Ads GA Leaderhead

Sinopsis Drama Hantu Punya Bos TV3

Sinopsis Drama Hantu Punya Bos TV3 | Hantu Punya Bos mengisahkan cabaran dan dugaan Abby  bekerja sebumbung dengan Arrayyan Zainuddin. Begitu banyak komen dan kutukan Diela terhadap lelaki itu. Setiap hari, ada sahaja aduan yang Abby terima daripada Diela sehinggakan hatinya ikut menyimpan rasa benci terhadap lelaki bernama Arrayyan itu.

Baru hari pertama Abby bekerja di situ, Arrayyan sudah naik gila! Setiap kali dia menjerkah, Abby ikut membalasnya dengan jerkahan, ‘hantu punya bos!’. Kadang-kadang Abby sertakan dengan bonus, iaitu penampar! Terkedu Arrayyan dibuatnya. Mujurlah Abby ada alasan! Melatah! Kalau tidak sudah pasti tapak tangannya singgah ke muka Abby semula.

Entah sejak bila, dari meluat tengok Abby, kini dia mahu melihat Abby selalu! Kewujudan Wandi membuatkan dia tidak tentu hala. Dia terpaksa mengambil langkah agresif dengan ‘mengheret’ gadis itu ke Melaka bersamanya untuk meluahkan rasa cinta yang baru berputik itu. Dapatkah Abby menerima bos yang berperangai hantu itu? Saksikan segalanya dalam drama Hantu Punya Bos di kaca tv anda.

Pelakon Drama Hantu Punya Bos TV3
Shukri Yahaya sebagai Arrayyan Zainuddin
Intan Najuwa sebagai abby
Aizat Hassan sebagai Hisyam
Julia Farhana sebagai Diela

Sinopsis drama Hantu Punya Bos TV3, pelakon dan gambar drama Hantu Punya Bos TV3, Hantu Punya Bos episod akhir – episod 20
Gambar Drama Hantu Punya Bos TV3

Tonton drama Hantu Punya Bos
Tarikh Hantu Punya Bos disiarkan: 2016
Jumlah episod drama Hantu Punya Bos: 20
Hantu Punya Bos episod akhir – episod 20
Saluran: TV3

No comments:

Post a Comment