Punca Dan Cara Difteria Tersebar

Apa menjadi punca berlakunya penyakit Difteria? Bagaimana jangkitan Difteria ini tersebar? Menjangkiti orang lain yang akhirnya membawa maut! Serangan Difteria adalah bahaya. Jadi, berwaspadalah kita semua dan memeriksa ahli keluarga khasnya di kalangan kanak-kanak jika terdapatnya simptom/ tanda-tanda jangkitan Difteria.

Punca Difteria
Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphteriae. Jadi sesiapa sahaja yang dijangkiti Difteria akan menjadi punca Diphtheria merebak.

punca difteria, cara bagaimana difteria tersebar, gambar mulut pesakit difteria, bakteria corynebacterium diphteriae, cegah bakteria corynebacterium diphteriae dengan imunisasi dan vaksin
Gambar kuman Difteria yang di bawa oleh bakteria Corynebacterium diphteriae

Cara Difteria Tersebar
Bagaimana Difteria boleh tersebar dan menjangkiti orang lain? Perlu diketahui, cara Difteria tersebar adalah melalui titisan cecair pernafasan. Kanak-kanak yang terdedah kepada pesakit Difteria boleh dijangkiti Difteria dengan mudah. Seperti diterangkan di atas, cara penyakit Difteria berjangkit melalui sistem pernafasan.

Pembawa kuman/ bakteria Corynebacterium Difteria ini adalah manusia itu sendiri. Di tambah lagi dengan faktor cuaca panas memanjang, kekeringan dan sinaran matahari. Makin membuatkan penyakit Difteria mudah merebak ke orang lain.

Difteria merupakan penyakit berjangkit yang tersebar dengan sentuhan fizikal langsung atau menghidu titisan pernafasan pesakit. Difteria disebarkan daripada kulit, saluran pernafasan dan sentuhan dengan pesakit difteria itu sendiri. Penyakit ini menyerang bahagian atas mukosa saluran pernafasan dan kulit yang terluka.

punca difteria, cara bagaimana difteria tersebar, gambar mulut pesakit difteria, bakteria corynebacterium diphteriae, cegah bakteria corynebacterium diphteriae dengan imunisasi dan vaksin
Gambar mulut pesakit Difteria
Melihat pada gambar mulut pesakit Difteria, terdapat selaput nanah berwarna putih di bahagian tekak. Selaput nanah ini akan menjadi besar yang akhirnya boleh menutup saluran pernafasan. Toksin yang terhasil dari Difteria akan melumpuhkan saraf pesakit dan menyebabkan keradangan jantung pesakit Difteria. Di sinilah berlakunya kes kematian akibat Difteria.


Ketahui:


Jom jadi ibu bapa yang bertanggungjawab dan sayangkan anak-anak. Berikan imunisasi dan vaksin kepada anak-anak dan sentiasa mengambil tahu tahap kesihatan anak di rumah. Periksa mulut mereka jika terdapat gejala Difteria. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Ambil tahu punca dan cara Difteria tersebar dengan itu kita dapat melindungi anak-anak kita dan membuat langkah persediaan awal menghadapi penyakit tersebut. 

3 comments:

  1. patut ibubapa yang tidak mengamnbil vaksin utk bayi mereka diambil tindakan undang2 dan dipenjara jaa.

    ReplyDelete
  2. mcm mna dgn org dewasa..mengapa org dewasa juga blh terkena..vaksin tersebut diperkenalkan bila

    ReplyDelete
  3. Xsemua org dewasa pub kena ambik lagi...mcm topup..

    ReplyDelete