawat Tonsil Bengkak
Rawatan tonsillitis (jangkitan kuman pada tonsil) boleh dibahagikan kepada 2:
1. Rawatan perubatan:
1. Antibiotik – Perlu diambil selama sekurang-kurangnya seminggu (Cth: Amoxicillin; digunakan pada peringkat pertama dan Augmentin digunakan apabila antibiotik biasa tidak berkesan)
2. Ubat demam/tahan sakit
3. Lezonges (ubat yang dihisap/kemam)
4. Ubat kumur (Diflam atau Thymol gurgle) juga diberikan tetapi kurang berkesan kerana ia tidak membasahi tonsil.

2. Pembedahan
1. Pembedahan tonsil dikenali sebagai Tonsillectomy.
2. Tonsillectomy ialah pembedahan untuk membuang tonsil. Ia dilakukan menggunakan bius penuh (General anaethesia).
3. Tonsillectomy ialah sebagai jalan terakhir untuk merawat penyakit tonsil yang berulang-ulang.
4. Terdapat beberapa kriteria yang perlu dipenuhi sebelum doktor pakar ENT menasihati pesakit untuk tonsillectomy.

Cara Merawat Penyakit Difteria
Difteria boleh diubati dengan vaksin lima serangkai dan pemberian antibiotik. Tetapi masalah dengan penyakit ini ialah:
1. Ia merebak dengan pantas dalam masa yang singkat.
2. Kuman difteria membebaskan toksin yang merosakkan saraf, jantung dan ginjal dengan cepat.
3. Bagi kanak-kanak yang dijangkiti dan dikesan lebih awal, sebelum toksin difteria merosakkan organ, ia dapat dirawat dengan antibiotik.
4. Bagi kanak-kanak yang telah mengalami kesan toksin itu, rawatannya lebih kompleks dan mahal. Harga ubat anti-toksin difteria ialah RM500 dan perlu diberikan 7 kali. Tiada jaminan untuk sembuh. Jika sembuh pun mungkin mengalami kecacatan dalaman. Kanak-kanak itu menderita sepanjang hayat. Kredit: Diphtheria   

Melihat perbandingan antara beza penyakit tonsil dan difteria, ternyata jelas jangkitan difteria amat bahaya sekali! Anak yang tidak mendapat imunisasi yang lengkap bakal berdepan akibat yang buruk. Sedari dari awal, lihat tanda-tanda jika terdapatnya simptom difteria. Segera bawa anak berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

No comments:

Post a Comment