Ketuk-Ketuk Ramadan 2016.. Alhamdulillah

Ketuk-Ketuk Ramadan TV1 Tahun 2016 Siri Ke 9 | Bersempena bulan Ramadan 2016, setiap episod Ketuk-Ketuk Ramadan akan memaparkan seorang artis popular dan beliau juga akan memasak masakan kegemaran beliau. Dihoskan oleh Sheila Rusly. Antara program tv yang legend di hati aku adalah rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan.

Senarai Artis Jemputan Rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan 2016
Azmi Caliph Busker, Siti Nordiana, Achey, Faradhia, Sufi, Hafidz Roshdi, Janna Nick dan ramai lagi.

Setiap tahun memang ini la rancangan tv kegemaran aku setiap kali menjelangnya bulan puasa. Untuk Ramadan 2016 tahun ni, yeah..masih lagi setia menonton. Suka tengok orang masak. Apatah lagi yang masak tu artis popular. Paling kelakar masa Azmi Caliph Busker jadi artis jemputan. Lawak giler orangnya. Pandai bergurau. Dan tak sangka, walaupun alami masalah penglihatan Azmi boleh masak dengan hebatnya! Kagum.

Sheila Rusly body dia maintain dari dulu sampai sekarang. Berseri-seri orangnya. Mulutpun pot pet pot pet pandai dia mengacara sesebuah rancangan. Tak pernah bosan menonton Ketuk-Ketuk Ramadan. Aura pengacara yang hebat! Eh korang ada tengok jugak ke?

ketuk-ketuk ramadan tv1 tahun 2016 siri ke 9, senarai artis jemputan rancangan ketuk-ketuk ramadan 2016, gambar ketuk-ketuk ramadan tv1
Gambar Ketuk-Ketuk Ramadan TV1

Saksikan program Ketuk-Ketuk Ramadan sepanjang bulan puasa berlangsung
Hari: Isnin - Ahad
Jam: 12.30 tengah hari
Saluran: TV1

No comments:

Post a Comment